.:: follow charmyiex ::.

Friday, July 26, 2013

PAVLOVA yg rasa cam mashmellow..x tipu!!

Selamat pagi..

Selamat bersahur semua!!

Pagi ni baru ada tenaga utk buat entree. Malam bgn kul 1:30am hias n tabur buah atas pavlova.

Ngap ngap tggl separuh dah pavlova. Cuma silap beli cream yg dlm tin spray tu. Cepat cair, masa baru mkn pun cair dah. Kene picit cream lagi. Next time kne buat whipping cream baru x mudah cair.

Yang lain2 mengikut cara dan resepi,memang menjadik. Sedappp!! Meh tgk resepi. Resepi ni pun dr kwn² blogger yg dah pernah wat. Tq tq...

PAVLOVA

Bahan-bahan:

5 biji telur- ambil yang putih sahaja

3/4 cawan gula castor

1 sudu besar tepung jagung

2 penutup esen vanilla

1 sudu besar cuka

ini bahan untuk meringue

Panaskan oven pd 170°c.

Alaskan dulang pembakar dgn kertas minyak. Lukiskan bulatan di atas kertas utk size pavlova yg akan di bakar nanti.

Pukul putih telur tadi pada kelajuan paling tinggi, sampai rupanya sama macam cream RUPA BUKAN TEKSTUR, (angkat n terbalikkan bekas,meringue xkan jatuh)

Setelah itu masuk kan sedikit demi sedikit gula castor sambil pukul
(cuit meringue dengan jari untuk pastikan gula dah betul-betul hancur, kalau masih ada rasa gula, pukul lagi)

GUNAKAN SPATULA je utk gaul rata bhn di bawah ni.

Masukkan tepung jagung, esen vanilla dan cuka dan kacau

Masukkan bahan putih (meringue) kedalam loyang@ dulang yg dilapis dgn kertas minyak td dan masuk kan kedalam oven

Panas kan oven dengan suhu 150C dalam 15 minit.

Selepas 15min meringue dlm oven.

Then turunkan suhu kepada 140C.

Bakar selama 1jam-1jam 15 minit. (Bergantung kepada oven masing-masing jugak)

AMARAN!: Dah masak pavlova tu, jangan terus keluarkan pavlova tu daripada dalam oven tu ok. Biar kan pavlova tu sejuk dalam oven. Buka sikit pintu oven tu bagi pavlova tu sejuk. Dah sejuk pavlova tu dalam oven, baru boleh keluarkan

untuk topping:

setengah cawan ready made non dairy whipping cream- DIPUKUL sampai kental

buah-buahan (anggur, kiwi, oren, mangga, strawberri) OPTIONAL

Senang dan simple je cr buat nye. Cuma part cream n buah² tu kne cari kat supermarket. Kat cni dah ler mmg payah nk cari whipping cream tu. Bila jmpa yg dlm tin,terus rembat. Cuma cpt sgt cair lah.

Apa lagi, selamat mencuba!!

potong buah²..

Thursday, July 25, 2013

Baru siap

Jahit manik baru siap.

Punya la berkurun nk buat..alahh..siap dlm 4 jam jek..

4 jam tu kira cepat la jugak yg bertatih mcm gua nih..

Kalo yg expert mesti dah gedebak gedebuk bunge besau besau.. Baju ni pun baju lama dah..guna masa perasmian PPAM tahum lepas..

Apa pun..sy tgh perbaiki teknik..nextttt!!!!

Tuesday, July 23, 2013

Mari mengKETUPAT

Jom wat ketupat..

Di bilik gua lah..

Cerrrrr teka...tgn sape kah ini???

Pizza Hut ada di Machang!!

Pizza Hut ada di Machang la wehh!!!

Eksaited gila noks!!

Pg ni kuar pejabat jap, ada urusan bank di CIMB Machang. Di sebelah nyer ada Pizza Hut..ohh..Alhamdulillah...

Moga lepas ni McD pulak yg bukak di Machang yek.

Ada delivery jugak..so boleh call hantar je kat PPAM kan..

