Salam di pagi Selasa..sweet selasa..hehehe..tetap sweet walopun pagi td punch card 8.01menet. Lambat semenet tu sbb ms kuar dr keter, berlari dgn ayu nyer ke lobi, ai terlupa nak tutup balik pintu. Lari ke keter, tup pintu...alahaiiiii...bos no2 besau depan pintu lobi..saksi aku lambar semenet pagi ni. Elok je nak punch card, kak wan sorak "hungga..hungga anna...dah kul 8" aiseh kak wan.. Punch pulak, kt pintu besi kuar lak sorg lg bos besau..pun menjadi saksi gua lambar semenet..nguhuhuhuhu...FYI pintu besi bilik operator ni, bebetol sebelah punch clock itu..yg timbalan2 duk kuar masuk ikut pintu ni la.
Itu intro entree pagi ni. Entree sebenar nyer, nak ajukan persoalan nih. Rambut gua gugur la skang ni. Luruh habis. Bila syampu rambut, (gua siap beli pantene yg mahal tu lg) pon luruh jugak bila sikat. Alahai...nak nanes?? Haah, gua nanes. Duk pikir2..adakah di sebabkan suntikan perancang yg gua amek tu? Jawapan nyer bukan. Semalam bawak Mia g regular monthly check up kt Klinik Cherang Ruku, sambil2 tu tanya la misi situ. Kebetulan misi tu pon tok bidan kt area rumah. Dia g la check balik kt buku pasal inject perancang tu, memang xde kesan rambut gugur segala.
Gua cakap la, mak saya btau, time ni mmg rambut gugur, sbb baby main air liur..betol ke mcm tu misi?? Misi tu pon angguk kata betol la tu. Orang tua-tua kata la. Time anak umo 4-5 bln mmg rambut luruh, nak nak baby main air liur. Huhuhu...yeke gitu? Bila jadik camni, gua mudah lak nak percaya. Gua hello ler kengkawan yg baru bersalin ni. Dorang pun ada simpton yang serupa. Lega la sikit hati ni. Kekanda gua kata, ex-wife dia dulu x pernah gugur rambut gini, kelima-lima anak dia dulu. Ni la first time. Hurmmm...tengok, orang yg ada anak 5 pon x alami mcm org yg baru anak sorang ni. So betul la orang kata, setiap orang tu pengalaman berbeda gtu.
Semalam bawak Mia g regular monthly check up. Timbang berat dia dh cecah 6.75kg. Dah pandai meniarap dah. Baru masuk seminggu pandai meniarap, tp x reti nk telentang balik. Meraung la dia bila dah letih meniarap. Dia meraung kalo dia tgk gua atau tau gua duk dekat ngn dia. Kalo gua x de, dia x nampak mak dia ni, dia lentok kepala senyap2....letih la tu..hihihi..cian cian. Kene la angkat dia telentang balik. Skang dah pandai tidor meniarap bila x sedap perot. Dia ehek..ehek..ehek..ehek...pastu dia meniarap. Elok je..prrooottt...kentot...lega dah tu...tido dgn lena la mek Mia pastu. Kih kih kih.
Selesai hantar Mia g Taska, balik rumah jemur baju n tggu kande n Ika bersiap. Nak g Proton Servis @ KB. Hal ini berikutan kes temperature naik full (entree ada DI SINI). Sabtu lepas g la kt Proton Servis P.Puteh tu. Ri tu pon dorg dah check, mmg sensor cooler tu problem. Reset balik dah, tp jadik lagi. So g servis dengan harapan org proton tu buat la sekali yg masalah sensor ni. Dorg x berani nak buat, suh g KB lak.
Haiyaaa..kne la amik cuti sehari nk setel mende ni. X pe la kan, baik amik cuti sehari setelkan apa pun jua masalah keter ni, daripada dibiarkan terus, kang meletop berasap keter gua di tgh2 jalan. Satu hal lagi. Dh le rumah-opis 50km. Meletop tgh jalan kompem gua panik blur xreti nk buat apa. Dah tu nk g keje naik pe lak? At least 1-2mggu kete masuk bengkel. Naya kan gitu? Esp kat dahling, kene hantar lak ke Machang, pastu patah balik ke Besut. Macam dulu2 la masa mula2 lapo diri. RM50 sehari minyak keter.
4 jam org proton tu nak detect tang mana yg problem tu. Dah jumpa, alahai...kecik cinonet jer rupa nyer. Tggu pulak 2jam nak order n barang tu sampai. Gua sempat g jenjalan kt Billion KB. Hmm..xde pape pown sangat. Cuma kebetulan anakanda yg sulung men bowling kt Billion tu, nk g tgk la. Sampai2 dorg dah siap2 nk g makan2. Sempat salam je la.
Pukul 4.45ptg tu baru siap semua. Fuhhh!! Alhamdulillah, pagi ni ok dah keter. Hopefully terus ok pasni. Senang hati sikit nak g keje pagi2.
2 Minggu lepas nenek Mia d Kuching pos baju2 raya dorg. Mak buat. Tp x sempat pkai pun raya haji, sbb posmen x sempat nk hantar sebelum raya haji. Jadi pakai baju raya selepas raya haji je la, sbb byk jugak jemputan kenduri kendara sana sini, ileks la gua xyah masak. Heheh.. Mek Mia pon hado baju kurung tauw. Biasa la kan kalo anak2 tailor ni, raya puasa, mmg x merasa baju raya, merasa bila raya haji nnt. Sama la ngn cucu tailor skg ni, merasa baju raya dia time raya haji je la. Xper, dah biasa dah dari dulu2 lg.
dah besar kan..nampak sepender...tetttttt |
nampak sepender lagik!! |
testing baju kurung...kepala botak..cian.. |
0 comments:
Post a Comment