.:: follow charmyiex ::.

Tuesday, April 17, 2012

Novel : Akhir Sebuah Cinta



Sila abaikan kualiti gambar yg charm amik guna henpon cap ayam dan di tgh2 mlm. Motif : baru habis baca di tgh2 mlm, terus snap, dan simpan dlm almari. Ekceli, almari buku rasmi xde lg. Charm bajet nk beli almari buku hujung bulan ni. Yang pasti dan penting sekali, dahling kene tulung tawarkan harga best deal!!!


Meh story pasal ini story book. Novel ni charm beli kat Pesta Buku Kelantan. Siyes x leh nk membelek2 lama2 sbb dukung Mia sekali. X kira anak2 lain yg tarik2 baju nak itu nak ini. So charm rembat yg dpn mata ajo.

Novel ni kalo x silap cetakan ke 8 atau 9. Cetakan petama tahun 2008 kot. X ingat. Memang dah jd fiil tabiat charm mula2 baca novel, mesti g selak kat bhgn depan yg tulis cetakan ke berapa tuh. Pelik kan?

Mengisahkan Mimi Atia, gadis yg kalut, kelam kelibut, suka cakap besar, tapi pengecut, yang selamba dan sempoi. Tapi di hatinya penuh dgn impian dan harapan dlm percintaan, tapi dia sendiri takut kepada realiti kehidupan. Ditemukan dengan Tengku Khuzairy, seorang pembunuh yang mengugut utk membunuhnya sekiranya tidak membenarkan dia bersembunyi di rumah Mimi Atia. Ugutan demi ugutan membuatkan Atia takut dan bersetuju menyembunyikan penjenayah yg jadi buruan polis itu di rumah sewa nya.

Dah nama penjenayah, tapi demand n high taste pulak. Jiwa Atia sakit dan benci kpd lelaki itu. Hoho, siapa sangka Mimi Atia yg sememeh nih, ada tunang, en Muslim yang hensem, macho memuja2 cinta si Atia. Tapi hati Atia tidak terbukak langsung utk Muslim. Bertunang pon sebab mak yg suruh. Hurmm, dgn tiba2 muncul Tengku Ezairy sebagai boss di syarikat dia bekerja. Berdepan dengan kerenah boss yg satu nih, memeningkan kepala Atia yang sedia serabut.

 Persoalannya, siapa yg dibunuh oleh Tengku Khuzairy? Betul ke dia ni keturunan Tengku? Ke saje bubuh 'tengku' kat nama, padahal dia seorang pembunuh? Bagaimana pulak hubungan Atia dan Muslim yang terputus? Sangat tragis dan memalukan insiden yg berlaku depan Muslim hingga Muslim menuduhnya sebagai perempuan murahan yg mudah serahkan tubuh kepada lelaki semata2 kerana harta. Sebab itu juga Muslim memutuskan pertunangan mereka. Cane pulak Tengku Ezairy blh tertarik dgn Atia yg serabai neh. Si penjenayah pulak, dgn ego nyer yg tggi melangit, mampu ke menidakkan kewujudan Atia di hatinya setelah 2 bulan gadis itu membenarkan dia bersembunyi dlm rumah nya itu.

Hehe..nak tau ending nyer yg suspen dan sempoi, sila g beli yer. X menyesal kalo beli! Hahahaha!



nota kaki :

8 per 10 bintang!




6 comments:

Reena Sidek said...

best buku tok... nya ada kesinambungan "Hingga Ke Akhirnya" ya lagik best... :)

charmyiex said...

@Masz Sidek

menar kah?? mesti carik tok..

Unknown said...

rase cm dh bace.. at last adik beradik tengku ezairi n khuzairi tu berbaik semula.. khuzairi tu bukan pembunuh pon kan... ntah laa cm dh lupe sket.. hero cite ni khuzairi.. so, atia n khuzairi.. btol x?? jom g blog cik anis :)

charmyiex said...

@Cik Anis

betol.cik anis dpt 10 markah!

shera said...

kak Charm suka baca Novel ya ? Samalah kita :) hihi
Mesti banyak konflik kan jlan cerita Novel ni . Sinopsisnya pon dah suspen ... huhu

charmyiex said...

hehe..suka baca..tp itu lah, $$$ yg x cukup nk beli byk2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...