Tapi..sejak bila ada..aku x tau!!

Apa yg penting, aku dah tahu..

Mesti korang pelik kan nape aku teruja sangat bila nampak Pizza Hut ni..sob sob..jakun sungguh kan..

Biarlah nak kata apa pun..bg pencinta makanan spt saya..saya bersyukur...hehehehe....

Monday, July 22, 2013

Sooooo drained....sooooo exhausted!!

13 Ramadhan

Dah 13 hari kita puasa.

Gua sgt penat. Penat smp menangis². Sangat x larat tapi wajib buat jugak.

Nak mengadu pun..nk marah pun..tetap kena buat jugak. Bertambah letih.

Pagi bgn kul 4. Masak dan siapkan sahur dan mencuci serta mengemas. Solat n g kerja. Kul 5 ptg berdesuuuppp pecut balik rumah.

Pukul 6ptg start masak nasi n lauk uttk berbuka. Kuih muih je beli. Dah siap semua..g siap2 nk cuci baju.

Berbuka lak, bila badan dh letih, awk xlalu mana nk makan. Minum air, mkn kuih..g solat magrib.

Lepas tu cuci baju..cuci n kemas dapur..
Lipat baju..dah siap cuci baju..jemur baju..mandi..masa ni jam dah kul 9.40-9.45mlm.

Baru blh solat isyak..mengaji...
1030-1130 masa utk tdokan Mia..Dan gua pon lena sekali..
Bangun jam 3-3:30 am..

Dan rutin di atas bermula lagi..
Hari ni sgt letih. Nak bercakap pun xlarat..so kalo xbaper dgr suara comel saya..maaf lah..saya mmg kurang tenaga!!

Saturday, July 20, 2013

Ayam Percik & Manisan Mangga Epal

Salam di hari Jumaat.

Hari ni bangun pagi² kemas beberapa ruang dlm rumah nih..yelah..nak raya kan..bersihkan sikit² dulu..sudahnyer..gua kurang gula & air..direct 4 gelas togok air bila azan magrib..

Hari ni buat ayam percik. Bakar ayam pon dalam oven je. Rupanyer sedap ayam percik ni kan. Charm pernah beli kt pasar@bazaar. Tapi semua x sedap. Sudahnyer..spt biasa..google je resepi.

Ayam Percik

½ ekor  ayam (potong ikut suka)
Garam & kunyit

- perap dlm sejam,then bakar dlm oven guna tray oven tu

- charm bakar suhu 200°c..api atas bwh..selang 15min balik² kan ayam tu..smp masak..

Untuk percik:

2 ulas bwg merah (bwg merah kat rumah size besar,tu yg 2 ulas jer)
4 ulas bwg putih
1 serai
1 inci halia
1 asam gelugor@keping
1@2 tangkai cili kering (yg ni nak bg kaler merah cket)
Secubit serbuk kunyit (juga efek kaler)

Garam, gula dan Maggi cukup rasa
Santan pekat rm2 (kat kelantan ni mudah..nk guna byk mana..blh beli..charm guna rm2 je)

Cara:

Blend semua bhn di atas kecuali asam gelugor, santan &  garam,gula & perasa

Satukan santan & bhn blend dlm kuali. Masukkan asam gelugor n gula.

Kacau pelan2 smp pekat n pecah minyak. Masukkan garam & perasa.

- bila ayam pon dah masak..tuang sikit kuah percik tu kat atas ayam,bakar sekejap..pastu balikkan ayam..tuang baki kuah percik kat bhgn sblh pulak..bakar sekejap..

- boleh dihidangkan.


Hehe..itu je..simple kan..dan sedap rupa nyer..apa lah nasib dpt ayam percik kurenggg sedap selama nih!!!

Tgh² masak kuah percik tu..tekak ni tingin lak sumting yg manis masam pedas sejuk. Tingat satu menu yg charm pernah mkn dulu. Masa bila xtau.

Godek2 google jumpa lah. Buah mangga epal yg sedang2 nk masak pon ada 2 biji. Nak tau cara buat..meh charm bg resepi...

