.:: follow charmyiex ::.

Tuesday, February 18, 2014

Cerita gigi



Salam Selasa..

Hari ni baru nak update story gigi semalam. Gambar di atas adalah ubat tahan sakit, org sebut Postan. Baru pertama kali gak makan ubat ni.

Ni pun mintak dgn klinik dalam penjara, sbb sakit gigi masa keje. Duk bertahan dgn tonyoh garam dalam lubang gigi. Nape tonyoh garam? Sbb bila kumur tu rs x berkesan dah, tonyoh garam sampai kebas masin, baru la lega. Last² mintak jugak postan kt dalam klinik.

Alahai gigi..dulu berlobang..yg buat sakit baru² ni kt hujung gigi tu retak, jadik mcm 2 cabang yg tajam, terluka la pipi dalam tu. Sakit menusuk². Azab sungguh.

So pagi Isnin dengan tekad padu ke klinik utk cabut gak gigi. Dan sememangnya Klinik Kesihatan Cherang Ruku semakin baik servis nyer, saya amat puas hati setakat ni.

3 das injection..mengalir air mata kene cocok gusi. Sakit amat!

Bila cabut, misi tahan kepala, doktor godek godek..dah selesai..

8:15 am daftar..
8:43 am siap..

Bayaran? Free..sbb dah ada GL dlm rekod.

Hilang dah sakit gigi..hehe..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...