Salam selamat pagi Khamis..
Mood berblog sudah datang..
Semoga berterusan begini..
Suasana di tempat keje jugak masih hangat soh seh soh seh kiri kanan mengenai kes 3 penjuru yang berlaku.
Nak bercerita, itu aib org. Tetapi benda yang berlaku terlalu ramai saksinya. Mungkin ini yang dinamakan Allah bukakan aib..nauzubillah min zalik..
Mengenali sahabat ini banyak mengajar saya sendiri tentang kedudukan diri sebagai seorang wanita yang bekerja, seorang isteri dan seorang ibu.
Usahlah kita sibuk bertanya mengenai kisah orang lain, kerana kita x tahu untung nasib diri kita bagaimanakah nanti.
Usahlah terlalu gah, bangga dan sombong dengan apa yg kita miliki.
X payahlah kita sibuk mencari salah silap segala yang x kena pada orang lain seolah² kita terlalu sempurna serba serbi.
Dalam sekelip mata kita boleh berbalik hati.
Dalam sekelip mata kita boleh tersilap langkah.
Dalam sekelip mata kita kita kehilangan segalanya kerana khilafnya kita sebagai manusia.
Dalam sekelip mata maruah, nama, hak, peribadi, kerjaya kita calar dek ketelanjuran nafsu.
Dalam sekelip mata, Allah tarik balik semuanya.
Jauhkanlah diri ini Ya Allah dari sifat sedemikian. Semoga apa yang berlaku menjadi iktibar dan pengajaran kepada kami semua.
Saya sendiri berdosa kerana dalam sedar x sedar juga membuka aib para sahabat..membicarakan aib seorang rakan..semoga ada ruang utk saya meminta maaf nanti..
Benarlah..apa yg baik pada kita, kerana Allah tutup semua aib kita..usahlah dok mencanang aib org..kerana bila Allah buka aib kita..inilah yang berlaku..
Karma sebuah kehidupan..
Semoga kita mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku...
1 comments:
A very interesting post. Will come again for sure. Checkout just once mine one @
http://freeprintablecalendar123.com/2016/09/21/october-2017-calendar-landscape-portrait-a4-sheet/
Post a Comment