Manisan mangga

2 biji buah mangga (yg bru nk masak)

- kupas kulit,potong ikut suka dan rendam dlm air kejap

2 senduk gula
200ml air
½ sudu teh garam
3 tangkai cili kering
4 cili padi

- tumbuk cili².

- campurkan semua dlm periuk,masak smp mendidih

- dah siap, sejukkan dulu.

- toskan buah mangga td..tuang kuah td..sejukkan dlm peti

Ok lah..tu yg larat charm kongsikan.
Nak tdo dulu, kepala nyut nyut dr td. Esok nk masak sahur pulak. Selamat malam...

Friday, July 19, 2013

Jelly Kelapa

Salam 10 Ramadhan semua..

Dah selamat bersahur dgn anak². Dahling xde..beliau ke Pulau Perhentian utk program² PRK K.Besut skg ni.

Hurmm..charm dah boleh buat jelly kelapa. Sedap sgt. Tekstur pon xbaper cair mcm jual kt luar. Ekceli x pnh mkn pon yg jual² kt pasar. Tgk cam sedap. Rabu lepas try wat. Menjadik..sangat suka tau!!

Charm guna agar2 tali je. Charm beli yg 30gm. Utk buat jelly ni,kita kne lebihkan air biar jelly tu cam lembik sbb kita nk letak dlm cawan or bekas yg org jual puding tu.

Plan nk buat n jual kat kantin PPAM. Harap2 dpt sambutan lah. Ok jom semak resepi.

Jelly Kelapa

30gm agar2 tali
6liter (air putih + air kelapa dr 3-4biji kelapa..lg byk air kelapa..lg sedap...)
Gula secukup rasa
Nak wangi..letak daun pandan..

Cara nya:

Masak daun pandan + agar2 + 6liter air td smp larut..

Then masukkan gula..smp gula hancur..

Tuang dlm cawan or bekas..

Isi kelapa td..letak dlm setiap bekas..sejukkan...siap..boleh makan nom nom nom...

Tuesday, July 16, 2013

Sambal Belacan Jati Diriku

Oohhh sudah 7 Ramadhan rupa nyer...tapi sekalipun gua x pernah jejak kaki ke bazaar Ramadhan..semua dahling & anak² je yg g beli..

Mungkin x larat dah bersesak² dgn ramai orang..gua duk dapur siapkan juadah utk suami dan anak²..

Tiap² hari memang kene masak lah. Mahal la weh lauk pauk skg ni. Jadi caranya habiskan rm10 utk  beli 3-4 jenis kuih jer. Nasi,lauk dan air semua buat. Memang agak cemburu dgn sesetengah pejabat gomen yg mana boss dorg amat amat dan sangat sangat bertimbangrasa membenarkan kakitgn dorg balik seawal 4@4:30ptg utk menyediakan juadah berbuka. Pejabat gua..cam gtu je lah. Kan tu semua atas budi bicara dan timbang rasa bos besar. Terkilan tu yer jugak..tp mcm biasa lah. Sabar je lah jawab nyer.

Jadi smp kt rmh kul 6pm jugak lah. Tertonggang terbalik kt dapur smp time berbuka..

Hari ni teringin sangat nk mkn sambal belacan..pure sambal belacan sarawak. Mungkin ramai yg xtahu sambal belacan semua sama. Alaaa yg men blend ada bwg² cili cuka limau etc tu.

Tapi sambal belacan sarawak simple je,yg paling penting kene dan wajib tumbuk guna lesung batu. Rupa spt gambar di bawah yg mangkuk oren tu.

Bahan dia cuma cili, belacan dan ikan bilis jer. Tumbuk dlm lesung. Satu xtvt yg kita sll buat lepas tumbuk sambal belacan ialah amik 1 senduk nasi panas² baru masak,lenyek2 dlm lesung yg ada sisa sambal belacan tu. Perrgghhhh...sedappp..berpeluh berair mata mkn..

Kita adik beradik berebut lah nk mkn..sekali dgn mak..hihihi...

