.:: follow charmyiex ::.

Thursday, March 13, 2014

Apam Lenggang




Selamat petang Khamis..

Masuk hari ke6 tragedi MH370 dan masih belum dijumpai. Gua mmg x sanggup nak buat entree utk MH370. Xsanggup nak menanggung rasa sedih, bayangkan kalo ada adik beradik,mak bapak, suami, isteri,anak kita dlm tu..haishh..kelu lidah x terkata!

Petang ni balik keje, tertengok kat fb Che Mat gebu ada post pasal Apam Lenggang ni. Kebetulan bahan semua ada, try test buat..

Pic ni amik masa memula siap beberapa ketul. X baper cantek..sebab api besar sgt. Lepas2 tu barulah santek & comel.

Resepi adalah seperti di bawah..jom try wat..sedap...



Apam Lenggang.


Bahan :

3 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu teh yis

Cara :

~ campurkan semua bahan, gaul sebati & tapis.

~ perap sehingga naik double.

~ lenserkan kuali leper dgn minyak, panaskan, kecilkan api.

~ tuang 1 senduk kecil dan lenggangkan.

~ tutup sebentar, angkat & lipat dua.

Sunday, February 23, 2014

From Kuching..with love!



Ni pic barang² a.k.a hadiah besday yg mak & adik pos dr Kuching.

Tq mak..adik²..

Baju utk anak bujang 2 org tu pon ada. Baju utk abah dia..gua tempah khas..bulan May besday beliau, baru suh adik pos nanti..hehehe..

Ni pon sebab adik biz online. Jual baju, jam & perfume, dpt la free..hehehe...

Mak pulak sempat la siapkan baju kurung sepasang, cuma x sempat nak sulam jer. Xper..blh jahit manik nnt..hehe..

Kek Lapis pon ado, tu yg buat berat pos tu..x lupa udang kering..hehehe..

Tahun ni, x sedih² dah nak sambut besday. Belajar dr pengalaman kan..

Dah 31 tahun dah umor..tua kan?

Tapi kajian menyatakan 31 tahun lah wanita cantik menawan gitu..ahaks!

Yer lahhh sangatttt...

Tahun ni..warga 1983 sajer...



Bg gua..cantik itu subjektif..pendapat masing²..

Bg gua jugak..cantik itu pd keyakinan, how u present urself..mcm mana anda letakkan diri anda dlm kelompok masyarakat, kawan² dan rakan sekerja.

Yang pasti, kita x mampu puaskan hati semua org. Kita sentiasa ada kelemahan dan keburukan. Itu namanya manusia kan..

Apa pun semua itu ciptaan Allah...macam cantek..macam comel jer..segala pujian kembali padaNya..

Gejala selfie



Kelakor kan..

Tapi kita buat jugak kan..kan..kan..

Hihi..

Musim Selfie sekarang ni..

Nak komen ape?

Nak hentam?

Jangann..sbb awak sendirik pun buat..

Release mind kejap...

Smile!

Thursday, February 20, 2014

Allah tutup..



Salam selamat pagi Khamis..
Mood berblog sudah datang..
Semoga berterusan begini..

Suasana di tempat keje jugak masih hangat soh seh soh seh kiri kanan mengenai kes 3 penjuru yang berlaku.

Nak bercerita, itu aib org. Tetapi benda yang berlaku terlalu ramai saksinya. Mungkin ini yang dinamakan Allah bukakan aib..nauzubillah min zalik..

Mengenali sahabat ini banyak mengajar saya sendiri tentang kedudukan diri sebagai seorang wanita yang bekerja, seorang isteri dan seorang ibu.

Usahlah kita sibuk bertanya mengenai kisah orang lain, kerana kita x tahu untung nasib diri kita bagaimanakah nanti.

Usahlah terlalu gah, bangga dan sombong dengan apa yg kita miliki.

X payahlah kita sibuk mencari salah silap segala yang x kena pada orang lain seolah² kita terlalu sempurna serba serbi.

Dalam sekelip mata kita boleh berbalik hati.

Dalam sekelip mata kita boleh tersilap langkah.

Dalam sekelip mata kita kita kehilangan segalanya kerana khilafnya kita sebagai manusia.

Dalam sekelip mata maruah, nama, hak, peribadi, kerjaya kita calar dek ketelanjuran nafsu.

Dalam sekelip mata, Allah tarik balik semuanya.

Jauhkanlah diri ini Ya Allah dari sifat sedemikian. Semoga apa yang berlaku menjadi iktibar dan pengajaran kepada kami semua.

Saya sendiri berdosa kerana dalam sedar x sedar juga membuka aib para sahabat..membicarakan aib seorang rakan..semoga ada ruang utk saya meminta maaf nanti..

Benarlah..apa yg baik pada kita, kerana Allah tutup semua aib kita..usahlah dok mencanang aib org..kerana bila Allah buka aib kita..inilah yang berlaku..

Karma sebuah kehidupan..

Semoga kita mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku...

Wednesday, February 19, 2014

Terima Kasih



19 Feb kian sampai penghujungnya..

Namun ini permulaan dgn pertambahan 1 angka dalam hidup saya..

