.:: follow charmyiex ::.

Wednesday, December 25, 2013

Nyam nyam..

Selamat Hari Krismas bg mereka yang menyambut..hahaha..jgn fanatik pulak kata gua sambut krismas..payah nak bg org paham soal perpaduan kaum di Sarawak..

Hari ni cuti..bajet nak bgn lewat pas solay Subuh...celik jugep mata kul 9am..teringin nak tdo smp zuhur..tp x pernah kesampaian..sgt jeles melihat mereka yg lena pas subuh smp ke zuhur..nak jugak!!

Hari ni tgk lauk dlm peti..hasilnyer nasik lemak, sambal sotong,ikan kukus..bajet nak goreng je ikan..tp selera xde nak mkn ikan goreng..wat ikan stim jer..goreng telor..goreng bilis dr Kuching..kriuk kriuk...

Then wat kek coklat moist..makan kek sambil layan movie Frozen dgn anak2..

Lama tgglkan blog,nk menulis jd kekok..ada byk subjek nk story..tp x reti nak mula dr mana..huhu..pela n pelan kayuh..ni jadi malas nk blogging sbb utk android ni,bila publish..manjang publish sampai sudah x siap..tu yg boringggg...g
rrrr...

Ni pun tukar pulak apps blog..ntah xtau camner...Blogger tu xtau bila nak update..tggu je lah...




Tuesday, December 24, 2013

Tempahan sblm balik Sarawak

Mee Kuah Paloh Rawa

Salam Selasa..
Hari ni try Blogaway nak update blog nyer pasal. Kene cr apps lain jugak sbb Blogger android utk blogspot tu,bila upload pic..berkurun la duk 'publishing post' x sudah..

Sakit hati pon ada..kene lak kecikkan pic tu..quality pic mmg out la..tu yg xbeshhhh...

Ni nk try dulu blogaway ni..kalo ok..ok lah...kalo sama cam Blogger android tu..sengal laaaaa...

Tgh hari td kuar mkn mee kuah kat Paloh Rawa. Sedap..order satu je..bg 2..sbb banyak..bila bagi rs cam cket la pulak..lapar nyer pasal..dah le order bekpes pg td terlebey masin..x lalu la nk mkn..

Besok besok boleh la kuar g mkn ctu lagi...


Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Test blog droid

Test


Posted via Blogaway

Sunday, December 01, 2013

Kek Pisang Simple

Jumaat lepas gian nak buat kek. Encik suami pulak ada case conference di Kuala Terengganu.

Tapi saya amat malas nk guna oven. Apa lagi..google resipi kek kukus. Jumpa kek pisang kukus..

Memang sgt simple dan cepat. Pisang pulak buat kek cket n buat jempot².

Yang penting kek pisang itu sangat gebu gebas gebus..

Tuesday, November 26, 2013

Patch Lace

Baju ni siap selepas raya haji ri tu. Ni baru nak buat entree. Heee...

Cantik kan...sayep pon suka...

Sisik Ikan di baju tuan tanah

Okey..baju sendiri lagi..

Baru dapat buat sisik ikan di baju sendirik. Simple n meriah gitewww...

Floral Pearl Crumble

Ehe..

Baju ni hak milik staff PPA Machang. Jugak redesign & redo. Atas sbb yg xreti nak story. Apa pun ini hasilnya. Sangat cantik kan..sayep pon suka...

Baju tuan tanah lagi..

Heeeee...

Baju sayep lagik!

Baju ni redesign & redo sbb x suka dah dgn bunga lama. Hehehe..so buat baru. Tapi x baper nampak sbb bunga kecik menjalar gini lebih sesuai buat kat baju kain kosong atau baju anak. Sangat comel. Dah tua tua ni..cam x baper sesuwai la pulak.

Nak tempah?

Blh je...

Jauh sgt?

Poslaju kan ada...

Bajet?

Saya buat ikut bajet anda. Tapi rate harga mmg bergantung pada kos bahan.

Floral Crumble tuan tanah

Yer..seperti tajuk di atas..pic di bawah adalah baju tuan tanah. Lama dah teringin hado crumble di baju sendiri. Musim xde tempahan, baru blh buat baju sendiri.

Nak tempah?

Blh je...

Jauh sgt?

Poslaju kan ada...

Bajet?

Saya buat ikut bajet anda. Tapi rate harga mmg bergantung pada kos bahan.

Monday, November 25, 2013

Manik simple baju anak2..

Okeh..post pasal jahitan manik pulak. Sekarang ni duk belajar mix & match color. Gua byk merujuk pada bloggers manik². Otai yang biasa ambik tempahan baju nikah, bertunang, vvip & so on.

