.:: follow charmyiex ::.

Tuesday, November 22, 2011

Awak study kat ner??

Awak study kat ner??

Terpinga-pinga jap gua. Kebil-kebil biji mata. Urmmmm...

Saya keje dah. Ni nk mc nk bg kat pejabat saya la ni.

Ohhh...




Dialog kat atas baru je berlaku kt klinik pg td. Doc tanya sbb dia tgh isi borang MC. Gua kene selesema, x larat nak drive jauh ke opis. Malam td daling n anak2 layan bola, gua layan bersin beratus2 kali depan tv. Cian Mia terkebil2 kelip2 mata tgk mak dia bersin x benti2. Cam melayang-layang je otak ni bila drive td. Gua g klinik pkai tracksuit,t-shirt n sweater je dan x lupa selipar getah, bukan selipar jepun...china kot..gua beli dgn harga rm2.90. X nampak mcm mak budak ek? Ke stylo sgt sampai kata gua budak belajor lg? Ke i nampak muda? Awet muda gtu..ahaks!

Ok la. Pas telan ubat. Si kecik Mia kene duk taska ri ni, sbb mama Mia nk mkn ubat flu,pingsan jap ag. Tgh ari cket baru amik Mia. Wassalam.





Monday, November 21, 2011

Banjir!! Banjir!! Banjir!! dats not the reason!! eeeikk???

Salam sejuk2 di hari2 hujan di sini yer... Pagi td gua g keje redah banjir. X banjir lg..sbb keter buleh lalu lg atas jalan. Cuma jadi 1 laluan la, sbb tepi kiri kanan rendah,tenggelam..kene lalu ikut tgh2 jalan. 1st time aku alami mende gini. Sbb kt sarawak n putrajaya x pernah naik air camtuh. Seriau pon ada. X pernah aku bw keter air atas jalan deras cenggitu. Ngeeeeeee...Agak lebih kurang 20min jugak kene redah jalan kwsn yg rendah naik air neh td. Tu blh lg lalu, buat nyer mmg dah tggi, sah2 aku xleh kuar dr rumah nk g keje. X pun xleh nak balik ke rumah. Nguhuhuhhuhu...


Dengan tiba2 aku tingat 1 insiden tahun lepas. Masa tu keje putrajaya lg. Memang air naik tggi. Xleh nk kuar rumah. Tepon pulak xde kdt. Nk g kedai pon xleh. Air dah naik. Kan tahun lepas smp kuar tv pasir puteh naik air tggi. Kat rumah aku la tuh. So aku xleh nk kontek pjbt masa tu. Nk online bulih tp berukben Maxis pun semacam tenuk bila hujan2. So kecutian atas dasar bencana alam itu tidak dpt dimaklumkan kpd pejabat. Tiket bas nk balik putrajaya pon burn begitu jek.


Besoknyer,aku msh di p.puteh lg. Air baru nk surut ptg tu. Xdpt lg panggilan dr pjbt ni. So dlm kul 3ptg, pjbt kol la. Bla bla bla..bos atas i ok..dah terima maklum. Bos baru lak..merangkap penolong pengarah bhgn korporat (masa tu rrr) hangen semacam sbb aku x inform pejabat x masuk keje hari tu.

Ok sebab2 aku xleh nk inform ialah banjir menyebabkan aku xleh kuar rumah nk g topup n byr bil  tepon agar tepon blh digunak utk menghubungi pjbt. Tau x, dgn hujan2 lebat sana sini..air naik sana sini. Semua tu kekangan. Semua tu la reason aku. Beliau blh putar pulak "thats not the reasons that i want to hear from u".

Aku lak terkebil2. Dah tu alasan cane pulak??  Beliau pon membebel2 sampai aku x terjawab. Sangat benci dan marah nyer aku bila dibuat gitu. Xde peluang utk bela diri. Dia hentam ikut suka dia. Dia x pernah melalui banjir kt Kelantan ni, cakap besar melangit. Putar sana, putar sini. Memang betol kata2 dorg sebelum ni. Aku bukan racist. Plus aku asal dr Sarawak, yg dari kecik smp la tahap universiti aku bergaul dgn pelbagai kaum. Segala streotype yg mengatakan kaum itu sebegitu sikapnya..kaum ini sebegini perangai nya etc, sedikit pun aku x amik peduli. Bagi aku manusia tu sama jek. Yang membezakan adalah cara dan attitude diri kita yg hidup berlandaskan pegangan agama atau apa2 yg menjadi garis panduan pada diri memasing. Bukan nyer agama, kaum, cara, bangsa yg membezakan mereka. 

Tapi bila terkena tepat kt btg idung sendiri...akhirnya aku terpaksa akui yang streotype itu bkn sekadar omongan kosong. Hakikat sebenar kehidupan kenyataan itu betul. Aku terpaksa akui. Itu satu pengakuan peribadi aku kepada diri aku sendiri yang juga merupakan pengajaran yang penting dlm idup aku.

