.:: follow charmyiex ::.

Wednesday, March 28, 2012

Enjit enjit semut..panjat panjat pagar..


Mia sekarang ni pandai berdiri. Tapi tergelek2 lagi. Mek Mia neh pandai meniarap, pastu terus nak berdiri. Merangkak n duduk x pandai lg. Haisshh! Advance nampak. Gigi pun ritu dah tumbuh 1, kat bawah. Weekend lepas, x cukop tdo sebab Mia merengek2 tgh malam, sambil ai liur meleleh2. Alahai, cian. Nak tumbuh gigi 1 lg rupanyer. Semua mende nak geget. Smp ( . )( . ) pon dah kene geget. Uishhh!!! Sakit nakk!!



Port paveret Mia kat sliding door ni haa. Pastu depan tv. Kalo jatuh, nangis jap sambil tangan pukul2 rak tv tu, sambil molot moncong2 membebel. Haishh! Marahkan meja tv lak?










p/s Mia sekarang x lalu sgt nak makan...risau dia lapar...tapi suap2 xmo makan, cane ek?? ke mmg time umor 9 bln dia x baper nak makan??





Hasrat di hati..semoga dipermudahkan jalan..

Selamat petang. Hehe..smlm tukar view blog ni. Jadik cam fenin2 la cket bila bukak dashboard segala. Hihu. Malam tadi dahling dah gerak ke Melaka. Cian kene 3x tukar bas. Alhamdulillah, selamat sampai pagi td dan sedang menjalankan audit. Keje nak mencarik salah orang je tu. Tang mana2 pun kene dptkan jugak kesalahan. Tu je la keje auditor2 nih.


Pagi tadi appointment utk cocok. Cocok mak budak kt klinik Cherang Ruku. Tapi dorang habis stok ubat cocok tu. Dorang suh amik Noriday utk sebulan dulu, insyaAllah next month smp la stok tu. Call dahling, dahling kata kene amik cocok gak. Noriday x kebal. Muahahaha! So kene la g Klinik Wan Fatimah kt Pasir Puteh. Kene tggu doc masuk dekat2 nak kul 10. Selesai semua, g makan. Seb bek amik time slip kt Cherang Ruku, dorang bg sampai kul 12pm. Baik kan doc kat sana? Hihi.. Sempat la g beli baju tecik x baper tecik kt Avon.


Tau2 rupanyer Avon dah pindah ke bangunan baru. Bila tgk lot2 kedai situ, tiba2 tingat kt Bangi. Sejibik sama cam lot2 kedai kat situ. Alaaa, kat Paparich, Vantage, restoren chinese muslim. Cam gtu la rupa bangunan nyer. Heheh, bagus lah, Pasir Puteh ni tengah pesat nak membangun ni. X lama lagi, harap2nyer, ada la Pizza ke, Dominos ke, McD ke nak bukak kt sini. Makan aje yg ko ingat yer. Camner nk kuwos?? Heheh..


Ni dalam ini kapla, ada urusan mau diskusi sama dahling. Tapi dahling bz manjang. X dan2 nak slow talk,borak2 lama2. Hurmm..harapnya, rezeki ini utk charm. Semoga dipermudahkan niat charm utk berkongsi khasiat yg charm dapat bersama wanita2 lain di luar sana. Amin.




Tuesday, March 27, 2012

Berita : Remaja perempuan rancang lari diri ke Thailand, bukan diculik

Berita penuh di [SINI]. Geram je kan dgn budak2 sekarang nih. Bangang! Kalo adik charm, memang dah kene penampar, libas dgn tali pinggang. Remaja sekarang ni dah terlalu open. Padahal otak sangat la cetek, bangang dan bodoh. Tapi perangai perasan diri matured! Konon apa yg dia buat tu, mak bapak, semua org xkan paham. Xkan boleh memahami diri dia sampai bila2. Siyes shit! Meluat! Menyampah! Dia pikir dia nyer betol je. Sedangkan terang2 perbuatan tu salah, berdosa, menyusahkan diri, keluarga, masa depan dia. Paling penting, dah buat MAK BAPAK menangis, menitis airmata. Hishh! Betapa besar dosa anak2 sekarang. 