Memang hebat dan rasa kecik jek gua. Dgn skills yg x seberapa, nk menjahit pun kne belek google pics puas². But practices make perfect kan. Jangan belajar dari kesilapan, bila nak pandai kan kan kan..hehehe..

Haruslah belajar dari bijak pandai yg kreatif dan berpengalaman. I wish ada lagi kelas² jahitan manik for advance.

Saya masih perlukan ilmu dan sedang mengutip pengalaman. Semoga terus sukses. Tempahan sentiasa dibuka dan tempahan mengikut bajet anda sendiri.

Wasap/wechat/sms/call saya 010-8111312.

Roger~

Garden Mania

Sape tengah main game ni?

Gua tengah main..stuck kat Level 73...ntah bila la nak lepas nih..

Ni pun lambat sebab masa raya haji Mia men henpon n unlock error ratus juta kali..terpaksa reset henpong kt kedai..melayang rm50 encik somi..

Kene bela Pou pulak dr kecik..skg baru Level 30..

Haishh..kejadah nyer update story pasal game ni? Xde kije lain dah?

Hehehe..x lah..saje lepas gian n warm up menaip utk blog...hehehe

Manik??

Sekarang tiada tempahan. Gua pong paham yg org lain pon kering jugak. Hari ni baru blh bernapas. Tapi sesak semula sebab kne cover penggunaan fulus bulan lepas. Kene langsaikan jugak kan..

Buat manik kt baju anak2 jek..x siap lagi..nanti gua upload okey..

Sini saje...out...

Anak Konvo Tadika Kemas

Yuhuuu...

Selamat malam..

Rindu la wehh..

Baru nak hapdet pasal anak konvo. Dapat sijil & plat Pelajar Terbaik.

Tahniah Alya Afiqah. Tahun depan masuk darjah 1 dah. Semoga jadi anak yg bijak, taat, dengar kata, baik berbudi, disukai semua org di sekeliling dan cemerlang dunia akhirat.

Memang sangat letih menjaga budak kecik 2 orang nih. En somi pulak masa tu ke Perlis meeting dengan Cuepacs. Kene handle sorg2..

Itu saje mlm nih..adios...

Tuesday, November 19, 2013

Membebel sat...

Terpinga2 dan terfikir secara logik dan kritis atas satu situasi..well..perkara ni sgt biasa dan dekat dgn kita sbg penjawat awam.. begini kisah nyer..

Ujong2 thn ni..seme bz dgn SKT kan..kan..kan..so satu situasi ni berlaku begini..sorg kktgn yg telah veteran dan lama bekerja..tp bg sy..keje beliau tip top mengikut skop keje dlm SKT..tapi tahun ni markah SKT drpd 90+ turun ke 80+..

Faktor2 yg biasa menyumbang kpd pekara ni sll nya
1) tidak hadir bekerja tanpa sbb..berhari2..
2) sakit yg terlantar dan menyebabkan tidak dpt hadir keje
3) kesalahan tatatertib
4) kecuaian sndiri dlm menjalankn tugas yg terkandung dlm skop tugasan dln SKT..

tapi..beliau ni..tidak membuat sebarang kesalahan di atas.

Malahan beliau juga sering mengganti tugas pegawai atasan beliau..malahan berjiwa besar mengganti tugas pegawai gred bwh beliau..

Tapi markah beliau diturunkan kerana skop keje beliau itu lah.
Apakah?

Kalo awak gred jusa sekalipun..bila awk wat keje skop beliau..tu je lah keje awk..malahan blh lg mengganti tugas pegawai atas beliau...dan dgn besar hati mengganti tugas gred bwh beliau..tapiiiiiiii...saya x pernah nampak pulak pegawai atasan beliau ganti keje beliau?? Hado? Hado??

Tp itu lah..sy nampak sempitnya pemikiran atas sikap dengki dan irihati..dan beliau pulak..sabar je lah..

Tp sy siapa? Bkn siapa2..x layak pun nk kata apa2..boleh membebel di fb je kan..saya hanya semut PINK...

Ini hanya luahan hati semata2...dan memang ada kene mengena dgn yg hidup..tp sy rahsiakan lah..ini cuma sekadar secebis pandangan berdasarkan logik dan kritis sbg kakitangan dan penjawat awam yg ditugaskan dgn senarai tugas serta skop kerja yg diperlukan dan telah digarispanduankan...cewahhhh...amekawww....namun pandangan dan penilaian org lain..kita mana tahu kan..

Lagipun sy sendiri pun kuli jugak yg menunggu markah SKT sy sendiri..kang buat nyer terjadi pada sy..cane tu?

