.:: follow charmyiex ::.

Monday, January 09, 2012

Ikan dracula..omputeh tu kata la...

 
Salam petang Isnin. Hari ni hari ke2 uruskan anak2 g sekolah pagi2. Sumpah, sangat penat. Sekali jalan 4org hantar g sekolah. Tu x kira nak mandikan dorg lagik. Bukan dorg xleh mandi sendiri, kalo biar mandi sendiri, alamat kul 9 la aku baru smp opis. Nak x nak, kene mandikan dorg cepat2 sorang2. Memang penat la wehhhhh!!! Rasa nak je landing nih. Tapi keje, apa kan daya.

Tadi lunch hour g amik $$$, g isi minyak. Hajat nk cari mknn utk lunch, tp rs xlarat nak jalan dah. Alih2 terus koner balik pejabat. Terus g perah susu. Tgh2 perah susu, rasa nantok sgt. Letak kepala atas bantal, terus lena, x hengat. Sedar2 kul 1.40pm. Hadoyy..sambung perah susu lg. Solat n g mkn. Ni buat entree pun sebab nak elakkan dr tertido la ni. Tambahan pulak, ni anak tekak ni sakit sangat, rasa cam nk demam. Xtau nape. Cam kembang je anak tekak aku neh. Telan jer, perit nyer rasa. X kisah le telan pape pong.

Hari ni BW sambil2 layan group WSR kat FB. Tapi bz banyak ri ni, sbb Isnin kan non-Pantai Timur baru mula keroje. Smlm free la, sbb Pantai Timur jek keje. Segala urusan rasmi start ri ni. BW pulak, alahai bosannyer, semua tgh hapdet kesah Perhimpunan 901 tuh. Xkan haku nak hapdet mende tu jugep. Bosan. Bertambah la 1 lg rasa, iaitu bosan. Bz, penat, nantok dan bosan. Jadi gua menaip dan buat entree je la utk hilangkan semua itu! Tp bz xleh elak yer..itu tanggongjahwab dan amanah dan kita dibayar utk melaksanakannya, hoccay!

Entree sblm ni gua citer pasal alergik yg jadik tu. Smp kene kt Mia sekali. Tu sebab gua makan ikan tongkol. Tapi pastu RT dahling dr Pulau Perhentian bg ikan Mundok, yg besau gedabak, sekor tu, 10kg. Byk lg dlm peti ais kt rmh tu. Mmg lazat la, isi ikan besar2, tebal2 n yg penting fresh from ocean! Chewahh!!

Jumaat lepas dahling ke Pulau Perhentian, utk meeting program awal tahun RT Pulau Perhentian. Bawak balik ikan besar lak Omputeh panggil ikan dracula. Org melayu xtau panggil hape. Nampak cam todak pon hado. Ni gambar2 ikan tersebut.


panjang semeter lebeh..

tgk molot dia, cam todak kan?? hihi, tp gua x pnh tgk molot todak sebenarnya..jadi segala macam bentok molot ikan yg panjang tajam2 gini, gua sebut molot todak..hihihi...

dahling semelih..semelih..semelih itu ikan!!!


Sudahnyer, kat rumah, penuh dgn ikan besar2. Gua x berani nk mkn bebanyak. Takut naik elergik lagi. Makan cket sekadar melunaskan rasa teringin-nk-try tu jek. X beli lauk lain dah, belasah mkn ikan tu smp habis dulu. Jimat cket belanja rumah. Ngeheheheh ~





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...