.:: follow charmyiex ::.

Friday, September 06, 2013

Bingka Durian Bakar

Salam petang Jumaat.
Petang ni berjaya buat kuih bingka durian bakar. sangat puas hati dan sedap..esp part kerak kerak keras kt atas n tepi kuih.

Resepi asal dari Home Sweet Home. Tapi guna hp ni payah cket nk back link kan url dia. Tapi charm akan kopipes resipi asal di sini. Cuma mpdify cket part caranya, bg lbh cepat mudah dan ringkas. Hehe..malas nye pasal..

So meh layan resipi..




Bingka Durian Bakar
Bahan-Bahan

3biji telur
1 cawan santan pekat
2 1/4 cawan air
2 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mentega
1 1/2 cawan isi durian
pewarna kuning
sedikit bijan


Cara-Cara

1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang 9x9 inci dengan mentega. Ketepikan...

2. Satukan bahan2 diatas kecuali isi durian dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.

3. Masukkan isi durian dlm adunan dan gaul rata. Blend semuanya. Tuangkan dlm bekas dan gaul sebati.

4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.

Saya tambah 10 minit lagi guna api atas sahaja supaya permukaannya garing.

5. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah di potong dan dihidangkan.

**Sebelum tuang adunan dlm loyang/acuan, pastikan acuan/loyang di lenser dngn butter dan panaskan terlebih dahulu dlm 3 minit. Kemudian tuang adunan, taburkan bijan dan bakar sehingga masak.



*** charm pulak blender kan semua bahan kecuali tepung & air. masukkan bhn blend ke dlm bekas. masukkan tepung dan air. kacau rata. lepas tu baru masukkan dlm loyang yg panas td. bakar pd suhu 200'C guna api ATAS BAWAH..



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...