Pendek kata nye..x kira lah sejauh mana anda merantau..jati diri kita tetap utuh..terutamanya makanan yg dh jadi santapan tekak kita dr kecik kan.

Saturday, July 13, 2013

Misi Perabis Roti

Salam 4 Ramadhan semua..

Hari ni misi perabiskan roti. Habis semua resepi puding roti gua godek. Maka terhasillah...

Menu hari ni

Nasi -  ayam bakar rempah - sambal udang - telor rebus

Kuih muih pulak

Puding roti kukus + sos kastad - puding roti marble + puding karamel jagung + samosa ayam& daging&kentang

Air pulak

Teh O panas - air jagung - sirap limau

Meh semak resepi puding marble dulu.

Bahan-bahan
[loyang 8x8 ]

4 keping roti -
2 biji telur -
1/2 cawan susu pekat
200ml susu cair
8gram serbuk agar2
[ charm guna 10gm agar-agar tali ]
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) [charm ganti dgn 3sudu besar minyak masak]
800ml air
2 sudu besar serbuk koko (bancuh dgn sedikit air)

Cara-cara

1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. [ charm cuci dan rendam agar-agar bertali dengan 600ml air..pastu masak hingga agar-agar dan gula hancur ]

2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan  baki 200ml air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.

3. Masukkan butter/marjerin [minyak masak] dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.

4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2.

5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis.

Ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 mudah sejuk@membeku.

6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.

Thursday, July 11, 2013

2 Ramadhan

Salam 2 Ramadhan semua..
Hari ke2 berpuasa..tp gua x berpuasa lg..heheh...
Hari ni Khamis balik kul 3.30ptg..sempat lah buat Puding Karamel Jagung utk anak² & suami berbuka puasa..
En suami lak beli punya lah byk kuih²..kenyang wehh..Alhamdulillah...rezeki Allah...
Hari ni blend buah pauh epal hasil tanaman en suami..sedap..masam masam manis..sedapppp...

Puding Karamel Jagung ni member buat dah..sedap sgt..terbayang²..jadi hari ni nekad nk wat jugep..

Meh tgk resepi dulu..

PUDING JAGUNG KARAMEL

Bahan-bahannya:
5 - 7 sudu makan gula
10 biji telur
1 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat
1 tin jagung krim
1 - 2 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya:

A.

1. Didihkan air di dalam periuk kukus.
2. Sementara itu, masukkan gula ke dalam loyang. (Saya guna loyang 9 inci)
3. Dengan menggunakan api yang kecil, panaskan gula dalam loyang hingga cair dan berwarna keperangan. (Pastikan semasa memasak gula, ianya sentiasa dikacau supaya cair rata).
4. Tutup api dan terus golek-golekkan loyang supaya air gula memenuhi dasar loyang. Ketepikan dan sejukkan. (Air gula akan mengeras).

B.

1. Masukkan telur, susu sejat, susu pekat dan esen vanila ke dalam blender.
2. Putar blender hingga adunan sebati, tak perlu hingga kembang.
3. Masukkan jagung tin. blend kejap jer.
4. Masukkan ke dalam loyang berisi gula tadi. 5. Kukus selama 30 - 40 minit. 6. Sejukkan sebentar dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Sedia untuk dinikmati.

Monday, July 08, 2013

Unit D16 & kuew tiaw kungfu

Selamat pagi Isnin

Amacam hari ni? Monday blues ke??

Gua sejak pindah Kelantan,mmg x merasa dah monday blues..ada sunday blues jek..tp mmg x blues mana pon. Sbb urusan rasmi dgn negeri lain semua start ari ni jugak. Ahad urusan di pej pantai timur je lah.

Jadi hari Isnin ialah hari ke2 bekerja. Sangat bz sbb bermula urusan rasmi dgn negeri lain yg baru start keje hari ni.

Pagi ni kene mkn kat bilik sensorg. Layan kuew tiaw kung fu wachaaa!!!

Pagi ni jugak ada solat subat dhuha & tasbih di musolla anjuran Persiap. Gua x g sbb kasi laluan partner lak pegi.

