Meh sini aku nak jawab. Aku dan OPERATOR buat keje operator. Korang tahu tak, dalam seminit tu, berapa byk call masuk dan perlu kami sambungkan. Dan dalam masa yang sama, korang dari dalam call nak mintak kami sambungkan ke nombor itu ini. Bila dah mintak tu, kitaorg kat sini mula la belek kat buku operator yang dah nk lunyai nih. Then buat call transfer kat korg. Tu dalam seminit tau!
Dan tau x, aku menaip nih, sambil buat semua di atas tu. Sebabnyer aku mmg cepat menaip,berapa puluh patah perkataan b.p.s.m seminit pun aku xtau sbb dulu jawatan aku bukan PT yg kene amik ujian menaip utk sah jawatan. Yang pasti, banyak!!
Dan tau x, aku menaip nih, sambil buat semua di atas tu. Sebabnyer aku mmg cepat menaip,berapa puluh patah perkataan b.p.s.m seminit pun aku xtau sbb dulu jawatan aku bukan PT yg kene amik ujian menaip utk sah jawatan. Yang pasti, banyak!!
Tu x kira lagi dgn telefon ni cuma boleh jawab call "FIRST COME FIRST SERVE". Kalo bg tepon dgn PC board ada monitor screen, keyboard segala, boleh jugak aku pick call mana yg aku nak jawab dulu. Masa duk Putrajaya, kita utamakan panggilan dalaman dan BOS! Tapi dah guna tepon nih, hanya tekan ANSWER tu je, xtau sape call etc. So "FIRST COME FIRST SERVE". No Special Treatment Policy! Bukan aku buat, tp keadaan telipon yg buat gtu, hoccay??!!
Lepas tu, bg isu korang kne bg nombor telipon utk kitaorg call, tu cuma utk menjimatkan masa korang menunggu dan memudahkan kerja aku! Korang nk tungggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu lama2 ke sementara aku membelek buku operator ni, cari sebaris demi sebaris??? X kan, mesti korang rasa bengang je kan. So korang pon bg la nombor supaya memudahkan aku buat call terus! Korang pon xyah nk tggu lama.
Lagipun, kt sini, cuma aku bw laptop aku, dan sekarang ni tgh dlm proses menaip semula BUKU PANDUAN TALIPONG ni utk memudahkan aku bila nk carik nombor yg korang mintak, aku blh tekan ctrl+F je nnt, boleh cari nombor yg korang mintak. Dah kalo aku x bw laptop, operator yg lain cane pulak?? Kene jugak SELAK BELEK buku operator nih. Dah bergulung2 aku tgk buku nih. So disebab itu, aku n operator taip balik semua ni,save dlm lappy kitaorg, supaya kitaorg senang nak search sendiri. Disebabkan kitaorg x di'provided'kan dengan komputer di bilik operator, so kitaorg buat alternatif sendiri utk memudahkan kerja kitaorg dan semua org.
Isu Operator lambat jawab call. Macam perenggan ke 3 kat atas tu. Sekali lagi diulangi "FIRST COME FIRST SERVE". So kalo org tu cakap byk,atau aku kene amik masa lama BELEK SELAK Buku Operator nih, nasib la ye. Bukan nyer ada 10 OPERATOR DENGAN 10 TELIPONG YANG BOLEH JAWAB SERENTAK DAN LAYAN SERENTAK SEKALIGUS. HANYA ADA SEORANG, 1 MULUT, 1 TELIPONG, AND ONLY 1 TO BE SERVED AT A TIME!
Isu dail telekom 103 dan nombor2 yg mempunyai voice mail yg menjawab, pastu suh tekan 1 utk bla bla bla, tekan 2 utk bla bla bla, tekan 3 utk bla bla bla..dan seterusnyer -Dimaklumkan bahawa telepon di bilik operator ni boleh buat call tersebut, tp bila bab tekan2 nombor spt arahan tu,xboleh sbb akan pegi ke sambungan talian terus. X PERCAYA??? MEH DTG SINI BUAT SENDIRIK!!! So sbb tu korang kene tot tet tot tet tekan sendiri, aku cuma leh sambungkan. Hoccay ~
Entree ni bukan utk membidas, tp utk menjawab soalan sesiapa sahaja yg mempunyai kemusykilan yang serupa. Ini kerana anda tidak pernah datang utk bersemuka direct dgn aku atau sape2 utk bertanya soalan secara baik dan berhemah. Cara di pihak anda adalah sembunyi2, belakang2, tepi2, simpang2, selit2, bisik2, sindir2, koner sana sini. Dan bila cara itu digunakan, sy akan jawab dengan terang2 di sini!
Bukan jugak utk membela diri, cuma menjawab jer soalan anda, OPERATOR BUAT APA DI BILIK OPERATOR??? Pasal online internet nih, cuma sampingan jer, sebab aku terer menaip (sangggaaaaaaaaaaatttttttttttt la tu....eh btol pe!!!), so sgt la cepat utk menaip dan akan berhenti menaip utk melayan call2 anda semua. Jadi jgn sabitkan internet dgn kerja. Sebab KERJA DIDAHULUKAN, REZEKI NI, KEJE KENE BUAT, KALO X, MANA AKU NK CEKAU DUIT BAYOR BIL BROADBAND NIH...ADA PAHAM??!!!
