Salam pagi Jumaat ~ next Jumaat ialah Jumaat terakhir aku di sini ~ hehehe ~ sebab pas nih aku cuti pada setiap Jumaat & Sabtu. Hehehe.. Jadik, no more merewang² di Alamanda atau ushar² Pasar Tani kat bawah opis nu haaa di tgh hari Jumaat ~ cisss!! Nampak sangat tu je mende yg akan akan dirindui, sbb tu je kot perkara yang besh utk dibuat di sini. Alaaa..life @ Putrajaya, apa sangat yang ada?? Kerja & tido. Balik rumah tido, sok pagi kuar rumah gi keje, petang lak balik rumah, x pon menyinggah di Alamanda japz, baru lik rumah, then tido atau on9. Kalo dolu² zaman single mingle, balik rumah, pas solat magrib duk buang angin amik angin kt mamak. Nak g jauh² pon takat kuar makan kat area Bangi atau Kajang atau Cyberjaya tak pon Sri Kembangan tuh. Apa ada kt Cyber lak?? Kedai Nasik Arab tu jek la. Ehs...weekend ni nak ler makan nasik Arab. Kang dah duk jauh nnt, payah jumpa nasik Arab..ngehehehehehe ~ Cenggitu la weekdays life di Putrajaya nih. Weekend je la masa utk merewang jauh..jaaauhhhh...jaaauuuuuhhhhhhhhhhhh cket dari Putrajaya nih.
Apa pun, aku bersyukur sebab pertukaran aku telah diluluskan, berkuatkuasa next next week. Biar la rahsia dulu tarikh nye. Lepas setel semua perpindahan nanti, aku citer kat sini ek. Sekarang nih, biar ler cket² jek dulu. Perasaan aku, of course happy sebab dekat dengan encek husband. X perlu dah nak naik bas berjam². Sangat penat. Mengenai tempat baru pulak, xde rasa pape sangat, nak mengharap apa² pon tadak, expectation tu, almost zero la. Sebab bagi aku, walopun aku keje x lama, tapi ada la jugak cket secebis pengalaman yang aku belajar. InsyaAllah pas nih belajar benda baru pulak di tempat baru. Cantas mencantas, nak try test power sebab ko tu pegawai atasan, kipas mengipas, dan jugak racist. Tu antara beberapa perkara yang agak ketara aku lalui. Mana² tmpt pon akan ada mende camnih kan?? So xper la.
Apa pun jutaan terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang berada di sini, yang banyak membantu aku dalam tugas² harian, atas timbang rasa pegawai² atasan, yang memberi tunjuk ajar dan mengajar sistem dan cara kerja di sini. Terima kasih banyak. Kawan² yang banyak membantu dan menyokong dalam apa jua keadaan, yang juga mengajar aku suasana bekerja yang sebenar, realiti kehidupan, kepercayaan dan mcm². Jasa kalian akan sentiasa ku kenang!
Alhamdulillah aku dapat tukar di kala hati aku mula suam..miahahahaa..mende tah. Biar lah encek husband berjuang di sini. Sementara aku mencari peluang dan ruang yang lebih baik dan bersesuaian dengan jiwa aku..ecewaahh!! Sapa tahu rezeki kita kan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah aku nampak kt ujong nama aku tuh ~ ngehehehehe ~ Apa pun yang akan datang, kita kene POSITIF !! Perghh..senang jek ko laung positif tuh kan. Ingat senang ke nak jadi POSITIF sepanjang masa??!! Susah sangat, dan ada masa nye kita akan DOWN sangat². Take ur time. Hik hik..aku melalut apa nih?? Entah ler..otak sengal..gara² $$$ x masuk² lagi neh!! Geram!!!
0 comments:
Post a Comment