Buat projek??!!
Haaah! Projek. Semalam sempena Hari Buruh. Oh yer, selamat hari pekerja semua ye. Buat apa semalam? Charm buat projek. Projek Nasi Kerabu. Kecoh la sebab budak Sarawak ni baru belajar buat Nasi Kerabu. Bermula dari malam Isnin tu lg. Ni semua berkat ajaran dari KPL Rosmah kat Penjara ni haaa! Tenkiuk sebab sudi aja step by step. Lepas tu sebok jugak nak call tgh2 mlm nk tanya itu ini ngn Koperal. Hu hu..sungguh suka mengacau org kan.
Apa pun, projek menjadik. Cuma anak2 x suka makan kerabu tu. Tapi charm suka. Penuh nasi dgn daun2. Lawas jek. Muahaha! Alhamdulillah, dah boleh dah nak wat Nasi Kerabu sendiri. Next lesson is Nasi Dagang pulak. Redah dan belasah jek. Hihi.
Mula2 mlm tu, goreng nyior parut + serai sebatang, dipotong2. Goreng sampai jadi kaler kuning2 muda. Jangan bagi hangus. Guna api sedang kecik je.
kelapa@nyior parut digoreng |
Sambil2 goreng tu, kacau2 cket, charm tumbuk bawang merah + bwg putih + halia. Yang ni nk kene tggu ikan selayang bakar masak, pastu tumbuk sekali ngn isi ikan tu. Membakar ikan pulak dibantu oleh anak-yg-x-bujang-lg iaitu Aiman. Suka sungguh dia balik2 kan ikan tu. Hasilnya, naik panas 1 rumah. Membakar ikan dlm rumah tgh2 malam. Charm bukak cket pintu sliding kt depan. Xleh bukak besar pintu, sebab dahling xde kat rumah. Risau la walopun grill semua dah kunci. Macam2 hal boleh jadi. Oleh itu, sentiasa la beringat keselamatan kita anak beranak.
ikan selayang bakar |
isi ikan ditumbuk sekali dgn bwg2 td |
kelapa parut dah siap digaul |
Kelapa parut td, dah siap goreng, blen dulu cket. Jgn bg hancur mcm pasir yer. Cukup sekali pusing blender tu. Dah siap. Bubuh dalam bekas. Selesai 1 keje. Lepas tu goreng keropok pulak 1 bekas besar. Ammekkkow!
Tapi dalam 1 keje tu, charm sempat jugak hiris2 bahan tuk wat kerabu. Ada timun, bunga kantan, daun kesom dan kobis. Taugeh charm dh beli. Tapi disebabkan duk dlm peti smp ke pagi, tugeh jd pelik, kaler kuning2. So dusbin la jawabnyer. No taugeh for Nasi Kerabu. X lupa jugak menumbuk bahan2 utk perap ayam. Esok pagi boleh goreng.
kerabu |
Pagi semalam, bermula la projek tumis menumis dan goreng menggoreng. Cuma x sempat nak snap masa menumis tu, sebab masa tu jugak dahling baru sampai kat rumah dari Pulau Karimun. So agak kecoh2 la jugak. X nyempat2 dah. Sambil2 tu goreng ayam. Nyam nyam!! Budu pulak, ngam2 1 sudu besar. Cisss! Dah habis rupanya budu. Belasah mana yg hado je la. Sambil2 tu jugak rebus telor masin.
tadaaaaa!!! siap!! eh mana telor masin?? |
Hehe..telor masin masih duk dlm periuk lg, tgh rebus. Oh yer, kt sebelah tu ada sambal goreng ikan bilis, tu sambal lebih semalam, so duduk sekali atas meja tu, snap sekali.
mari kita makan! |
2 comments:
wah!! nasi kerabu!dah lame x makan..ade lebih x??meh sini sikit1
@luqman zakaria
ada je..anytime nak mkn..blh buat sendiri dah...meh dtg rumah yer..hihi..
Post a Comment