Lagi satu, dlm entree ni pun aku xde sebut nama sape2 atau mana2 individu. Sape terasa, aku xtau. Dan sape yg tanye soalan ni aku tau lah. Dan berapa ramai lagi yg tanya soalan yg sama, aku pon xtau! Cuma bila aku tau satu, mungkin ramai lagi yg bertanya soalan sebegitu rupa. So aku xkan mintak maaf sebab aku bukan nk sakitkan hati sape2. (huk aloh..ego jugak nko ek..bukan ego..tp aku kan sedang memberi jawapan nih). Yelah, aku sedang menjawab segala pertanyaan dgn direct dan penggunaan ayat yg sangat simple. Xreti den nk sembunyi2, belakang2, tepi2, simpang2, selit2, bisik2, sindir2, koner sana sini. Pastu jap ag, tgk pulak muka org kita kata sembunyi2, belakang2, tepi2, simpang2, selit2, bisik2, sindir2, koner sana sini tu. Boleh sengih2 cam kerang.. (ko pernah tgk kerang sengih...aku x pernah lagi). Mesti rasa nk terajang muay thai kan!!! Setakat ni, Alhamdulillah, byk bg kerjasama baik sekali sbb dorg mungkin paham bila mende2 di atas jadi. Cuma yg x paham tu, x pernah merasa duk sini kot. Biarlah. Yang penting aku jawab!
Lagi 1, entree ni pun bukan utk tanda protes dgn fasilitis dan kemudahan yg ada di sini. Dah ini yang ada, aku ok jer. Diulangi BUKAN PROTES!! So keje dibuat seadanya, segala kekangan x dpt dielakkan kerana kekurangan kemudahan cth cam system telefon dgn monitor screen n keyboard etc. Tapi disebabkan kekangan spt ini la yg menimbulkan cakap2 dan pertanyaan begitu. Alaaa...dulu duk Putrajaya pong, Sistem Tepon mmg CANGGIH la dr sini, tp BENDA SAMA JUGAK JADIK!! So the point is, bukan masalah telepon, ni masalah MANUSIA!
Kita sesama manusia pun x blh nk memuaskan hati sesama kita, ada je yg x kene kan..nak puaskan NAFSU SERAKAH tu yelah boleh!!! Ni kan pulak gajet dan mende elektronik yg x seberapa, tentunya byk kekurangan nyer (tapi harga riban2..huhhh). Tp sekurang2nyer, ia membantu anda utk berhubung dan sekaligus memudahkan keja anda. Tapi dah nama pun manusia, semakin rakus dan gelojoh. So manusia lain pun jd mangsanyer walopun kita ni buat sehabis baik utk mereka.
Mende gini biasa jadik. Dulu lg la, tu sbb antara faktor markah aku rendah. Tapi xper, demi keje dan kebaikan bersama. Jgn ingat pangkat ko besar, ko boleh duk mengata org sesuka hati, sedangkan ko xpernah pun buat keje2 kuli nih, ko apa tau??!! Keje yg korang anggap remeh, xpenting, kecik2, xde habuk pon ni la yg korang duk gune hari2 utk setelkan keje korang tu kan?? So?? Dan Aku????!!! Aku redha dgn kerja ni, walopun ada ijazah, tp Tuhan nk bg rezeki ni dulu kat aku, (org lain..hado??) sambil tu usaha utk yg lebih baik di masa depan, insyaALLAH. Lagipun hari2 kita akan tgk muka sesama kita, 8jam sehari lak tu, 5 hari semggu. Nak x nak, akan berhubung, bertembung jugak. Memang dah biasa dah mengata belakang. X kan la semua akan puas ati kan??
Aku sendiri pun, ada jugak x puas hati ngn org. Tapi niat aku g sini datang keje dan berdoa semoga Allah permudahkan urusan aku sampai la aku balik ke rumah nanti. Suka x suka, kene kerje bersama jugak. So be PRO la. Bukan dtg keje nk btau org tu gitu gini bla bla bla. Sia2 dpt dosa free!! Walopun ada ms kita ni EMO, dah nama pun manusia. Aku dulu lg EMO, cket2 nanes. Sekarang dah ok. EXPERIENCE IS YOUR BESTEST TEACHER! (mana ko belajar BESTEST tu haaaa?? entah...balun jekkk...ngeeeeee....)
Betol, walopun pengalaman x byk mana, tp ada jugak pengajaran utk aku yg baru setahun jagung bekerja dan mengenali dunia kerjaya nih. Masih jauh lagi perjalanan, byk lagi pengalaman baru akan aku lalui nnt. X mustahil aku akan menangis lg utk pengalaman yg baru nnt kan??! Kene bersedia utk jatuh, kecewa, gagal.
So adakah entree ini menjawab kemusykilan anda?? Kalo ya, sila like !!! Keh keh keh ~ kang jap ag ada yg dtg serang aku! SENTAP MAK NAK!!! So sila baca bagi HABIS dulu yer..ada haku sebut nama nko?? HADO?? HADO?? HADO??? NAN HADO!!!!
p/s - Kalo dulu2 kan, mesti rasa nk g mengamuk je kat org tu...tp sekarang ni, dgr mende ni, senyum jek, cool je beb!! Siap wat entree utk jawapan lak tu. Sebab aura WSR ke??? Oh Mak Guard!!! I LOIIIKKKKKKKKEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE VERYYYYYYYYYYYYYYY MUCHO MUCHO!!!
2 comments:
oh gitu :) keja kat mana tu? :)
nama2 dirahsiakan..hehe..nama tempat pon sama...
Post a Comment