.:: follow charmyiex ::.

Wednesday, December 07, 2016

Kini kembali...mcm tajuk lagu je..

Rabu : 7 Disember 2016

Setelah 2 tahun menyepi, kembali bersiaran di blog. Ada lagi ke yang menulis blog sekarang?? Sekadar pot pet pot pet syok sendiri sensorang boleh lah kot. Sapa la nak follow & baca bebelan sy yg panjang berjela2 ni kan??


Lama x menaip, x reti dah lah..Kekok je rasa.. Ada banyak sangat perkara nak tulis..Banyak benda berlaku dalam masa 2 tahun ni. Dengan macam2 perkara ni lah, saya berubah menjadi someone new. Dari segi emosi dan pertimbangan. Kite citer slow2 la yer..


Sekarang saya design dan jahit shawl sendiri. Siap ada label lagi. Mula2 x berani, tapi sekarang, alhamdulillah..Dah boleh tampung belanja harian sikit2. Selain tu, saya juga masih mencuba pelbagai resipi masakan..Haaaaa...Anna dan makanan sedap x boleh di pisahkan...Haha..😆😆😆


Bila baca balik post2 yang lama.. Rasa nak delete je semua n buat blog baru.. Tapi itulah kenyataan siapa diri kita sebenarnya satu masa dulu.. People change, saya sendiri berubah..Tapi siapa kita di masa lalu tetap x berubah kerana ianya yang menjadikan siapa diri kita hari ini..Wahhhh...Ayat kemain lagi... 


Boleh la nak mengasah balik bakat menulis cincai.. Hihihi..



Nak tengok ke design2 shawl saya sendiri dengan label 

Teratak Shawl :: An'nas Collection

saya tepek pic ckit yer..



Saya perkenal Shawl Riana Duchess. Inspired from Duchess by Nealofar. Shawl 2 muka ( 2 loops ) dengan panjang 2m dan lebar 0.7m. Jahitan tepi penuh Baby-Seam. Hujung nyer Oval-shape yang menghasilkan alunan hujung shawl yg cantik. Boleh tempah dengan saya di talian 0108111312 . Pilihan warna lebih dari 60 warna yang akan menggoda hati anda. Harga adalah mampu milik RM28 sahaja tidak termasuk kos pos. 





Okies, sampai sini je dulu. Harap2 mood berblog ni kekal lama sikit. Wassalam..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...