.:: follow charmyiex ::.

Sunday, January 15, 2012

Jodoh.

JODOH ITU RAHSIA ALLAH S.W.T.

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika takdir Allah menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya.
Kita tidak akan bersama dgnnya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya.
Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut ilmuNya, insya-Allah.
Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah Allah S.W.T




Ustaz Azhar Idrus cakap :

Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri)



Intro utk entree petang ni, gua amik dr 1 blog yg gua BW td. Rasa nk tulis pasal jodoh je. Betol la kan. Semua tu rahsia Allah. Sape sangka aku kawen ngn laki aku sekarang. Langsung x terjangka. Masa mula2 keje dulu kat JPNIN, ramai la pasangan laki bini duk 1 jabatan. Aku pun pernah terfikir, aku ni nikah ngn sape la nnt. Satu JPNIN jugak ke hape? Tapi siyesli, masa tu, aku ushar2 gak yg single2 kt JPNIN HQ n daerah2, negeri2. Ada yg single, mcm perangai nyer. Senang sangat nk tahu, yelah 1 jabatan. Nak2 keje JPNIN ni, tau je la. Xde yg bekenan. Pernah jugak tersilap pilih boyfren. Menyampah. Tp nk buat camne, silap n salah diri jugak.

Sape sangka aku akan kawen jugak dgn org 1 JPNIN. Duda anak 5 lak tu. Now sekarang aku dah pindah duk sini. Rumah sendiri. Laki aku dah siap beli tanah n buat rumah. Masa sebelum kawen tu, rumah dia baru siap 80%. Dah kawen, duk situ la. Sungguh x sangka. Macam mimpi je lalui semua perubahan nih. Bila termenung, terasa insaf di hati. Ini lah takdir Allah utk aku walopun banyak kali aku elak, koner, xmo..tp Tuhan bg jugak.

Byk rahmatnyer, byk jugak halangan dan ujian. Tapi still aku seorg yg mudah menangis, mudah terasa. Semoga aku mendapat hikmahNya. Rahsia Allah, tiada siapa yang tahu.

Kadang-kadang ALLAH menghilangkan sekejap matahari kemudian Dia datangkan petir dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupanya ALLAH akan memberikan kita pelangi yang indah ...





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...