Zaman sekarang ni, bukan ANAK takut MAK BAPAK. Terbalik dah. Sekarang ni  MAK BAPAK takutkan ANAK. Kalo x diturutkan kemahuan anak2, mula la buat perangai. Siap nak lari dari rumah. Akal pendek ada hati nak lari dr rumah. Hahh pastu nak merempat tepi jalan. X pun pegi jual body menari dgn tiang. Nak je suh menari kat tiang lampu, cucuh kabel letrik, biar mati hangus terbakar dari menyusahkan mak bapak, menambah dosa sendirik. Kecik2 xnak mampus, besar menyusahkan org. 


Setakat menyusahkan mak bapak xper lagi, ni sampai polis Thailand susah, polis Malaysia pulak nak kene buat report berjela2. X kira reporter sana sini lg. Walhal byk lg perkara2 berfaedah utk rakyat blh di laporkan kat tv,paper, ni kene lak terkejar2 dgn story konon2 kene culik rupanya pergi melancong berjoli ke Thailand. X terkira dgn bajet company berita2 ni nak belanja ink, kertas utk print berita hang. Berapa byk dah duit orang lain mengalir, sedangkan hang n fren2 habiskan RM400 je utk ke Thailand, tu pon mintak sedekah. Sengal kan?


Fuhh..geram. Charm pun ada 2 adik pompan. Ada 3 anak pompan. Xtau la masa akan datang bagaimana fenomena nye pulak. Semoga adik2ku dan anak2ku sentiasa berada di jalan yg diredhai Allah. Jauhilah mereka dari anasir2 jahat yang bisa merubah masa depan mereka menjadi gelap. Amin.




Nasi Kerabu Golok lok lok lok..




Mari bekpes dengan Nasi Kerabu Golok yg dijual di Machang. Hihi. Dalam seminggu mesti ada je menu nasi kerabu. Nape? Sebab tekak masih x sebati nak telan nasi+lauk2+gulai2 pagi2. Boleh2, tp mesti jemu. Tapi kalo x mkn nasik pagi2, charm lapar giler, malam x mkn dah. Bukan nak kurus or on diet, cuma xnak kasi ini body lagi boolat. Heheheh...


Dulu2 kat Putrajaya byk ler pilihan nyer, yg pasti bukan nasik berlauk pagi2. So op kos x amik nasik,apatah lg kalo nasi goreng yg rasa x rasa je, kedekut sgt nk bubuh bhn2 dlm nasi goreng. Kalo amik pon, tu tentu sebab dah jemu nak telan bihun, mee pepagi. Kalo kat E2 dulu, ada brader tebar roti canai pepagi. Sedap roti n kuah dhal dia. Tapi x lama sblm charm dpt tukar kt Kelantan, bro tu dah x niaga kt cafe kitorg.


Heheh, pagi2 lapar cenggini sedap yer viter pasal menu bekpes. So korang makan apa pagi nih??

Monday, March 26, 2012

Bila Dahling Xde Kat Rumah

Bila dahling xde kat rumah..baru lah charm boleh masak ayam kicap. Tu je. Hahahaha! Yelah, dahling x reti makan ayam masak kicap. Entah, xtau kenapa. X kene ngn tekak dia la kot. Tapi anak2 suka melompat2 happy bila tauw charm buat ayam masak kicap. Seronok. Siap bersorak lagi, ummi wat ayam kicap!! yeyehhh!! ummi masak ayam kicap!! yeyeh yeyeh!! Pelik kan.


So Sabtu lepas, dahling ada bengkel pagi2 kt IPG Besut tu, so sah2 nyer dia lunch kat sana terus. Apa lagi, time ni la baru boleh wat ayam masak kicap. Lepas gian lagi. Kang jap ag ada yg jadi antu dlm botol kicap. Hihihi..


Nak resepi ke? Errr..charm belasah ikut dan jek. Kadang2 x cukup bahan pon jadik jugak.  Meh charm bg resepi.