Pagi ni jugak unit D16 dr Bukit Aman dtg amik DNA penghuni penjara. Hmm..ptt Malaysia ni kan..sejak kita lahir lg tabung DNA ni dah kne ada. Means that bila baby lahir jer,terua amik darah utk rekod database tabung DNA..ala ala CSI tu..bila jadi kes jenayah..cop jari pun payah nk trace skg ni..

Ok lah..itu saje entree di pagi Isnin...jom layan kuew tiaw kung fu...wachaaaaa...

Saturday, July 06, 2013

Kek Karamel Coklat

Wahhh!!!

Tahniah pada diri sendiri..
Berjaya jugak buat akhirnya..

Ada byk resepi & mcm² cara buat kt blog.
Gua amik resepi colek sana sini..modify sana sini..jadik jugak akhirnya..

Cuma rasa karamel tu mmg power sekaligus overshadow rs kek coklat tu..

Bila letak adunan kek coklat tu..ada baki lg..nk buang sayang nyer...so kite wat dlm loyang tecik..dpt la dua loyang..
Boleh buat utk bukak puasa nanti..nk order??
Boleh..boleh...

Jom semak resipi..

Kek Karamel Coklat
(modified edition by charm~phoenix)

BAHAN KARAMEL:

STEP 1:
2 sudu besar gula pasir di tabur dlm loyang

STEP 2:
letak loyang atas dapur gas utk mencairkan gula menjadi karamel dgn menggunakan api perlahan..

Make sure karamel td memenuhi ruang loyang tu tau.. pandai2 korang le senget2kan loyang tu time masak kasi karamel tu tak selonggok kat tgh2 aje.. dah siap ketepikan..

STEP 3:

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj telur size A

STEP 4:
kacau perlahan bhn2 kat atas guna whisker atau garpu dan tapiskan ke dlm loyang gula hangus td

STEP 5:
Kukus selama 15min

****sementara tu,siapkan

BHN KEK CHOCOLATE MOIST

BHN A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA: satukan semua bahan dlm periuk,kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dgn api perlahan sambil dkacau hgga sebati,dah sebati,padamkan api dan rehatkan sekejap

BHN B:
3/4cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder *semua bhn di atas di ayak

BHN C:
4 biji telur (blend smp berbuih n ringan)

CARA :
~ satukan BHN B dan BHN C ke dlm BHN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk

~ tuangkan adunan ke dlm loyang karamel tadi

~ kukus smp masak

~ sejukkan n simpan dlm peti

~ sedappp mkn time cejuk cejuk

Kek Span

Salam..yuhuuuu!!!

Ni smlm nyer entree sbnrnya. Wat kek n minum ptg utk bro Aizi dan kwn² dia dtg rumah. Nak beli tanah selang 2 lot dr rumah gua.

Resepi ni mmg sangat fleksible. Tekstur mmg btol2 lembut cam span. Smlm nk wat kek pandan,tp pandan paste dah habis. Ada pisang & strawberry paste. Wehh..dah terlajak bubuh kaler ijo..xkan nak tuang strawberry paste kot..agak2 la kan..

Maka jadilah kek span perasa pisang.

Jom semak resepi..

Bahan-bahan :
(loyang 4 segi 8 inci)

150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum
150 gm gula kastor
5 biji telor A
1 sudu besar ovalette
80 ml susu segar/air/santan/susucair
80 ml minyak masak/mentega cair
1 sudu teh pes pisang(blh tukar ikut suka)
1 sudu teh serbuk penaik Sedikit pewarna hijau

Cara-cara :

1. Pukul telur bersama gula hingga kembang dulu. Lepas tu baru masukkan ovalette dan pukul lagi hingga kembang.

2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar/air pandan, pes pandan dan pewarna. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.

3. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8 icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.

5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.

Anak kucen tepi jalan

Salam Sabtu..
Ni lah anak kucen yg gua jmpa kt tgh2 jalan Khamis lepas.
2 ekor..yg sekor mmg tgh jalan..gua benti amik..pastu dgr lak bunyik anak kucen nanes..ada lg sekor kt tepi jalan atas rumput.