Terima kasih Allah kerana panjangkan umur saya sehingga ke saat ini..

Terima kasih ibu dan bapa saya yang berkorban segalanya utk anak² mereka..

Terima kasih adik beradik saya kerana mereka sentiasa ada ketika susah dan senang walopun kami saling berjauhan..

Terima kasih suami dan anak² kerana sudi menerima kehadiran saya dalam hidup anda semua..

Terima kasih buat suami yang byk bersabar dengan kerenah saya yang baru mengenal alam rumah tangga sekaligus menjadi isteri dan ibu dengan mendadak..

Terima kasih sahabat, rakan dan kenalan yg sentiasa positif dan memberi motivasi, dorongan tanpa henti..

Ternyata kita tidak hidup sendirian..

Kita saling memerlukan dan bergantung satu sama lain..

Maaf andai saya pernah menyakiti hati anda tanpa saya sedar..

Terima kasih semua...

Terima kasih dan..

Terima kasih..

Tuesday, February 18, 2014

Cerita gigi



Salam Selasa..

Hari ni baru nak update story gigi semalam. Gambar di atas adalah ubat tahan sakit, org sebut Postan. Baru pertama kali gak makan ubat ni.

Ni pun mintak dgn klinik dalam penjara, sbb sakit gigi masa keje. Duk bertahan dgn tonyoh garam dalam lubang gigi. Nape tonyoh garam? Sbb bila kumur tu rs x berkesan dah, tonyoh garam sampai kebas masin, baru la lega. Last² mintak jugak postan kt dalam klinik.

Alahai gigi..dulu berlobang..yg buat sakit baru² ni kt hujung gigi tu retak, jadik mcm 2 cabang yg tajam, terluka la pipi dalam tu. Sakit menusuk². Azab sungguh.

So pagi Isnin dengan tekad padu ke klinik utk cabut gak gigi. Dan sememangnya Klinik Kesihatan Cherang Ruku semakin baik servis nyer, saya amat puas hati setakat ni.

3 das injection..mengalir air mata kene cocok gusi. Sakit amat!

Bila cabut, misi tahan kepala, doktor godek godek..dah selesai..

8:15 am daftar..
8:43 am siap..

Bayaran? Free..sbb dah ada GL dlm rekod.

Hilang dah sakit gigi..hehe..

Sunday, February 16, 2014

Crumble di tangan.



Salam pagi Ahad..
Mood blogging baru ada..
Banyak bahan nak buat entri sbnrnya..tapi mood tu ke laootttt..

Tambah lg dgn badan x baper sihat..Mia pulak demam..cuma tggl x pingsan je lagi..

Pic ni mggu lepas,bru siap. Dua mggu jugak peram baju ni. Bila start nyer..alaaa..x sampai 3jam siap dah...tu la nama nyer penyakit ke laaoottt..menjadikan diri ini malas nk pegang dulu..kalo pegang n start..xleh nak stop..sama la jugak dgn baca novel kan..sekali start baca, xleh nk tggl²..

Gua byk buat rujukan pic² otai manik² ni. Byk idea. Tapi nak meniru sebijik² mmg mustahil lah..semua tu mencetus idea gua sendiri..sbb tu sblm menjahit tu, mmg kne buat homework la dulu..

Ok lah..hari ni start keje. Pagi td bgn lambat..kul 7:15am..haruslah lambat smp pjbt..

Tuesday, January 21, 2014

Floral Pearl Crumble




Salam semua..

Hari ni sakit badan. Lenguh semua sendi. Rupanya effect GLA COMPLEX SHAKLEE. Stabilkan hormon. Lama dah x merasa senggugut. Dengan amik inject perancang, mmg kacau hormon. Shaklee mmg membantu stabilize hormon wanita.

Semalam dah siapkan baju sendiri, cuma x letak batu bata merelip relip lagi. Xde idea nk buat cane. So belasah buat crumble je lah. Biar meriah gitew.

So nak tempah..boleh aje..

Sunday, January 12, 2014

Hujan hujan hujan



Selamat pagi Ahad..

Selamat bekerja kpd warga Pantai Timur, Selatan & Utara.

Hari ni masih hujan lagi. Hujan lebat, then stop kejap. Then hujan lagi. Kuantan & Kemaman pun dah banjir lg. Jeli & KB akan naik air jugak pasni. Semalam penduduk Jeli ada yg dah pindah dlm 500+ ke tempat pemindahan banjir. MARA Jeli pun tenggelam dah.

Nak kne tggu smp CNY biasanyer baru abes ujan nih. Bulan 2 nanti. Mcm tahun lepas, bulan Feb barulah Jertih banjir. Huhuhu..

Sangat sejuk & lapar pagi nih..

Nak makan apa ye?

Keje dulu...

Saturday, January 11, 2014

Bila budak Sarawak buat Laksam..eh kuah laksam laaa...

Salam Sabtu..hujan lebat dr semalam. Biasa kalo Jumaat hujan, berderet la hujan sepanjang mggu nih..biasanyer lah..semua tu keje Allah..