Ayam Masak Kicap (Resepi charmyiex)


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - cuci, bilas bersih2 yer

3 ulas bwg putih

2 ulas bwg merah

2 inci halia

cili besar (ikut suka nak letak byk maner)

lada hitam (pun ikut suka letak byk maner)

2 sudu sos (ikut suka jugak nak letak sos tomato / sos cili, sbb utk membantu kepekatan dan kelikatan kuah kicap tu jek)

1 sudu kerisik

1 btg serai

kicap manis

kicap masin

sos tiram

garam & maggi cukup rasa & sedikit gula

rempah tumis - bunga lawang+kayu manis+pelaga+bunga cengkih

Cara-cara :


  1. Perap ayam dgn kicap manis + kicap masin + sos tiram
  2. Tumbuk cili + bwg putih + bwg merah + lada hitam + halia + kerisik. Kemudian ketuk serai dlm lesung. Heheh..mcm makcik2 je kan tumbuk guna lesung batu. Orang len dah pakai blender segala. Hihu..
  3. Panaskan minyak dlm kuali. Tumiskan bhn rempah tumis td. Kemudian tumis bhn2 yg ditumbuk smp naik bau.
  4. Masukkan sos, kacau2 cket, pastu masukkan ayam td, dengan kicap2nyer. Masukkan air agak2 sama paras dgn ayam. Biarka mendidih dan masak smp pekat kuahnyer.
  5. Bila dah pekat, rasa dulu kuah, sbb kita dah  bubuh mcm2 kicap td kan. Bubuh gula sikit, kalo nak lg pedas, bubuh serbuk lada putih. Ejas ler rasa masin tu. Bubuh lak maggi cukup rasa. Bila kuah dah pekat, boleh la angkat letak dlm pinggan. Siap! Boleh makan!







Masak : Kek Lapis Kukus Hawflakes

Salam pagi Isnin. Hari ni nak update pasal kek lapis yang charm buat minggu lepas. Of kos sudah selamat semuanya. Hehe. Lama x melapis, jd cam gian lak. Almaklum, dari kecik smp ke besar keje2 melapis kek mmg keje charm, cuma bila dah keje n duk jauh dr family, skill tu telah berkarat. Yelah, dulu duk single umah bujang, xkoser la nk buat kek2 nih. Apatah lagi tools memasak x cukop. X koser jugak nak completekan brg2 dapur n rumah. Ni pon brg2 masa bujang x abis lg angkut bw balik Kelantan. Sumbat kt rumah laki pulak kan. Hihu hihu.


Baru2 ni baru ada kesempatana beli sebiji periuk kukus cap boyer. Cap boyer tauw! Boleh lah lepas gian masak2 kek n kuih2 kukus walopun beberapa cubaan pertama x baper nk jadi. Haishhh! X jadik pon, licin jugak loyang tu. Hehehe. Meh nak kongsikan resepi Kek Lapis Kukus Hawflakes. Sangat mudah. Memandangkan mixer pon xdak lg, blender la jd mangsa utk blend segala bhn2. 


Charm amik dari [SINI] resepi nyer:


Kek Kukus Hawflakes

Bahan-bahan ( loyang 7x7 ) 

  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata sahaja yg Akak gunakan)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 70 ml minyak masak (ni pun dah adjust) asal 100ml
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah,coklat( ikut suka )
  • secukup hawflakes

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.   
  3. (charm bubuh semua bhn dlm blender, blend smp sebati, lepas tu tuang dlm bekas, masukkan tepung yg telah diayak, kacau rata, pastu tuang dlm loyang yg di sapu marjerin)
  4. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  5. (charm bahagikan kpd 3 kaler - merah, kuning, hijau - lapis 1 kaler dulu, kukus - susun hawflakes. mulanya nk susun hawflakes tu kt setiap lapisan, tp hawflakes ada2 bungkus jek, so charm buat 2 lapis kek, baru susun hawflakes. ulang smp habis)
  6. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya
  7. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.



adunan charm bahagikan kpd 3 kaler

 setelah siap dimasak..guna loyang bulat sbb xde loyang segiempat lg..hehe



 dah siap utk di ngapp!


