.:: follow charmyiex ::.

Monday, January 18, 2021

Post pertama 2021

Selamat tahun baru 2021..
Tahun ni kita hidup dgn Covid19 dah nampak gayanya..
Hajat hati nak start blogging balik..
Moga2 istiqamah laa ye..
Meh belanja satu pic..
Mee Kari petang tadi...

Thursday, June 22, 2017

Raya 2017

Salam semua..

Rasanya ni sekali setahun la aku update blog ni. Sebabnya mood nak berblog ni lambat sangat nak datang. Tapi lepas ni rasanya blog lebih privasi dari fb & insta. Tak ramai yg nak baca blog skg ni. Kecuali nak cr travel blog atau blog masakan. Tambah pula nak menaip blog ni, sedap guna keyboard, sbb boleh taip panjang2, cepat2 dgn both hands. Kalo kat fb tu , alaaa..setakat jari jemari je. Tu pon typo je lebih. Tu yang buat xde feel nak berblog thru mobile phone. X syok nak taip panjang2.

Tahun 2017, tahun ni aku balik raya Sarawak. Wehuuuuuu!!!! Mmg rasa nak melompat & baru rasa hari raya. Aku pun x tahu kenapa, tapi rasa mcm bertahun aku x sambut raya. Sangat awkward since raya tahun lepas aku rasa aku langsung x ucap sebaris SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Langsung x. Caya x? Hurmmm...pada yang berada di perantauan, mesti tahu macam mana aku rasa. Yes aku bz dgn persiapan, kemas rumah , cat rumah, tempah sarung kusyen baru, jahit langsir baru. En suami habis lebih 2k utk semua tu. And i knew he did that becz he just want to see me smile on pagi raya. Memang berhari raya. Tapi sekadar di angin lalu. Hati jiwa kosong melayang ke Sarawak. Sangat sedih tapi beku. Xde tempat meluah, just berhari raya je.

Tapi ada satu perkara yang buat aku tawar hati sangat2 tahun lepas. Tobat tahun2 akan datang waima beraya di Kelantan sekalipun, aku x akan buat dah.Menyesal x sudah. Dan lepas ni aku xkan percaya sepatah haram. Membazir. Asyik kita je nak menghadap rumah dorang. Next year never ever aku akan buat camtu lagi.

Tahun ni, barulah terasa nak raya. Sedih kan. Itulah,perjalanan hidup. Kepada semua, selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin. Doakan perjalanan aku dan keluarga esok ke Sarawak lancar dan dipermudahkan, selamat sampai.

Wednesday, December 07, 2016

Kini kembali...mcm tajuk lagu je..

Rabu : 7 Disember 2016

Setelah 2 tahun menyepi, kembali bersiaran di blog. Ada lagi ke yang menulis blog sekarang?? Sekadar pot pet pot pet syok sendiri sensorang boleh lah kot. Sapa la nak follow & baca bebelan sy yg panjang berjela2 ni kan??


Lama x menaip, x reti dah lah..Kekok je rasa.. Ada banyak sangat perkara nak tulis..Banyak benda berlaku dalam masa 2 tahun ni. Dengan macam2 perkara ni lah, saya berubah menjadi someone new. Dari segi emosi dan pertimbangan. Kite citer slow2 la yer..


Sekarang saya design dan jahit shawl sendiri. Siap ada label lagi. Mula2 x berani, tapi sekarang, alhamdulillah..Dah boleh tampung belanja harian sikit2. Selain tu, saya juga masih mencuba pelbagai resipi masakan..Haaaaa...Anna dan makanan sedap x boleh di pisahkan...Haha..😆😆😆


Bila baca balik post2 yang lama.. Rasa nak delete je semua n buat blog baru.. Tapi itulah kenyataan siapa diri kita sebenarnya satu masa dulu.. People change, saya sendiri berubah..Tapi siapa kita di masa lalu tetap x berubah kerana ianya yang menjadikan siapa diri kita hari ini..Wahhhh...Ayat kemain lagi... 


Boleh la nak mengasah balik bakat menulis cincai.. Hihihi..



Nak tengok ke design2 shawl saya sendiri dengan label 

Teratak Shawl :: An'nas Collection

saya tepek pic ckit yer..



Saya perkenal Shawl Riana Duchess. Inspired from Duchess by Nealofar. Shawl 2 muka ( 2 loops ) dengan panjang 2m dan lebar 0.7m. Jahitan tepi penuh Baby-Seam. Hujung nyer Oval-shape yang menghasilkan alunan hujung shawl yg cantik. Boleh tempah dengan saya di talian 0108111312 . Pilihan warna lebih dari 60 warna yang akan menggoda hati anda. Harga adalah mampu milik RM28 sahaja tidak termasuk kos pos. 





Okies, sampai sini je dulu. Harap2 mood berblog ni kekal lama sikit. Wassalam..




Thursday, March 13, 2014

Apam Lenggang




Selamat petang Khamis..

Masuk hari ke6 tragedi MH370 dan masih belum dijumpai. Gua mmg x sanggup nak buat entree utk MH370. Xsanggup nak menanggung rasa sedih, bayangkan kalo ada adik beradik,mak bapak, suami, isteri,anak kita dlm tu..haishh..kelu lidah x terkata!

Petang ni balik keje, tertengok kat fb Che Mat gebu ada post pasal Apam Lenggang ni. Kebetulan bahan semua ada, try test buat..

Pic ni amik masa memula siap beberapa ketul. X baper cantek..sebab api besar sgt. Lepas2 tu barulah santek & comel.

Resepi adalah seperti di bawah..jom try wat..sedap...



Apam Lenggang.


Bahan :

3 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu teh yis

Cara :

~ campurkan semua bahan, gaul sebati & tapis.

~ perap sehingga naik double.

~ lenserkan kuali leper dgn minyak, panaskan, kecilkan api.

~ tuang 1 senduk kecil dan lenggangkan.

~ tutup sebentar, angkat & lipat dua.

Sunday, February 23, 2014

From Kuching..with love!



Ni pic barang² a.k.a hadiah besday yg mak & adik pos dr Kuching.

Tq mak..adik²..

Baju utk anak bujang 2 org tu pon ada. Baju utk abah dia..gua tempah khas..bulan May besday beliau, baru suh adik pos nanti..hehehe..

Ni pon sebab adik biz online. Jual baju, jam & perfume, dpt la free..hehehe...

Mak pulak sempat la siapkan baju kurung sepasang, cuma x sempat nak sulam jer. Xper..blh jahit manik nnt..hehe..

Kek Lapis pon ado, tu yg buat berat pos tu..x lupa udang kering..hehehe..

Tahun ni, x sedih² dah nak sambut besday. Belajar dr pengalaman kan..

Dah 31 tahun dah umor..tua kan?

Tapi kajian menyatakan 31 tahun lah wanita cantik menawan gitu..ahaks!

Yer lahhh sangatttt...

Tahun ni..warga 1983 sajer...



Bg gua..cantik itu subjektif..pendapat masing²..

Bg gua jugak..cantik itu pd keyakinan, how u present urself..mcm mana anda letakkan diri anda dlm kelompok masyarakat, kawan² dan rakan sekerja.

Yang pasti, kita x mampu puaskan hati semua org. Kita sentiasa ada kelemahan dan keburukan. Itu namanya manusia kan..

Apa pun semua itu ciptaan Allah...macam cantek..macam comel jer..segala pujian kembali padaNya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...