.:: follow charmyiex ::.

Sunday, May 08, 2011

kurang gula vs terlebey gula

Selamat Hari Ahad & Selamat Hari Ibu!

Mak i kerusus lagi ri ni. So plan mkn Pizza Hut tertunda. Seme duk wish dlm fb, twit2 segala mende pasal hari ibu neh. Aku x reti rr. Reti wish gtu2 je kat mak aku. Siyes x reti. Hehehe..sbb tu aku banjer makan pizza momma kat pizza hut tu je la. Hehehe. Kalo buleh hari2 nak banjer, tp apa kan daya, jauh di mata dekat di hati. Nak wat cane?? Telepon je yang jadi penghubung. Tu pon bersyukur sebab masih boleh borak2 dengar suara mak bapak lg. Kalo boleh, nak hari2 duk dekat mak bapak, lepak2 makan2 borak2 ngn dorang. Mimpi tinggal mimpe je la kan. So pesanan aku pada anak2 yg duk dengan mak bapak lagi tu, especially pada adik2 aku sekarang nih, hargai la mak bapak. Memang ler ada masa tu rimas dgn pantang larang, ni x leh, tu xleh, kdg2 rasa nk memberontak jek - cam aku dolu2 ~ heheh ~ bangkang le dgn cara yang betol. Jangan sakitkan hati mak bapak semata2 kerana org luar yang belum tentu akan pertahankan, tolong kita bila kita susah. Lagi nak cekik kita ada rr. And 1 more thing, bila mak bapak marah kita, kdg2 tu pukul kita, ehs...sapa lagi yg nak mengajar kita camtuh?? Orang luar tgk dan pandang jer kalo kita wat salah silap, pastu menjaja ler segala mende yg kita buat. Tu bagi aku la kan, sbb aku pikir kalo aku x tegor anak aku, x marah dia, sape lg nk marah, nak ajar?? Orang luar?? Orang luar cuma duk tgk dan mengata jek. Kalo dah parah sangat, anak kita pon sanggup di bunuh nyer. Masa tu baru nak meraung2.

Bila duk jauh dari mak bapak ni la byk mengajar aku tentang family, kawan2, kepercayaan, kene tipu, cantas, org atasan nk test power, segala mende la. Kene lalui lak mende tu sensorg. Dah ler aku ni cepat je nak nanes. Hati jelly sangat. Ntah bila aku leh ubah hati nih jadik cam kayu ke, batu ke, x pon mozek ni ke..paling kurang cam asbestos tu. Nak2 bila dah peknen, duk sensorang kt sini. Masa awal2 peknen tuh lak, dengan muntah, lembek, melepek 3 bulan x terurus tu, time tu la duit aku orang x byr, aku kene tanggung sensorg. Siyes sepanjang 3 bulan pertama tu, entah bapre baldi air mata aku nanes. X kira air mata yg kuar masa muntah tu lg. Huhuhu. Tu x kira lagi mulut puaka di sana sini. Seb bek aku bab wat bodoh nih memang terer. Mende sampai kt telinga aku pon, aku leh tarik sengeh lagi depan makhluk2 molot cam longkang tuh. Bila masuk bulan ke 4, segala mabuk loya muntah dah xde, masa utk membalas dendam dengan makan segala makanan yang aku x mampu nk telan selama 3 bulan. Tapi kerap lak kene batuk n selesema sampai skg ni. Alhamdulillah, batuk dah xde dah skg. Baru je sembuh. X makan pon ubat batuk or selesema doc bagi. Entah ler, cam takot nak mkn jek. Jadi mende yang di pantang tu je la ubat nyer. Alhamdulillah, dah baik, walopun ada cket2 lg.

Masuk 8 bulan, aku wat cek up minum air gula. Cedap lak air gula tuh, cam pati Ribena jek, cuma agak cair cket, pati Ribena pekat lagi. Dan hasil nya, aku sah kencing manis semasa mengandung. Huhhh?? Cane leh jadik neh?? Entah, aku pon xtau. Dah tu kene jumpa pakar diet yg ajor aku cara mkn yang betol utk penghidap kencing manis. Takut baby nnt besar, payah nak bersalin. Tp kan, adakah simpton penyakit nih ialah aku sentiasa nk mknn atau minuman yang manis je manjang?? Sebab tu je yang aku rasa sekarang ni. Aku nak sangat2 mcm kurang gula lak dlm badan aku. Tapi test result aku terlebey gula lak. Cane tuh?? X paham ler. Mana ler aku tau semua tu. Tapi yang pasti aku nak ini...










......dan jugak segala jenis aiskrim, iced blended..pendek kata yang sejuk2 belaka. Adakah sebab badan aku makin hari makin panas ku rasa?? Huhuhuhuhu...entah ler...arghhh sudahh!!

Tadi ushar2 pekeliling pasal elaun2 utk warga Sabah Sarawak. Hurmm..dah duk Kelantan nanti, elaun Perumahan Wilayah aku yg RM500 tu akan turun ke RM170. Pastu masa bersalin nanti, elaun Bayaran Insentif (B.I) dalam RM200++ tu pon xkan ada sepanjang Cuti Bersalin. Hadoh!!  X pe la. Hidup la camne pon kan.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...