Simple n mudah sangat. Agak2 kalo malas nk melapis tu, sila lah patah2kan hawflakes jadi halus2 cket, pastu tabur n kacau dalam adunan. Tuang semua dlm loyang, kukus smp masak. Habis citer, xyah nk melapis2 yer dak! Apa lagi, cuba lah!!











Sunday, March 25, 2012

Segmen 3 : Menambah Followers Di Blog Anda



Setelah beberapa minggu berehat dari join Segmen/GA/Contest, hari ni baru nak join kembali. Anjuran [UNCHA]  . Mula pelik jugak, mende la nama UNCHA neh..rupa nyer UN = Nurul , CHA = Nisya, jadik la UNCHA. Unik kan?

Hehe, apa lg, jom join. Utk tambah follower la tujuannya, dan utk menambah blog yg anda boleh lawati nanti. Nak juin, sila klik banner di atas yer!







Novel : Kemahuan Hati





Satu lg novel berjaya ditamat. Novel ni, pustaka penjara yg punyer. Gua tukang pinjam. Heheh. Meh terus ke ulasan citer. Kisah mengenai Nadia yg cuba menjejaki ayah dan adik beradik nya yg terpisah dari tecik lagi. Bermula setelah ibu nya meninggal, ayah nya pulak kene tahan di penjara. Abg & adik2 dia pulak di jaga oleh sedara2 yg lain. Si Nadia ni duduk ngn pak sedara dia, tp wife pak sedara dia sgt jahat ala ala mak tiri cindelela tuh. 4 tahun dia duk rumah pak sedara dia, x tahan tgk Nadia di dera, pak sedara hantar dia duk rumah anak2 yatim.


Bila dah besar jadi Cikgu Nadia. Dia berusaha mencari ahli keluarga yg entah ke mana. Dalam pada tu, jiran sebelah yg merupakan duda anak 3, kematian isteri, mula mengusik hati Nadia. Heheheh.. Nak tau kisah seterusnya?? Dia terima ke x duda anak 3 tu?? Jumpa x adik beradik n ayah dia?? Tambah dgn dendam dan trauma akibat didera semasa tecik. Sahabat yg sama2 membersa di rumah anak yatim pulak menaruh perasaan cinta terhadap Nadia. Kelam kelibut semuanya. Tapi penulis mampu menggarap nya dengan tenang sehingga charm yg rasa alahai, byk nyer masalah budak Nadia nih, tp boleh rasa rileks, damai je membaca apabila satu demi satu permasalahan di selesaikan. Xde satu yg tertinggal. Kadang2 kita membaca nih, blh jd serabut jugak bila jalan citer yg bersimpang siur tp penulis tidak mengolah, menggarap dengan baik, sampaikan pembaca pon naik fenin.


Lagi satu, dalam citer, ada satu je persamaan dgn charm, iaitu kawen dgn duda ada anak yg dijaga sepenuhnya oleh abahnyer. Tu je. Bilangan anak x sama. Hihu hihu. Kan dah TERbagitau laks endingnyer ek! Happy reading uolss!!





Happy Sunday!

 


Salam ceria di pagi Ahad. Pada yang bercuti, sedap ahh berlingkar dlm selimut ek. Golek2 atas tilam. Siyes gua jeles! Di Pantai Timur keje dah. Pagi td kalut sket, sbb bgn 6.30am. Kene hantar anak2 ke sekolah, taska. Abg ngah pon balik ptg smlm, kene hantar pg ni ke asrama. 


Kalut bertambah dgn tiba2 Mia poop, Aiman g peluk gomol2 smp terkuar poo-poo kt luar pampers. Hahahaha! Seb bek x kene baju sekolah. Kalo x, Mia gelak abg chik kene poop ngn Mia pagi2. Sudahnya, Mek Kenit pon kene mandi sekali pagi2. Tp pg td cam panas jek, air pon x sejuk sgt, segar la Mek tu pas mandi. Sebab tdo mlm td berpeluh2. Panas.