Amik lah dua2..dorg 6 beradik duk ulit n bg susu anak kucen.. omey omey kan..baru 2 hari..dah gumuk...

Thursday, July 04, 2013

Beralih tahun ke?

Salam petang khamis..
Gua amik anak2 kat taska..cam biasa lah balik dr opis..

Pengasuh kata Mia muntah 2x..lembik..xtau nape..tp bkn muntah susu..risau masuk angin je..tu dia x sedap badan..

Sampai rumah..letak atas toto..x sempat nk bg air glukose..Mia dah lena..cian nyer dia..letih jer rupa..

Ni ke yg orang tua2 sebut bertukar tahun? Sbb Mia baru masuk 2 tahun 13 Jun lepas. Ahad ni appointment klinik dia.

Buli lah..

Salam..
Selamat pagi semua...
Hurmm..nk story pasal kisah semalam kejadian nyer..

Pagi semalam tgh bersiap nak pegi keje cam biasa..anak² pon bersiap nak ke sekolah..

Tiba² Ika cakap..
"Ummi...Imey nak demam.."

Uikss..gua pon panggil Imey..xleh nk gerak g kat dia..sebab tgh setting shawl depan cermin..heheh...

Gua tanya..
"Nape Imey..nak demam ke?"
Sambil jamah dahi dia..hurmm..panas ckit nih...

Imey pon jawab..
"Aah..kite sero nok deme..semale saing kite tey paler 2x..kita biasa boleh tahan nangis..semale kita x tahan dh..tubik satu air mata kita..kita lap cepat²"

Haishhh...pastu Isya yg tgh setting tudung sekolah kat kepala dia pon sambung..

"Ummi..smlm kita g kelas imey..dia tey kepala kita jugak mi..sakit mi..kita nangis kt sekolah..."

Uikss..gua terus cakap..
"Pasni ummi hantar g sekolah..ummi nak jumpa budak tu n cikgu kelas Imey..nnt tunjuk kt ummi mana satu budak tuh..."

Hangen la jugak kan..sebenarnya masuk 3 mggu dah Imey  tau yg budak ni selalu pukul dia. Masuk kelas pagi² dia terus pukul kepala Imey. Nak kuar kelas time rehat kene pulak. Imey pulak jenis senyap jer.

Tapi as parents,kita anggap tu hal bebudak sama2 kengkawan dia. So x amik port sangat. Ada jugak terfikir nak btau ngn jiran yg merangkap PK1 kat sekolah tu.

Hehe..area rumah gua ni...jiran² semua cekgu cikgi belaka..kitaorg je kuli..

Tapi x tercakap jugak sbb risau lah orang pikir alahhhhhaiii... hal bebudak jer..xkan dah kecoh kan...tp budak tu anak aku..x kne anak ko..xpe..kne kt anak aku..org blh lah cakap mcm²..cerrr kene kat anak awak...mau mengamuk kt pagar sekolah...

Jadinye pagi semalam tu..gua rasa melampau dah budak nih..smp Isya pon dia tey sekali..so aku nekad nk jumpa budak tu..kasik ajaran cket.. muahahahahaha [sila gelak dgn jahat]

Lepas drop kan Mia & Ika kat Taska, gerak ke sekolah. Ikut Imey naik g kelas dia. Sampai jer kt pintu kelas,Imey terus tunjuk kt budak tu..pastu tunduk jalan lelaju masuk kelas. Eh eh eh....x pnh lagi gua nampak Imey camtu..cam takut giler ngn budak ni..siap tggu depan pintu lagi..

Ooohh..ni lah budak nyer..
Gua terus mulakan sessi temubual. Senyap terkebil² pulak budak nih.

Gua tanya direct..
"Awak ke yang selalu tey kepala Amin Aiman?? Aunty ni ibu Amin.."

Wahhh..kelas kau..aunty..xmo gunapakai gelaran 'makcik'..apa kelas guna makcik..dah ler semalam dressing dgn jubah maxi..dgn shawl silang²..terpaksa lak guna wedges Polo sbb sandal Bata tercabut tapak..hahaha..selingan xoxo!!!

