.:: follow charmyiex ::.

Thursday, May 31, 2012

Ditipu lagi...

Semalam OTW balik rumah. Dengan cuaca gelap dan hujan di 1-2 tempat sepanjang perjalanan, layan topic fi THR Gegar. Sekarang kn naik lagu Ditipu Lagi tu. Mesti semua orang pernah ditipu lagi dan lagi dan lagi kan??


Especeli yang berkapel. Asek2 kene tipu. Yang x tahan tu asek terkantoi dan terkantoi dan terkantoi lagi. Alangkah bagus kalo kita xtahu langsung yang kita ditipu kan? Sedih tau bila tau kene tipu. Benarlah, kebenaran itu sangat pahit dan sakit. Bila tau kene tipu, haishhhh...mengamuk la weh. Sapa yg penuh kesabaran dan iman di dada tu, boleh terus senyum dan bersabar dulu. Ada masa kita kenekan org yg tipu kita balik. X pun tggu org tipu kita kantoi sendiri, masa tu la kita tembak dushh..dusshhh..dushhh...


Kita ni, mudah maafkan orang. Tapi utk melupakan apa yg org buat dan tipu kita dan act like noting happen, tu sy pun xleh nak buat. Overacting lagi hado! Kalo boleh, jgn la tunjuk muka tu depan kita lagi. 


Hurmmm..kalo mcm tu, adakah kita ni x ikhlas maafkan org?? Sapa anda utk menilai keikhlasan hati seseorg?? Heheh..sentap? X lah. Bagi charm, bila dah maafkan seseorg, charm xkan ungkit kesalahan dia dan kemaafan yg diberikan. Yelah kan, bila dah ikhlas, kita xkan ungkit dah kan. Tapi utk kembali spt biasa, lagak mcm biasa, xleh dah. Mesti kita akan lebih berhati2 yerr dak. Utk itu, bila bertemu lagi, apatah lagi kalo org itu satu pejabat, tentu saje kerap bertemu kan, biasa nyer, charm akan berpaling n blah. Kenapa??

Pertama utk mengelak daripada kita terkena lagi.

Kedua utk mengelak hati kita sakit lagi.

Ketiga, x kuasa dah!

Keempat, kang x pasal2 jd x ikhlas nak maafkan pulak.

Kelima, biarlah org lain kene pulak. Kang kita bukak cerita, niat nk suh org berhati2, kang jd penyebar aib org pulak.


Korang pulak mcm mana handle org yang menipu anda berkali2 neh?? Kalo boipren/gepren lak?? Buat cane ek??

Kalo boipren/gepren kan..kita tggu kantoi sekali lagi, biar kene kaw2. Pastu, kita PUTUS!! Cari yang lain pulak. Bg peluang lagi?? Sayang nyer pasal. Bagi lah peluang lagi, jgn last2 nnt nyanyi jugak lagu nih... ku ku ditipu lagi....la la la la (x hafal lirik) facebook pon aku x sudi....la la la la (tu je yg ingat..hahahaha)

Kompem kene delete / unfriend pastu terus block fb. Huahahahah! Dah tu satu hal lagi nak kene delete / remove gambo2 ngn kapel neh. Satu keje lagi.




Wednesday, May 30, 2012

Apa yang uolss wajib beli??

Hari ni charm masih gigih berpuasa ganti. Alhamdulillah. Dah 11 hari ganti puasa. Ada lagi baki dalam 9hari. InsyaAllah charm akan buat lebih, in case la puasa ganti hado kureng sana sini kan. 

Hurmm..x lama lg nak puasa. Bazaar Ramadhan mesti ada kat mana2 kan. Biasa nyer, uolss akan beli apa? Atau pun, asal ke Bazaar Ramadhan, wajib beli ....... ???

Charm pulak x kira la ke Bazar Ramadhan ke, Pasar Malam ke, Pasar Tani ke, Pasar Pagi ke, charm wajib beli mende ni...

Jeng...


Jeng....


Jeng.....









Charm wajib beli APAM BALIK!!!

Kenapa?? 

Sebab charm suka. Heheh. Mesti akan beli apam balik. Kalo x, mesti teringat2 bila smp kat umah.

Uolss pulak?? Mende yang korang wajib beli??





Tukar sudah

Salam selamat petang.

Hari ni baru muncul nak hapdet yer??!!

Aah..sebabnyer charm tgh sesuaikan diri menggunakan mxs bband prepaid. Haii..ada ke gitu??

Yelah,selama ni pkai mxs bband 3gb data. Laju la jugak selagi x layan youtube tu. Sekarang ni kene biasakan diri dgn keSLOWan bband nih. Apatah lg nak update blog n BW amatlah terbantut dengan ciput2 loading nyer. Sabar teruji dengan mende alah ni. Biarlah. Janji monthly tu leh jimat dr RM68 ke RM25 je sebulan.