Ahad biasa x bz. Tapi ri ni pagi2 dah bz sbb esok ada lg tahanan akan dibebaskan. Dalam 50 org gtu. Kosong la penjara. Ni pon secara beperingkat, dah lebih 500 org bebas dah. Separuh dah bebas. Tinggal lagi tahanan LPPK. 2 blok kosong dah. Sunyi..cuit cuittt (ini adalah bunyi cengkerik..sila bayangkan..hihi)


Okey lah, mari bekerja di hari Ahad!




Wednesday, March 21, 2012

Follower ke 150

Selamat malam. Xpernah2 wat entree tgh2 malam. Tapi disebabkan follower charm ke 150, charm buat jugak. Hihu hihu, x caya dah 150 org follower. Walopun x ramai mcm blogger2 lain, tp rasa seronok saling berkenalan dgn join segmen2 blogger2 wat. Dari situ la follower bertambah. Almaklum, walopun blog ni wujud sejak 2006 lg, tp baru tahun lepas start ektip berblog. Terkejut bila dpt tau leh wat $$$ riban2 lak tu dgn blog. Hehe..rezeki kan.

Charm sekarang ni tgh buat 4 keje sekaligus. Kat dapur tgh mengukus kuih Lapis. InsyaAllah kalau menjadik, sok bw ke opis. Sambil2 update blog nih, baju bersepah depan nih, nak lipat baju lak. Tapi sebelum tu, nk kene iron baju dahling utk keje esok, hurmm..khamis, baju batik!

 

Okey la, balik kpd tajuk....perkenalkan follower ke 150 charm..jeng jeng jeng!!






ety panggilan nyer...and she's left-handed..



ngehehehe..tu je kat 'about her'

siler jenguk2 blog ety yer!

thanx sebab follow charm!

happy blogging!








Masak : Kek Coklat Kukus Tanpa Telur

Entree tertangguh minggu lepas. Apa pun, kek ni dah selamat sehari semalam setelah dikukus. Khamis lepas try test buat Kek Coklat Kukus Tanpa Telur. Almaklum dpt pengukus baru yg tecik sedang2 muat nak buat kek utk satu family. Jadik nyer mengukus x hengat dah. Hihihi...


Resepi ada di [SINI]. Beli bhn2 x smp RM20 pon. So agak bajet la. Anak2 memang sangat suka. Sehari smlm je abis. Dahling pon suka. Tapi charm kureng cket. Sebab kek ni sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat la moist! Charm suka yang gebu, lembut. Yang moist ni, kurang cket. Tapi xpe, pasni nk try 1 lg resipi, ne tau jadik gebu dan lembut pulak.



 baru lepas kukus...yg kt tgh2 tu kene air masa mengukus..sbb lupa nak beli foil utk tutup kek masa mengukus..



 setelah kek suam..tuang lak coklat cair..




taburkan manik2 colorful..



charm beli koko dlm tin..sebab x jumpa koko dlm peket yg murah2 mcm kt Kuching..x mahir lg kat sini, xtau katner ada jual bhn2 kek yg complete..sape tau kat kedai mane area Pasir Puteh @ Machang?




p/s : Masa potong kek x amik gambar, x ingat dah nak amik gambar. Ingat nak ngappp jek masa tu!





Novel : Kerana Sebuah Janji




Novel ni charm pinjam dr Pustaka dalam blok. Salah sorang OKT yang punyer. Jalan citer simple, namun agak geram sbb sepanjang kisah dlm buku ni. Hanya sebab 1 janji yg x munasabah langsung.

Bila baca jadik geram je. Rasa cam buang pon hado sbb membaca segala yg sepatutnya dilakukan tapi tidak dilakukan kerana sebuah janji. Memang munafik bila memungkiri janji. Tapi hagak2 la dgn janji yg x munasarawak munasabah.

Tengok, tiba2 gua emo sebab baca buku. X suka la. Boleh di baca kalo anda ada masa terbuang yg tidak digunakan selama 2-3jam utk habiskan buku ni.




