.:: follow charmyiex ::.

Tuesday, February 14, 2012

RASA

rasa rasa rasa..cket2 apa yg aku rasa..cket2 perasaan aku..xleh ke buat apa yg aku fikir? fikir fikir fikir...aku fikir..bla bla bla..nampak cket mcm otak tu digunapakai...

entree malam ni mengenai rasa..perasaan...zaman remaja, jiwa, akal, otak, semua nya dikuasai rasa kita..waktu tu, kawan, gepren, bopren adalah keutamaan..rasa mereka, rasa kami adalah yang paling utama..ibu bapa? tolak tepi..dosa, derhaka? x terlintas pun di fikiran..kalo ye pun terlintas..rasa hati kami yg lebih patut diutamakan..remaja kan..x kan takut utk ingkar pada kata2 ibu bapa..yelah, ibu bapa depan mata, hanya yg jauh dari ibu bapa, yg dah kematian ibu bapa dan yg dah menjadi ibu bapa yg tahu menghargai ibu bapa...tp semua terlambat sudah..


rasa dihina, dicaci, dimaki atas kesalahan yg telah dilakukan?? ohh..itu mmg adat dunia..walhal dikau juga bersikap demikian...nak berubah menjadi baik?? alhamdulillah..Allah telah membuka hatimu menemui jalan yg lurus..kembali ke pangkal jalan...namun di jalan itu la segala onak duri merintang untuk menguji sejauh mana kau mahu berubah...

kau kata, mereka tidak berada di tempat kau, jadi mereka xtahu apa yg kau rasa..salah sayang..mereka telah lama berada dan melalui apa yg kau lalui..termasuk aku..tidak mengapa..ini masa kamu merasainya..bila tiba waktunya, kau akan keluar dengan sendirinya dari rasa itu..dan mula nampak rasa rasa lain yang berada di sekeliling kamu...

kamu rasa kamu matang, kerana hanya kamu memahami apa yg kamu rasa dan org lain tidak....hidup kamu di dalam glob rasa itu sahaja..rasa rasa rasa...

sampai satu hari, aku diherdik, dimarahi mengenai apa yg aku rasa..

[ rasa!! rasa!! rasa!! apa yg penting sgt dengan apa yg kau rasa hah??!! xde siapa pun peduli dgn apa yg kau rasa!! cuba gerakkan sikit otak, pijak kaki di alam nyata, bukan di alam rasa!! kau akan nampak banyak lagi perkara selain dari rasa kau!! buka minda, buka hati, buka jiwa!! kau hidup di dunia nih,byk lg yg boleh kau lakukan! berbakti kpd org tuamu selagi mereka bernafas! penuhi keperluan hidupmu dan keperluan org di bawah tanggunganmu!! jalankan kewajipan kepada Allah!! dan jgn sesekali derhaka kpd org tua mu dan suami mu... ]


tiba2 tersedar di alam nyata..betapa byk masa terbuang..hanya utk menyedari itu semua..leka dgn rasa..hanyut dgn rasa..dibuai rasa..

itu lah alam remajaku..penuh dgn rasa...hanya dgn rasa bisa membuat ibu ku mengalir air mata kerana risau kan aku..sekarang aku merasa jadi ibu...apa akan ku lakukan jika satu hari nnt anak ku melakukan hal yg sama kpd ku?? adakah aku sekuat ibu ku bila mana aku merengus saat dia menegur salah laku ku?? setabah ibuku bila mengetahui anaknya melanggar perkara yg dilarangnya? sesabar ibuku sewaktu aku menengking dgn kata2 kasar dan suara yg tinggi?? wallahualam..aku berusaha dan berdoa yg terbaik utk diriku, suamiku, anak-anakku, ibu bapaku, adik beradikku, saudara maraku, saudara seMuslim sekalian..

utk ibu ku dan bapa ku..terima kasih kerana mendidik diri ini menjadi sebegini..jasa mu xkan mampu ku balas..hanya doa dan harapan agar kamu sentiasa sihat, gembira, dilimpahi rahmat Nur Kasih Nya, dan berdoa semoga kita dapat bersua lagi nanti..sesungguhnya, aku xreti nk bermadah2..aku sayang mak bapa aku! senang citer..ahaks!

sekian entree malam ini..jumpa esok ye semua..salamz~



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...