.:: follow charmyiex ::.

Monday, November 21, 2011

Banjir!! Banjir!! Banjir!! dats not the reason!! eeeikk???

Salam sejuk2 di hari2 hujan di sini yer... Pagi td gua g keje redah banjir. X banjir lg..sbb keter buleh lalu lg atas jalan. Cuma jadi 1 laluan la, sbb tepi kiri kanan rendah,tenggelam..kene lalu ikut tgh2 jalan. 1st time aku alami mende gini. Sbb kt sarawak n putrajaya x pernah naik air camtuh. Seriau pon ada. X pernah aku bw keter air atas jalan deras cenggitu. Ngeeeeeee...Agak lebih kurang 20min jugak kene redah jalan kwsn yg rendah naik air neh td. Tu blh lg lalu, buat nyer mmg dah tggi, sah2 aku xleh kuar dr rumah nk g keje. X pun xleh nak balik ke rumah. Nguhuhuhhuhu...


Dengan tiba2 aku tingat 1 insiden tahun lepas. Masa tu keje putrajaya lg. Memang air naik tggi. Xleh nk kuar rumah. Tepon pulak xde kdt. Nk g kedai pon xleh. Air dah naik. Kan tahun lepas smp kuar tv pasir puteh naik air tggi. Kat rumah aku la tuh. So aku xleh nk kontek pjbt masa tu. Nk online bulih tp berukben Maxis pun semacam tenuk bila hujan2. So kecutian atas dasar bencana alam itu tidak dpt dimaklumkan kpd pejabat. Tiket bas nk balik putrajaya pon burn begitu jek.


Besoknyer,aku msh di p.puteh lg. Air baru nk surut ptg tu. Xdpt lg panggilan dr pjbt ni. So dlm kul 3ptg, pjbt kol la. Bla bla bla..bos atas i ok..dah terima maklum. Bos baru lak..merangkap penolong pengarah bhgn korporat (masa tu rrr) hangen semacam sbb aku x inform pejabat x masuk keje hari tu.

Ok sebab2 aku xleh nk inform ialah banjir menyebabkan aku xleh kuar rumah nk g topup n byr bil  tepon agar tepon blh digunak utk menghubungi pjbt. Tau x, dgn hujan2 lebat sana sini..air naik sana sini. Semua tu kekangan. Semua tu la reason aku. Beliau blh putar pulak "thats not the reasons that i want to hear from u".

Aku lak terkebil2. Dah tu alasan cane pulak??  Beliau pon membebel2 sampai aku x terjawab. Sangat benci dan marah nyer aku bila dibuat gitu. Xde peluang utk bela diri. Dia hentam ikut suka dia. Dia x pernah melalui banjir kt Kelantan ni, cakap besar melangit. Putar sana, putar sini. Memang betol kata2 dorg sebelum ni. Aku bukan racist. Plus aku asal dr Sarawak, yg dari kecik smp la tahap universiti aku bergaul dgn pelbagai kaum. Segala streotype yg mengatakan kaum itu sebegitu sikapnya..kaum ini sebegini perangai nya etc, sedikit pun aku x amik peduli. Bagi aku manusia tu sama jek. Yang membezakan adalah cara dan attitude diri kita yg hidup berlandaskan pegangan agama atau apa2 yg menjadi garis panduan pada diri memasing. Bukan nyer agama, kaum, cara, bangsa yg membezakan mereka. 

Tapi bila terkena tepat kt btg idung sendiri...akhirnya aku terpaksa akui yang streotype itu bkn sekadar omongan kosong. Hakikat sebenar kehidupan kenyataan itu betul. Aku terpaksa akui. Itu satu pengakuan peribadi aku kepada diri aku sendiri yang juga merupakan pengajaran yang penting dlm idup aku.

Sejak itu, pandangan, cara dan pendapat aku berbeza. Mereka yg sekeliling aku pd ms tu tau apa yg terjadi. Dan mungkin jugak ada segelintir yg menganggap, mmg aku totally bersalah. Ok, nvr mind. Kalo betul aku salah, aku ngaku. Kalo x, smp bila2 pon aku xkan ngaku. Simple as that. Masa akan menentukan sama ada aku bersalah atau sebaliknya. Alhamdulillah, x lama lepas tu, sorg lg terkena. Dan 1 lg insiden, aku n bos atas aku terkena sama2 dalam meeting hall oleh Dato' KP gara2 sikap tidak tidak bertanggungjawab beliau. Dah terbukti di hadapan pengarah2 bagaimana pen. pengarah ini sebenarnya. Aku kene duk diam2 jer, biar dia tunjuk siapa diri yang sebenarnya.

Pastu aku pulak, bila dah marah, mengalir la air mata. Tu la kelemahan gua. Gua bkn sedih tp teramat marah sebenarnya. Sejak dari saat itu pandangan dan pendapat gua tentang beliau berubah 100%. Sebelum ni, dia baru masuk ke jbtn aku anggap dia sbg seorg pendengar yg baik, blh memahami org bawahan yang paling penting, blh tegur dan pimpin org bwhn dia dgn cara yg betul dan berhemah. Sementara cuma, lepas tu personaliti sebenar mula terserlah. Aku pun xleh pandang dah muka beliau. Bukan berdendam, bkn benci, bkn juga sakit hati. Cuma...cannot go kata org ganu.. Hihihi.. Mcm tu la. Perbezaan cara kerja dan sikap beliau menimbulkan rasa kurang selesa utk kita bekerja bersama. She's out!! Totally out laaaa!! Yang penting sekarang she's out from our corporate dept. Tapi datang 1 lg bala rupanyer. Hihihi..tp alhamdulillah. Aku dah dpt tukar ke sini. Dan aku pun sedang belajar membina sahsiah diri agar mereka di sekeliling senang dan mudah utk bekerjasama dengan kita. Almaklum la gua kan budak baru belajar, kalo salah..ajar2kan.

Ok la, saje terkenang kisah lalu yg buat hati ni sedih n sayu diperlakukan sebegitu..iskkk ='(




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...