Tuesday, March 20, 2012

PESTA BUKU KELANTAN





2-3 tahun sudah, Pesta buku kat PWTC. Sekarang dah tercampak di sini, haruslah mengikut arus. So PESTA BUKU KELANTAN. Tingin nyer nak pegi. Anjuran Jabatan Pelajaran Kelantan dan Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan(PUSTAKA). Ditaja oleh Syarikat Muda Osman Sdn Bhd.






Novel : Cik Bunga dan Encik Sombong




2 hari tak bawak lappy g keje, jadi membaca la keje pagi ke ptg. Tamat dah pembacaan novel ni. Terbaru dari Karya Seni. Masa ritu nak beli online dah, tp tingat yang bank digunakan utk online banking tu dah kong, x jadik la.


Sedikit sipnosis mengenai Intan yang terjerat n terjebak dgn pertunangan seterusnya perkahwinan dgn Encik Sombong bernama Harris. Sepanjang charm baca novel nih, charm bayangkan yg jadi Harris ni sejibik mcm Bront Palarae. Intan pulak charm bygkan mcm Nora Danish yg drama dia keje kedai bunga tu. Sebab Intan pun keje kedai bunga.


Dalam terjerat n terjebak tu, Harris berjaya mencairkan hati Intan yang kunun2 nya keras, xkan jatuh cinta bla bla bla. Tapi dalam mereka ingin memupuk rasa sayang, kasih, cinta, ada pulak pengacau dalam hubungan dorg. Pengacau yang amat2 menyampah, sampai korang rasa nak siram ngn minyak panas je. So apa ending kisah cinta Intan dan Harris, kene la baca sendirik.




Segmen : JIKA AKU PELAKON POPULAR

Petang2 cenggini g jenguk blog MD. Eh eh..ada segmen. Segmen "JIKA AKU PELAKON POPULAR". Euww..berangan ko nak nak jadi pelakon fofular. Nama je yg fofular, tidak org nyer. Tapi agak2 nama penuh charm ni, boleh jugak jd nama glemer charm kalo jadi artis. Haha? Retis ko!! Gomok2 pon hado ati nk jadi retis?? Sedar2 la diri. Tapi memandangkan tajuk segmen pon dah "JIKA"..meh la share hangan2 "JIKA AKU SEORANG PELAKON"  dengan juin segmen ni reramai. Sila klik banner bawah utk juin!






Sila jawap soalan soalan berikut.. JIKA AKU PELAKON POPULAR....
 
 
 
* Nama glamour anda di dalam dunia perfileman

tentu nya akan guna nama Anna Mariana..agak2 cam glemer x nama tuh?? hihih




* Genre filem yang anda mahu lakonkan.. seram,aksi, cinta dll?
 
 tentunya nak berlakon dalam kisah chenta yg ada unsur2 komedi, cinta terpaksa, malu2 nak ngaku suka, tp buat2 x suka..hoho..jiwa romantis katakan..bukan charm kata..dahling yang kata..ahaks!
 
 
 
 
* Watak yang diidamkan? 

watak seorang perempuan yang tabah, setia, sedia berkorban utk keluarga dan org2 yang dikasihi..eh..klise eh! ni terpengaruh dengan novel2 la nih..hihi..tapi suka jugak tgk heroin dlm citer Alien vs Predator tu..mcm Angelina Jolie pon best..ewah ewah..byk idaman ko ek charm..ala ala Bella dalam Twilight pon besh..auw auw..



* Siapakah yang anda mahu menjadi Hero atau Heroin untuk berlakon di samping anda dalam filem itu?
 
 hehe..kalo nak Jason Statham jadi hero boley x? kalo x boley, John Cusack pon okey..kalo x boley jugak,  Johnny Depp dah la...amboi amboi..selera besau ko ek??!! kata nak watak citer romentis2..tapi hero ko lanun pon hado..mcm langit ngn bumi beza..hehe..xtau, mungkin sebab charm n dahling charm mcm tu kot, jauh beza, tapi saling memerlukan dan melengkapi..dan jugak bangga dapat laki mcm dahling! Lebiu..eheh..selingan ye MD..
 