Hehe..ini je mengenai tajuk 'Tukar Sudah' di atas yer.

Cuti sekolah tiba lagi. Anak2 stay lepak kat rumah. Nak bawak jenjalan, hurmm..bw g kenduri je la. Kenduri kendara sana sini sekarang ni. Pagi2 g keje, jalan clear! Senang hati gua drive. Petang balik keje gua kalut sbb jalan jammed. Highway Machang-Pasir Puteh jammed giler. Xleh nak speed pon. Kura2 takat 60kmj. Nak motong pon xleh. Jalan sebelah kanan kete berpusu-pusu. Haiii...lomah den!

Uolsss pulak?? Mesti plan kaw kaww utk cuti sekolah ni kan?? G mane tu??




Tuesday, May 22, 2012

Salam 1 Rejab 1433H - meh ganti puasa beramai2..

Hari ni dah 1 Rejab. X sedar kan. Lagi 2 bulan nak Ramadhan dah. Bulan puasa. Korang dah ganti puasa ke? Charm tgh berusaha utk qada' semua puasa2 yang lepas. Lepas campur tolak bahagi, ada lg belen dlm 15hari. Termasuk puasa 2 tahun lepas. InsyaAllah bisa dilaksanakan sebelum Ramadhan muncul. Sambil niat puasa qada' tu, niat sekali puasa sunat di bulan Rejab. 

Meh nak share sikit kelebihan puasa di bulan Rejab ni.

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.

Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. 

Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")


Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud: ("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata:      "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")
 
Niat puasa bulan Rejab ialah :
Maksudnya : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".


Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.







NOVEL : Calon Jodoh Untuk Adik & Yess Boss!






Hehe, sekali update 2 novel. Jimat sikit masa. Hurmm, dua2 novel ni dari penulis yg sama. Charm ada semua koleksi novel beliau, kecuali Iman Suraya. Sebab masa tu dpt pinjam dr org lain. So x beli dah. Novel Ariela ni, spt biasa, sempoi, rileks, buat kita geram, suka, gelak sensorang, boleh sedih sorg2. Ni antara novel yg anda patut dapatkan dan baca. 

Lagi satu, jenguk2 je la blog penulis nyer [ARIELA]

Kat blog dia tgh buat next projek novel dia. Boleh ushar2 kat sana yek.





Monday, May 21, 2012

Happy Birthday & Tahniah dahling!




12 May 2012 lepas besday encik dahling. Kene marah sebab order kek. Huhuhu.. Sabar je lah. Seb bek order dgn member. Sapa lagi kalo bukan Mem Fidah. Charm order kek Red Velvet. Anak2 suka sangat la mkn cream cheese tu. Siap makan tu saje, tinggal la red velvet togel licin gtu jer. Haisshhh...geram pon ada. Sudah nyer, gua jugak yang telan kek togel2 tanpa cream cheese tu. Bek order cheese cake je kalo gini. Bagi ternak lemak byk2 kat anak2. Makan banyak, tp kecik jugak. X besar2. Huhuhu... xper xper..lepas ni bg dorang makan sedap2. Biar makan banyak2. Hihi...

Hadiah utk dahling? Hehe..hadiah dia, dia dapat Anugerah Cemerlang la tahun ni. Tahniah dahling. Rasanyer xde dah hadiah paling best dari hadiah tu kan? kan? kan? Tahniah again. Malam tadi dah gerak ke Putrajaya. Hari ni reharsel dan esok penyampaian anugerah di PICC. Seronok nyer. Aku?? X dapat ler. Sebab baru lg kat PPA Machang ni. Xkan dapat nye lah. Kan ke APC ni ikut giliran. Bagi kat org lama dulu. Lagipun, secara jujurnya, aku xde rasa teruja pon bila dgr APC neh. Sedih ada lah. Motif?? 

Hehe..mesti ada kisah nyer kan. Kisah sedih. Banyak pengajaran yang bermakna. Tapi semua tu buat aku berjauh hati sangat2. Plus melibatkan kerja aku. Sebok suh aku hantar surat tunjuk sebab. Bila aku dah buat, korang x letak pun dalam fail service aku. Tapi memo tu hado. Cerrrr jawab, mana pergi surat tunjuk sebab aku yg aku hantar tu?? X ke tong sampah?? Semata2 nak selamatkan anak buah sendiri, salah anak buah sendiri yg dah terbukti, akhirnya aku di kambing hitamkan. Gugur nama dr APC, nama anak buah dia dpt pulak. Bukan rezeki aku kan nama nyer tu. Tak ralat sangat mengenai APC tu, tu kira rezeki kita atau bukan jek. Tapi aku sedih atas perkara yang berlaku tu. Semua org pentingkan diri. Kejam kan? Jadi sekarang jgn bersedih bila aku pun pentingkan diri jugak. Orang atasan?? Cakap berapi2. Tapi hampeh. Sama jugak rupanyer.

