.:: follow charmyiex ::.

Sunday, April 29, 2012

Sedih kan tgk kita jadi mcm ni..

Semalam, malam tadi, hari ni. Penuh kat blog2 pasal BERSIH 3.0. Tujuan2 dan tuntutan 8 perkara pon gua baca. Tapi akhirnya? Fitnah berleluasa. Gaduh. Pukul memukul. Amarah berada di tahap maksimum. Sesungguhnya syaitan suka semua itu. 8 Pekara yang dituntut gua baca dan fahami. Tapi beginikah caranya? Mungkin ya, jadi sebab itu lah perhimpunan diadakan, sebab ini sahaja caranya semua itu sampai ke peringkat atas.

Tapi akhirnya? Sedih sangat. Gua sebagai orang Melayu dan beragama Islam, sangat sedih melihat perkara ini terjadi. 

Semoga negara Malaysia terus aman dan tenteram. 

Semoga rakyat Malaysia tidak gerun dan takut utk bercuti dalam negara sendiri, terutamanya di Ibu Negara kita Kuala Lumpur. 

Semoga pelancong asing juga tidak serik melancong ke KeyEL. 

Semoga peniaga2 di Malaysia tidak mengalami kerugian dlm perniagaan mereka. 

Semoga rakyat Malaysia tidak takut utk berjalan2 di KL. 

Semoga negara kita terus aman damai. 

Walaupun mungkin ada pihak yg bertepuk tangan melihat rakyat Malaysia jadi sebegini. 

Siapalah kita utk menyatakan mereka itu bodoh, bangang, bahlul. Bila kita menghina mereka, apa kurangnya kita? Bukankah sama saja.

Apa yang mampu dilakukan, agar dipeliharalah mereka semua dibawah rahmatMu Ya Allah. Sedih sangat melihat perkara begini terjadi. 

Apa kata kita berpuasa ganti wajib dan sunat beramai2? Boleh jugak bersihkan hati, jiwa dan perut kita sementara menunggu ketibaan Ramadhan tahun nih. Semoga sempat yer!









nota kaki :
ada idea nak berbuka puasa dgn apa hari ni??
klo mcD dekat, harus tapau mcD jek..
siyes lembik..almaklum, baru hari pertama puasa..




1 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

xtau nak kata pa lg psl bersih tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...