.:: follow charmyiex ::.

Friday, July 26, 2013

PAVLOVA yg rasa cam mashmellow..x tipu!!

Selamat pagi..

Selamat bersahur semua!!

Pagi ni baru ada tenaga utk buat entree. Malam bgn kul 1:30am hias n tabur buah atas pavlova.

Ngap ngap tggl separuh dah pavlova. Cuma silap beli cream yg dlm tin spray tu. Cepat cair, masa baru mkn pun cair dah. Kene picit cream lagi. Next time kne buat whipping cream baru x mudah cair.

Yang lain2 mengikut cara dan resepi,memang menjadik. Sedappp!! Meh tgk resepi. Resepi ni pun dr kwn² blogger yg dah pernah wat. Tq tq...

PAVLOVA

Bahan-bahan:

5 biji telur- ambil yang putih sahaja

3/4 cawan gula castor

1 sudu besar tepung jagung

2 penutup esen vanilla

1 sudu besar cuka

ini bahan untuk meringue

Panaskan oven pd 170°c.

Alaskan dulang pembakar dgn kertas minyak. Lukiskan bulatan di atas kertas utk size pavlova yg akan di bakar nanti.

Pukul putih telur tadi pada kelajuan paling tinggi, sampai rupanya sama macam cream RUPA BUKAN TEKSTUR, (angkat n terbalikkan bekas,meringue xkan jatuh)

Setelah itu masuk kan sedikit demi sedikit gula castor sambil pukul
(cuit meringue dengan jari untuk pastikan gula dah betul-betul hancur, kalau masih ada rasa gula, pukul lagi)

GUNAKAN SPATULA je utk gaul rata bhn di bawah ni.

Masukkan tepung jagung, esen vanilla dan cuka dan kacau

Masukkan bahan putih (meringue) kedalam loyang@ dulang yg dilapis dgn kertas minyak td dan masuk kan kedalam oven

Panas kan oven dengan suhu 150C dalam 15 minit.

Selepas 15min meringue dlm oven.

Then turunkan suhu kepada 140C.

Bakar selama 1jam-1jam 15 minit. (Bergantung kepada oven masing-masing jugak)

AMARAN!: Dah masak pavlova tu, jangan terus keluarkan pavlova tu daripada dalam oven tu ok. Biar kan pavlova tu sejuk dalam oven. Buka sikit pintu oven tu bagi pavlova tu sejuk. Dah sejuk pavlova tu dalam oven, baru boleh keluarkan

untuk topping:

setengah cawan ready made non dairy whipping cream- DIPUKUL sampai kental

buah-buahan (anggur, kiwi, oren, mangga, strawberri) OPTIONAL

Senang dan simple je cr buat nye. Cuma part cream n buah² tu kne cari kat supermarket. Kat cni dah ler mmg payah nk cari whipping cream tu. Bila jmpa yg dlm tin,terus rembat. Cuma cpt sgt cair lah.

Apa lagi, selamat mencuba!!

potong buah²..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...