Sejak itu, pandangan, cara dan pendapat aku berbeza. Mereka yg sekeliling aku pd ms tu tau apa yg terjadi. Dan mungkin jugak ada segelintir yg menganggap, mmg aku totally bersalah. Ok, nvr mind. Kalo betul aku salah, aku ngaku. Kalo x, smp bila2 pon aku xkan ngaku. Simple as that. Masa akan menentukan sama ada aku bersalah atau sebaliknya. Alhamdulillah, x lama lepas tu, sorg lg terkena. Dan 1 lg insiden, aku n bos atas aku terkena sama2 dalam meeting hall oleh Dato' KP gara2 sikap tidak tidak bertanggungjawab beliau. Dah terbukti di hadapan pengarah2 bagaimana pen. pengarah ini sebenarnya. Aku kene duk diam2 jer, biar dia tunjuk siapa diri yang sebenarnya.

Pastu aku pulak, bila dah marah, mengalir la air mata. Tu la kelemahan gua. Gua bkn sedih tp teramat marah sebenarnya. Sejak dari saat itu pandangan dan pendapat gua tentang beliau berubah 100%. Sebelum ni, dia baru masuk ke jbtn aku anggap dia sbg seorg pendengar yg baik, blh memahami org bawahan yang paling penting, blh tegur dan pimpin org bwhn dia dgn cara yg betul dan berhemah. Sementara cuma, lepas tu personaliti sebenar mula terserlah. Aku pun xleh pandang dah muka beliau. Bukan berdendam, bkn benci, bkn juga sakit hati. Cuma...cannot go kata org ganu.. Hihihi.. Mcm tu la. Perbezaan cara kerja dan sikap beliau menimbulkan rasa kurang selesa utk kita bekerja bersama. She's out!! Totally out laaaa!! Yang penting sekarang she's out from our corporate dept. Tapi datang 1 lg bala rupanyer. Hihihi..tp alhamdulillah. Aku dah dpt tukar ke sini. Dan aku pun sedang belajar membina sahsiah diri agar mereka di sekeliling senang dan mudah utk bekerjasama dengan kita. Almaklum la gua kan budak baru belajar, kalo salah..ajar2kan.

Ok la, saje terkenang kisah lalu yg buat hati ni sedih n sayu diperlakukan sebegitu..iskkk ='(




Tuesday, November 15, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Lambat sangat ke gua ucap? Xpe la kan. Yang pasti daging qurban tu masih penuh lagi dlm peti ais kt rumah. Selagi tu la feel raya haji masih dirasa. Tambah lagi dengan kenduri sana sini. Cuti banyak hari, memang gua xde masa nk online lelama depan pc. Apalagi nak hapdet blog ni kalo duk rumah. Ada anak ramai cenggini la. Kat opis je la gua pikul laptop nak online nak hapdet segala2 yang patut.

Tahun lepas sambut raya haji dengan muntah2 sengal dgn segala pening2 lembek2 sbb baru peknen masa tu. Tahun ni, gua belasah buat daging ikut resepi gua punya suka. X muntah2 dah. Lagipun masuk 1 bahagian utk Mia thn ni. Alhamdulillah, sempurna dah. Pastu, try testing buat tapai. Tapai kt Sarawak lain, guna nasi beras biasa tu, ragi lak kene tambah gula, baru manis. Tapai kt Kelantan guna beras pulut, buh ragi x perlu bubuh gula dah, n bungkus dlm daun getah. Berjaya jugak gua buat utk first time.



     
kiter cuci lap2 daun dulu yek

sesi menabur ragi atas pulut

bungkus n staple tapai..



Rambur gugur? Rasa nak nanes???

Salam di pagi Selasa..sweet selasa..hehehe..tetap sweet walopun pagi td punch card 8.01menet. Lambat semenet tu sbb ms kuar dr keter, berlari dgn ayu nyer ke lobi, ai terlupa nak tutup balik pintu. Lari ke keter, tup pintu...alahaiiiii...bos no2 besau depan pintu lobi..saksi aku lambar semenet pagi ni. Elok je nak punch card, kak wan sorak "hungga..hungga anna...dah kul 8" aiseh kak wan.. Punch pulak, kt pintu besi kuar lak sorg lg bos besau..pun menjadi saksi gua lambar semenet..nguhuhuhuhu...FYI pintu besi bilik operator ni, bebetol sebelah punch clock itu..yg timbalan2 duk kuar masuk ikut pintu ni la.