 
 
 
 
So, apa lagi..citer korang punyer lak. X kisah ler org nk kata hape. Yang penting JUJUR dari diri anda, x gitu?



Lata Belatan

Salam petang Selasa. Rindu nyer nk berceloteh kat blog. Macam byk sangat mende nk citer. Sabtu lepas dahling dpt jemputan Family Day anjuran salah satu KRT di bawah seliaan beliau. KRT Lay Out Tok Saboh kalo x silap. Family Day buat kat Lata Belatan, Besut. X jauh dr Jabi. Anak2 seronok la, leh mandi manda lagi. Minggu cuti sekolah pun g mandi kat Jeram Pasu, Pasir Puteh. Mia? No hal, on jek mek kenit neh.



Mandi manda, main air..sekali ngn Mia. Beli la pelampung utk dorg main. Masa kat Jeram Pasu x beli, sebab mahal giler pelampung. Kat Lata Belatan ni beli la, sbb murah sikit. Pelampung yg ada lobang masuk kaki wat Mia, yg bulat wat Iqa. Mandi manda, makan makan. Anak2 g tangkap ulat gonggok. Hisy!! Gua punya la geleman. Meremang2 semua bulu kat badan gua ni. Tau je la ulat gonggok hutan. Dulu masa charm naik trekking kat Buaya Sangkut, kat Endau Rompin, dah berkenalan dgn ulat gonggok atas gunung. Pacat atas gunung pon dah kenal jugak. Haiii..x sanggup nk bersemuka dah. Yang tecik saiz normal pon gua dah lari kalo nampak ulat tu jenjalan kat mane2. Diulangi, gua yang lari.



 hehe..penat sangat la tu..duk diam jek..



 tengok, xde benda nak main..hishhh



 budak ni memang berani..huhu..



 bawak balik rumah pulak dah..sah2 charm suh dorg letak kat luar..kang duk merayap dlm rumah..tgh baring2 sedap2 ada pulak merayap kat badan...arghhhh!! geli geli geli....





wiiiiii...geli mak!!






Etiket & Protokol

Hurmm..4 hari...4 hari? Apa yang 4 hari nyer?? 4 hari beb gua x online. Cam tertinggal sungguh la dgn dunia luar. Sungguh x dpt dibayangkan dunia tanpa internet. Nak tau apa2 pun, gua selalu terjah "GERBANG CARIAN" google. Jumaat & Sabtu cuti kat rumah n xtvt family. Ahad & Isnin lak, sudah dipesan oleh 2nd big boss, jgn bw laptop utk 2 hari. Okeyh. Gua yang menurut perintah! Kenapa xleh bw laptop? Kesah nyer ada di blog [LAMAN ECHAH]


Rindunya nk jadi emcee. Tapi malu nk tunjuk bakat. Masa kt pejabat lama pon gtu gak. Alih-alih masa peknen baru dpt peluang jd emcee utk Perhimpunan Bulanan Jabatan. Lagipun utk majlis besar ni, pegawai2 tinggi je biasa terlibat. Tu pon sebab masa tu, ramai pegawai2 gred 41 ni yang biasanyer dorg yg jd emcee, masa tu dorg ramai yg otstesen. Jadi gua pon dilamar tangkap muat. Tangkap muat pon xper. At least ada peluang utk mengacara majlis jabatan.


Apatah lagi di PPA ni. Tentu2 nye pegawai uniform dan penuh dgn protokol dorg. Lagi la  jauh beza protokol dorang. So memang x termasuk dlm senarai la. Apatah lagi utk terlibat. Jadi tukang dgr dan lihat je. Tapi mmg berbeza la tahap protokol utk uniform n kita kakitangan awam ni. Mana leh terjah2 ikut suka. Mau kene hempuk!


Pernah jugak jadi emcee berpasangan utk kursus Etiket & Protokol. End of the day, kene buat simulasi dinner utk majlis grand2. Gua n Nizam (S17), JPNIN Melaka jd emcee.  Kene lak handle utk acara2 yg berlangsung semasa dinner, sambil memastikan audience x boring dgn acara2 n celoteh. 4 jam, nak buat hape atas pentas? 