Budak² ramai dah ni penuh sekeliling nk dengar..nk tengok per citer...amboi..kecik2 lagi dah reti kepoh ek...

Utk makluman kelas Imey adalah TahuN 4Mulia..semua yg kepoh ni budak darjah 4 lerr..mana x kepoh..bapak gangster dorg kne temuramah oleh aunty yg vogue pakai shawl silang² tuuu...

Budak ni nama Mat Apis - nama penuh xtahu..sbb xde name tag pakai..tp tu lah nama yg Imey sebut..

Bila tanya..budak ni terkebil² senyap..dlm ramai budak yg mengerumun nih..tiba² sorg ni bersuara...

"Mu ngaku je lah mu tey Amin...meme mu  berehi tey Amin ..."

Pastu budak tu blahh...ohh...ada yg berpaling tadah nampak...

Gua tgk Mat Apis ni kecik bebenor...nak jer angkat & baling ke bawah dr tingkat 4 nih...

Pastu gua pon tepuk bahu dia sambil picit kuat cket..nk bg budak kecut...gua nyer ayat lebeh kurang mcm ni..

"Mcm ni lah..aunty ni x pernah pukul anak aunty, penampar ke..sepak terajang ke..xde...aunty pun x ajar anak aunty pukul kawan² dia..sbb tu AmiN x balas bila awak tey dia hari²...jadi bila ada budak yg pukul anak aunty sampai adik Amin pun awak tey semalam..aunty nak pesan..lepas ni kalo awak pukul Amin atau budak² lain..aunty pegi rumah awak..jumpa mak bapak awak..lepas tu aunty pegi sekolah..aunty sendiri akan pegang tangan awak..bawa awak jumpa guru besar..paham x nih??"

Dia angguk angguk..

"Dah kalo paham..aunty kata td???"

Gua suh dia ulang balik..

"Jange tey Amin..jange tey ore lain.."

Bagus paham..bijak²..aku gosok kepala budak tu sambil cakap..

"Belajar elok²..mak bapak hntr sekolah utk belajar..bkn jadi samseng..esok² dah besar..boleh jadi orang.."

Byk lagi yg gua ceramahkan..tp itu je lah point² nyer...

Lepas tu gua turun terus ke bilik guru..nak cari guru kelas Imey.

Jumpa tu..gua terus btau pasal hal Mat Apis neh. Tp sebelum tu, tanya samada Imey ni nakal ke, buat naya kt kwn ke, sll kacau kawan² lain ke smp Mat Apis ni pukul dia hari².

Yelah kan..mana tau anak kita yg buat onar dulu..sbb tu kwn g belasah balik..lg pun anak2 kita ni..kat rumah lain..bila di sekolah dgn kwn2 dia lain..tu yg kita kne amik tahu jugak..

Alhamdulillah..cikgu kata Imey ni mmg senyap jer..orang buat apa pun kt dia..dia senyap jer..sbb tu la kot budak mudah nk buli dia.

Lagi pun mmg si Mat Apis ni kepala samseng..mmg cikgu sendiri admit budak ni nakal n suka belasah budak lain. Xper lah,biar cikgu buat bahagian dia pulak kan.

Rasa lega la jugak setel satu hal. Ptg smlm amik dorg kt taska.,terus tanya Imey samada Mat Apis tey dia lg ke x. Imey kata xde,cikgu pun ada masuk kelas, marah si Mat Apis ni.

Harap² dia x buat lg dah. X tahu lah hari nih..camner pulak..petang nnt balik baru tanya kat Imey..

Hmm..otw balik dr taska - rumah smlm, jumpa 2 ekor anak kucen kaler putih kat tengah2 jalan..sian nyer..mana mak kucen nih..bertebaran anak2 dia tgh jalan...

Haishh...gua benti..tgk jalan..suh anak g kutip..x sempat nk amik pic anak kucen tu smlm...ari ni harap² kucen besar x belasah anak² kucen tu..

Sekian entree hari nih...adios...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...