Khamis lepas berjaya jugep buat projek laksam. Tapi kuah lemak tu je lah. Laksam nyer member yg tolong belikan di Pasar Borong Machang tu. Nape laksam? Saya suka laksam yg bulat2 tu dari laksa yg halus panjang tu. Rasa best je bila masuk tekak nih.. sambil2 tu belajar jugak cr buat laksam sendiri dr member wassap. Tapi kaedah sebenar, gua x pernah tgk lg. Buat kuah pon sbb mmgu lepas ada Majlis Solat Hajat Tadika Perpaduan di Kg Raja Dagang ni, dorang buat laksam & laksa. Bila tgk depan mata cane buat nyer, baru ada cket konpiden nak buat sendiri.

Bg kengkawan makan & komen. Tp tu lah, laksam beli 3kg jer, x cukup nak jamu 1 PPA Machang. Maaf yer...ada rezeki lebih nanti, saya buat Laksa Sarawak pulak.

Komen2 ada di fb. Yg pasti sy pon rasa kuah cam cair. Pg tu ms nak letak dlm bekas, panaskan kejap, elok gua tambah air, jd lah cair. Ni dah 2 hari, kwn2 kata kuah blh simpan n panaskan semula.

Bg gua, selagi x basi, selagi tu blh makan nyer...hihuhihu..

Pagi ni ada belen cket lg. Kerabu dah buang smlm lg..basi sbb dah campur mcm2 jenis daun kan. Duk dlm peti lagi, sejuk & kne wap air dia. Haruslah buang.

Makan laksam, kuah & sambal cili pon sodapppppp. Kuah makin pekat makin sodapppp...

Apa pun, tq pd kengkawan yang x lokek ilmu memasak...hehehe...






Monday, January 06, 2014

Kawan..



Selalu kan kita merungut & dgr org merungut pasal kawan. Yelah, kwn ms senang, ramai, masa susah,mana dia?

Tapi kita pernah x terfikir yg kita ni kategori mana?

Dengan tugas kerja, tanggungjawab sbg isteri dan ibu, kita berada di celah jenis kawan yg mcm mana?

Tapi kalo smp berita kesusahan kawan kpd sy, mungkin sy xmampu nak tolong, tp mungkin saya tahu jalan/org/sesuatu yg blh menolong kawan sy.

Saya x bg 'ikan' tp sy bg 'umpan'...

Kerana ini adalah salah satu perkara yg en suami sy ajar...

Bila sendiri ssh..sy belajar bertatih..

Dan sy juga bersyukur di kelilingi kawan2 yg baik..yg sudi membantu sy..dan sy juga berharap bila kwn2 sy dlm kesusahan, Allah permudahkan jalan sy utk menolong mereka pulak..

Sentiada beringat, hari ni kawan susah, esok2 kita pulak..hari ni kita ego,sombong,berlagak xnak berkawan, sape tau besok2 kawan2 ni lah yg setia membantu kita..

Sunday, January 05, 2014

Kahwin 6 bulan aje??

Yuhuuu..

Malam ni nak review novel lak. Lama x wat sejak menjahit manik ni.
Layan jugak novel ni. Lain cket story dari kisah chenta klise kawen-kontrak-then-jatuh-chenta..

Kisah si Xuna, nama pon pelik dah..badan kecik, tp ganas & kuat..comel sgt..bijak pandai dan terer dlm seni pertahankan diri..tp kuat makan..namun seorg gadis yg amat setia dan berpegang pd janji. Janji setia kpd Alex. Dan gua imagine si Nora Danish la pulak..

Bagaimana dgn tiba2 terpaksa memungkiri janjinya? Konflik dgn suami yg romantik pulak? Suami demam nak peluk dpt iron free...dan bermacam kisah yg beliau harungi..sehingga menguji cinta,kepercayaan, kejujuran dan janji yg telah dilakarkan...

Sangat excited bila membaca..dan sy bg 4*5...




Saturday, January 04, 2014

Solat Hajat Tadika Perpaduan Kg Raja Dagang

Salam Sabtu,
Masuk 2 hari dah kne flu. Hidung berair. Mujur x demam. Malam ni dah ok cket. Sbb nyer mlm semalam gua telan 2 biji sekali. Hamekk..tdo kul 9mlm bgn 11pg.. Mmg x terlayan Maharaja Lawak smlm. Ptg ni siaran ulangan baru la boleh layan..

Jumaat pagi en suami gerak bgn kata ada majlis solat hajat kat kelas tadika baru bukak. Siap diri & anak2 terus g kelas. Alaahh..dekat sgt..jln kaki pon boleh..tp malas & panas..kita drive..

Sampai je ada dah K.Lah wife presiden Rukun Tetangga & K.As cikgu kelas..ada sorg makcik expert msk. Menu hari ni Laksa lemak & Laksa, then k.Su nak wat laksa penang.

Mmg letih dan layan..

Habis solat Jumaat, jemaah lelaki pon dtg utk solat hajat. Alhamdulillah..selesai dah..

Pasni blh hantar anak ke Tadika Perpaduan Kg Raja Dagang yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...