Memang seronok sangat masa tu. Walaupun sekadar simulation, tp macam betol2. Yang xleh blah sorg peserta berlakon watak utk Ketua Pengarah, ada yg jadik  Datin, wife Dato' KP n TKP beserta pasangan masing2, VIP2 yang lain pulak. Kene lak praktikkan kedudukan kerusi dorang ikut portokol. Hehe..tp mmg seronok kursus tu. Ingatkan skema giler. Yelah, nama pun Kursus Etiket dan Protokol.


Yang penting, bila selesai majlis. Post-mortem on-d-spot diadakan. Dengar la komen2. Yang penting komen utk emcee. Heheh..masa tu kembang kuncup je hidung menahan bangga, angkuh bila dipuji mampu memastikan acara dinner meriah, x boring, x formal sangat. Banyak lg pujian. Sampai x dgr dah. Wahahaha. Mangkuk sangap la dgn pujian masa tu.



 ni lepas acara WELCOME DRINK..ekceli baju biru, beg n kasut baru je beli ptg tu, semata-mata kursus nyer pasal..mana la kitaorg tau  kene wat simulation dinner, lengkap segala baju,beg,gantung beg kat meja segala..

p/s baju biru muat lg x skg ni ek?? hu hu hu




 majlis nak start dah..duduk elok2 yer..menu Western..start dgn salad apa ntah..ada roti cicah sup..dah pesan dah, roti leh mintak tambah, sup xleh..ada jugak yg panggil waiter suh tambah sup..hu hu hu..tp yg kelako peserta kt sebelah, akak dr JPNIN Seremban kalo x silap, bergoyang cam kene gempa bumi je meja kitaorg masa dia potong stik tu..pastu gelak ramai2..percuma je meja kitaorg kene jeling dek penceramah..



 wit Christina..



 Qis lagik..meh nk bocor rahsia..utk acara2 mlm dinner tu, kitaorg sumbang RM50 sorg utk beli hadiah2 utk peserta dan pemenang2 bertuah..kita berdua je tau..org lain xtau..tu yg byk hadiah malam tu..



 masa pendaftaran kursus..pantang tgk kamera!



 ensem kan mamat baju putih tu...tp lembut cket...hehe



 ni je pic gua tgh kd emcee yg ada pd gua...yg lain xtau ada mane..yg baju oren tu kunun2 jadik Dato' KP kitaorg...cissss!





Itu la serba sedikit kenangan. Buku Etiket Protokol lak masih duduk kt Putrajaya. Nak amik la semua buku2 tu..bila la ye nak g sana??




Thursday, March 15, 2012

Kalam Khat

Aiman   : "Umi..umi...ustaz suruh beli KALAKAQ..."

Umi       : "Apa dia tu KALAKAQ?"

Aiman    : "Hurmm..pensel hok picit picit ada gotu ink empat segi.."

Umi        : "Hahhhhhhhh??? Nama mende tadi??"

Ijat         : " Pensel picit yg buat tulis jawi khat tu la umi..."

Umi        : "OOOO...ada jual ke? Sekali dgn ubat dia, bentuk segiempat mcm kita lurut dgn pisau jadi segiempat gtu?"

Aiman     : "Hoaa..ustaz suruh beli mi..."

Ecah       : "Ustazah kite pun suh beli..."

eh eh..dtg dari mana mek nih...hhuhuhu...

Umi       : "Yelah2..umi g cari nanti.."


3 hari kemudian....






Haaa..tu dia Kalam Khat. Charm beli kt SMO. Tingat masa sekolah dulu2. Masa tu xde mende alah ni. Kalo ada, sudah tentunya charm terer tulis khat. Nak melurut batang pensel jadik segiempat tu satu hal dah. Malas lah masa tu. Sekarang ni, pensel tekan2 utk tulis khat ada dah. Senang jek. Jeles..jeles ahh dgn budak2 sekolah sekarang!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...