.:: follow charmyiex ::.

Thursday, March 13, 2014

Apam Lenggang




Selamat petang Khamis..

Masuk hari ke6 tragedi MH370 dan masih belum dijumpai. Gua mmg x sanggup nak buat entree utk MH370. Xsanggup nak menanggung rasa sedih, bayangkan kalo ada adik beradik,mak bapak, suami, isteri,anak kita dlm tu..haishh..kelu lidah x terkata!

Petang ni balik keje, tertengok kat fb Che Mat gebu ada post pasal Apam Lenggang ni. Kebetulan bahan semua ada, try test buat..

Pic ni amik masa memula siap beberapa ketul. X baper cantek..sebab api besar sgt. Lepas2 tu barulah santek & comel.

Resepi adalah seperti di bawah..jom try wat..sedap...



Apam Lenggang.


Bahan :

3 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu teh yis

Cara :

~ campurkan semua bahan, gaul sebati & tapis.

~ perap sehingga naik double.

~ lenserkan kuali leper dgn minyak, panaskan, kecilkan api.

~ tuang 1 senduk kecil dan lenggangkan.

~ tutup sebentar, angkat & lipat dua.

Sunday, February 23, 2014

From Kuching..with love!



Ni pic barang² a.k.a hadiah besday yg mak & adik pos dr Kuching.

Tq mak..adik²..

Baju utk anak bujang 2 org tu pon ada. Baju utk abah dia..gua tempah khas..bulan May besday beliau, baru suh adik pos nanti..hehehe..

Ni pon sebab adik biz online. Jual baju, jam & perfume, dpt la free..hehehe...

Mak pulak sempat la siapkan baju kurung sepasang, cuma x sempat nak sulam jer. Xper..blh jahit manik nnt..hehe..

Kek Lapis pon ado, tu yg buat berat pos tu..x lupa udang kering..hehehe..

Tahun ni, x sedih² dah nak sambut besday. Belajar dr pengalaman kan..

Dah 31 tahun dah umor..tua kan?

Tapi kajian menyatakan 31 tahun lah wanita cantik menawan gitu..ahaks!

Yer lahhh sangatttt...

Tahun ni..warga 1983 sajer...



Bg gua..cantik itu subjektif..pendapat masing²..

Bg gua jugak..cantik itu pd keyakinan, how u present urself..mcm mana anda letakkan diri anda dlm kelompok masyarakat, kawan² dan rakan sekerja.

Yang pasti, kita x mampu puaskan hati semua org. Kita sentiasa ada kelemahan dan keburukan. Itu namanya manusia kan..

Apa pun semua itu ciptaan Allah...macam cantek..macam comel jer..segala pujian kembali padaNya..

Gejala selfie



Kelakor kan..

Tapi kita buat jugak kan..kan..kan..

Hihi..

Musim Selfie sekarang ni..

Nak komen ape?

Nak hentam?

Jangann..sbb awak sendirik pun buat..

Release mind kejap...

Smile!

Thursday, February 20, 2014

Allah tutup..



Salam selamat pagi Khamis..
Mood berblog sudah datang..
Semoga berterusan begini..

Suasana di tempat keje jugak masih hangat soh seh soh seh kiri kanan mengenai kes 3 penjuru yang berlaku.

Nak bercerita, itu aib org. Tetapi benda yang berlaku terlalu ramai saksinya. Mungkin ini yang dinamakan Allah bukakan aib..nauzubillah min zalik..

Mengenali sahabat ini banyak mengajar saya sendiri tentang kedudukan diri sebagai seorang wanita yang bekerja, seorang isteri dan seorang ibu.

Usahlah kita sibuk bertanya mengenai kisah orang lain, kerana kita x tahu untung nasib diri kita bagaimanakah nanti.

Usahlah terlalu gah, bangga dan sombong dengan apa yg kita miliki.

X payahlah kita sibuk mencari salah silap segala yang x kena pada orang lain seolah² kita terlalu sempurna serba serbi.

Dalam sekelip mata kita boleh berbalik hati.

Dalam sekelip mata kita boleh tersilap langkah.

Dalam sekelip mata kita kita kehilangan segalanya kerana khilafnya kita sebagai manusia.

Dalam sekelip mata maruah, nama, hak, peribadi, kerjaya kita calar dek ketelanjuran nafsu.

Dalam sekelip mata, Allah tarik balik semuanya.

Jauhkanlah diri ini Ya Allah dari sifat sedemikian. Semoga apa yang berlaku menjadi iktibar dan pengajaran kepada kami semua.

Saya sendiri berdosa kerana dalam sedar x sedar juga membuka aib para sahabat..membicarakan aib seorang rakan..semoga ada ruang utk saya meminta maaf nanti..

Benarlah..apa yg baik pada kita, kerana Allah tutup semua aib kita..usahlah dok mencanang aib org..kerana bila Allah buka aib kita..inilah yang berlaku..

Karma sebuah kehidupan..

Semoga kita mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku...

Wednesday, February 19, 2014

Terima Kasih



19 Feb kian sampai penghujungnya..

Namun ini permulaan dgn pertambahan 1 angka dalam hidup saya..

Terima kasih Allah kerana panjangkan umur saya sehingga ke saat ini..

Terima kasih ibu dan bapa saya yang berkorban segalanya utk anak² mereka..

Terima kasih adik beradik saya kerana mereka sentiasa ada ketika susah dan senang walopun kami saling berjauhan..

Terima kasih suami dan anak² kerana sudi menerima kehadiran saya dalam hidup anda semua..

Terima kasih buat suami yang byk bersabar dengan kerenah saya yang baru mengenal alam rumah tangga sekaligus menjadi isteri dan ibu dengan mendadak..

Terima kasih sahabat, rakan dan kenalan yg sentiasa positif dan memberi motivasi, dorongan tanpa henti..

Ternyata kita tidak hidup sendirian..

Kita saling memerlukan dan bergantung satu sama lain..

Maaf andai saya pernah menyakiti hati anda tanpa saya sedar..

Terima kasih semua...

Terima kasih dan..

Terima kasih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...