Itu intro entree pagi ni. Entree sebenar nyer, nak ajukan persoalan nih. Rambut gua gugur la skang ni. Luruh habis. Bila syampu rambut, (gua siap beli pantene yg mahal tu lg) pon luruh jugak bila sikat. Alahai...nak nanes?? Haah, gua nanes. Duk pikir2..adakah di sebabkan suntikan perancang yg gua amek tu? Jawapan nyer bukan. Semalam bawak Mia g regular monthly check up kt Klinik Cherang Ruku, sambil2 tu tanya la misi situ. Kebetulan misi tu pon tok bidan kt area rumah. Dia g la check balik kt buku pasal inject perancang tu, memang xde kesan rambut gugur segala.

Gua cakap la, mak saya btau, time ni mmg rambut gugur, sbb baby main air liur..betol ke mcm tu misi?? Misi tu pon angguk kata betol la tu. Orang tua-tua kata la. Time anak umo 4-5 bln mmg rambut luruh, nak nak baby main air liur. Huhuhu...yeke gitu? Bila jadik camni, gua mudah lak nak percaya. Gua hello ler kengkawan yg baru bersalin ni. Dorang pun ada simpton yang serupa. Lega la sikit hati ni. Kekanda gua kata, ex-wife dia dulu x pernah gugur rambut gini, kelima-lima anak dia dulu. Ni la first time. Hurmmm...tengok, orang yg  ada anak 5 pon x alami mcm org yg baru anak sorang ni. So betul la orang kata, setiap orang tu pengalaman berbeda gtu.

Semalam bawak Mia g regular monthly check up. Timbang berat dia dh cecah 6.75kg. Dah pandai meniarap dah. Baru masuk seminggu pandai meniarap, tp x reti nk telentang balik. Meraung la dia bila dah letih meniarap. Dia meraung kalo dia tgk gua atau tau gua duk dekat ngn dia. Kalo gua x de, dia x nampak mak dia ni, dia lentok kepala senyap2....letih la tu..hihihi..cian cian. Kene la angkat dia telentang balik. Skang dah pandai tidor meniarap bila x sedap perot. Dia ehek..ehek..ehek..ehek...pastu dia meniarap. Elok je..prrooottt...kentot...lega dah tu...tido dgn lena la mek Mia pastu. Kih kih kih.

Selesai hantar Mia g Taska, balik rumah jemur baju n tggu kande n Ika bersiap. Nak g Proton Servis @ KB. Hal ini berikutan kes temperature naik full (entree ada DI SINI). Sabtu lepas g la kt Proton Servis P.Puteh tu. Ri tu pon dorg dah check, mmg sensor cooler tu problem. Reset balik dah, tp jadik lagi. So g servis dengan harapan org proton tu buat la sekali yg masalah sensor ni. Dorg x berani nak buat, suh g KB lak. 

Haiyaaa..kne la amik cuti sehari nk setel mende ni. X pe la kan, baik amik cuti sehari setelkan apa pun jua masalah keter ni, daripada dibiarkan terus, kang meletop berasap keter gua di tgh2 jalan. Satu hal lagi. Dh le rumah-opis 50km. Meletop tgh jalan kompem gua panik blur xreti nk buat apa. Dah tu nk g keje naik pe lak? At least 1-2mggu kete masuk bengkel. Naya kan gitu? Esp kat dahling, kene hantar lak ke Machang, pastu patah balik ke Besut. Macam dulu2 la masa mula2 lapo diri. RM50 sehari minyak keter.

4 jam org proton tu nak detect tang mana yg problem tu. Dah jumpa, alahai...kecik cinonet jer rupa nyer. Tggu pulak 2jam nak order n barang tu sampai. Gua sempat g jenjalan kt Billion KB. Hmm..xde pape pown sangat. Cuma kebetulan anakanda yg sulung men bowling kt Billion tu, nk g tgk la. Sampai2 dorg dah siap2 nk g makan2. Sempat salam je la.

Pukul 4.45ptg tu baru siap semua. Fuhhh!! Alhamdulillah, pagi ni ok dah keter. Hopefully terus ok pasni. Senang hati sikit nak g keje pagi2.

2 Minggu lepas nenek Mia d Kuching pos baju2 raya dorg. Mak buat. Tp x sempat pkai pun raya haji, sbb posmen x sempat nk hantar sebelum raya haji. Jadi pakai baju raya selepas raya haji je la, sbb byk jugak jemputan kenduri kendara sana sini, ileks la gua xyah masak. Heheh.. Mek Mia pon hado baju kurung tauw. Biasa la kan kalo anak2 tailor ni, raya puasa, mmg x merasa baju raya, merasa bila raya haji nnt. Sama la ngn cucu tailor skg ni, merasa baju raya dia time raya haji je la. Xper, dah biasa dah dari dulu2 lg.



dah besar kan..nampak sepender...tetttttt

nampak sepender lagik!!

testing baju kurung...kepala botak..cian..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...