Bila nak pindah ke sini, aku g cari fail service aku kt stor fail. Hurmmm..memo tu aku jumpa, tp surat tunjuk sebab yg aku hantar, xde pulak. Pelik. Dari situ dah rasa semacam. Silap aku satu, x buat SK kpd DATOK KP, TKP2, dan bos aku sendiri. Silap situ. Biarlah. Cukup terluka. Tambah pulak dengan tiada pembelaan dai orang atasan aku. Ok fine, dorg jugak kene jaga prestasi dan reputasi dorg. So lepas tangan. Cukup dah perit. Aku belajar utk pertahankan diri. Stand for urself! 

Tu la serba sedikit kisah sedih gua yang menyebabkan gua x sabar2 nak berambus dari situ. Xde makan2 pon xper..yang penting blah cepat2 dari tgk muka2 yg menyakitkan hati. Banyak kenangan manis jugak. Tapi ending nyer menyakitkan hati. Alhamdulillah. Dapat tukar. Kat tempat baru nih, aku lebih slow. Rilek2 buat keje sendiri. Malas nak pening2 campur urusan org lain. Dan harap nyer og lain pon x kacau keje aku. Senang kan gtu?? Kalo panggil suh buat apa2, gua g buat. Tapi harap nye x ganggu tugas hakiki gua. Cukup lah.

 


Apa ni..eh eh..tacing gua!!


Semalam sampai pejabat, tgk ada benda pelik dalam beg. Untuk makluman, beg charm adalah beg utk simpan alat2 perah susu dan botol2 susu. Hehehe. Tu haaa kat bawah tu. skg ni la handbag charm usung bw g opis.

Haaa..tgk dlm beg ada benda aneh. Patot cam penuh semacam jek beg ni.







pastu charm amik la...




eh eh..ada kad...tapi....

 

ooo...oooooo...kad hari ibu...dr anak ke5..Alya Afiqah...



Tacing tau, dapat kad Hari Ibu. Tak sangka tau dapat kad ni. Walopun campang camping tulisan nyer, tp  gua tetap tacing. api gua terharu sebab dapat kad Hai X mengharap pun budi dan jasa dibalas, tapi gua terharu sangat bila dpt kad Hari Ibu neh. Terasa dihargai jek. Ngehehehe.

Lepas tu pulak, anak dara sulung, Alya Aisyah sekarang ni dah pandai tolong gua cuci pinggan mangkuk kat sinki...walopun dia berdiri atas lesung batu, almaklum, kurang tinggi, tapi tetap tolong jugak. Hihihi..seronok dapat anak dara ni rupanyer. X ler terkontang kanting tunggang terbalik sensorang kat dapur tu.


Pernah 1 malam tu, charm wat nasi goreng je. Pastu makan ramai2 kat ruang tamu. Kebetulan Mia cam lembek, kene layan Mek Mia tu manja2 lena mlm tu. So lepas semua makan, pinggan2 humban je la dlm sinki tu. Pas Mia lena nnt, baru nak cuci. Tau2 kat dapur ketung ketang bunyik pinggan. Tau2 Isya datang dari dapur, dgn baju basah2.



Ummi : Isya buat apa baju basah2 tu??

Isya : Kite cuci pinggan kat dapur. Kite nk tolong ummi. Cian kat ummi.

Ummi : Laaaa..yeke...tenkiu kakak...


Hehehe...tacing x? Op kos tacing beb. Anak nak tolong sebab cian kat ummi dia. Maknanya anak kita tau yg kita ni penat kot. Buat mcm2, itu ini. So dia pon amik inisiatif nak tolong ummi nyer utk meringankan beban ummi nyer. Terharu nyer..



Alya Afiqah & Alya Aisyah



Hurmm..ekceli entree ni dr minggu lepas lg. Tapi x terpublish gara2 masalah modem yang slow banget. Semalam dahling beli prepaid maxis bband nih. Try la pakai sampai habis kuota dia, tgk cane dulu. Tapi slow ke x slow, gua tetap akan potong bil bband maxis ni. Acara penjimatan kos nama nyer. 

Alahai payah nyer tikus gua rosak dah. Bila nk beli baru ek?? Khamis ni la kot. Hari ni xleh gerak sangat sebab xde wader yang ganti operator. Gua sensorg. Wader yang hado, kene balik kul 12tgh hari, masuk malam nanti. So automatiknyer, gua sensorang dari pagi smp kul 1tgh hari ni.



Alahai..byk lg nk kene update ni. Jangan marah yer kalo tetiba hari ni gua wat entree byk2 sekali. Almaklum lah...tergendala 2 mggu katakan. Tunggu je la yek!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...