Mcm tu je lah kan..membebel pun..x ke mana..nama pon kuli...banyak songeh kang..kne tukar on d spot..x ke padan muka...kerana mulut, tunggang terbalik semua..Naya jek..

Ok lah..stop di sini lah membebel pon..byk2 org menyampah la pulak kan..kan..

Adios ~

Saturday, September 14, 2013

Tempahan manik dari cikgu Nasrah

Salah sorg cikgu Tadika Perpaduan di Jertih, cikgu Nasrah, charm panggil kak Na je. Hehehe.. Beliau tempah jahitan manik seperti pic yang dia send. Simple tp memang marbeles. Ongkos memang besar cket lah. Sebelah baju saja kos dalam RM12-13 camtu. Tapi baju dihantar sekali dengan manik & pearl. Charm cuma tambah manik bunga je sbb x cukup nk buat sebelah tangan lagi. TQ k. Na. Lenkali blh tempah lagi...












Tempahan Manik dari KPL Rosmah

Entree seterusnya ialah tempahan manik dari KPL Rosmah, mama kitaorg. Beliau memang pangkat mak la bg charm. Banyak nasihat dan petua beliau sudi kongsikan. Kali ni beliau nak buat manik kat baju kurung beliau. Mula charm nak buat bungan dgn batu merah bulat, sekeliling dgn sequin gold, tapi agak kurang menjadi, so di tambah dgn bunga kombinasi kaler pink, putih dan purple. Serta jelujur bunga yang simple. Memang buat simple je sebab bunga baju tu sendiri dah penuh. Jom layan pics...













MESEJ DARI PENJARA

 

Program Mesej Dari Penjara.

Entree ni khas utk jabatan yang  akan mengadakan majlis perasmian dan beberapa acara menarik untuk orang awam yang tidak berapa nak tahu mengenai aktiviti harian banduan dan tahanan di dalam penjara. Malahan selain daripada jenis hukuman seperti sebatan dan gantung sampai mati, kita orang awam juga kurang tahu bahawa aktiviti kerahonian dan keagamaan serta motivasi yang diserapkan kepada banduan/tahanan. 

Tambahan lagi, sebenarnya kerja sebagai warder penjara ni sangat berisiko kerana sepanjang masa terdedah kepada bahaya terutama bagi mereka yg jaga banduan pagi petang siang malam, kene kira dan laporkan kiraan muster (banduan) setiap berapa jam untuk memastikan kiraan sentiasa cukup. Pergerakan setiap banduan/tahanan di dalam penjara, di sekitar penjara, yang ke mahkamah untuk sebutan kes dan yang ke hospital mendapatkan rawatan. Tu x kira lagi mana yang ketagih dadah.

Bayangkan berpuluh, malahan beratus banduan dan di monitor oleh seorg atau dua warder yang bertugas. Buatnyer dorg nak belasah dan buat kacau masa tu, agak2 blh mati dulu warder tu dulu baru back up sampai. Nauzubillah min zalik. Apa yang ada cuma kewarasan dan keimanan setiap banduan/tahanan tu.

Itu risiko fizikal, keselamatan warder. Belum kira lagi penyakit yang dibawa oleh banduan/tahanan. Dan warder/warderes kita sangat terdedah kepada penyakit yang boleh berjangkit melalui udara, air liur dan sentuhan.

 Dan berapa ramai warder sekarang nih menderita sebab penyakit Hepatitis & Tibi. Itu semua dapat dari dalam tau!! Free je dpt penyakit. Memang lah kita x menolak, kalo Tuhan dah tentukan tetap kena jugak walopun bukan kerja warder penjara kan. Tapi dah terang2 mereka ni terdedah kat situ, dan guess what, tiada ELAUN KRITIKAL untuk mereka.

Wah!! Emo seketika. Okey..sedikit info untuk progam ni serta tentatif. Cuma pada 16 September tu ada slot dengan kehadiran istimewa Kamal Affendi. Ehem ehem...dulu masa kat Melaka sempat amik pic bersama beliau. Hihu hihu...


 


 

 


 Jadi warga Kelantan, ayuh sama2 kita turun dan mengambil sedikit info yang kita tidak pernah tahu sebelum ini. Seperti juga saya yang tidak tahu dulu, bila bekerja bersama mereka, barulah tahu sikit2. 

Salam ketupat sotong di petang Jumaat - entri resepi bergambar!!

Salam selamat pagi Sabtu.

Sorry tertido malam tadi..letih sangat..almaklum hW day..sungguh memenatkan.. Hajat memang nk update sebelum tdo, tp letak je kapala kat bantal terus belayar zzZZzzzzZZZ... Ni pun bangun sebab dahling baru balik.

Okey, kita nak story pasal ketupat sotong. Mende ni memang x pernah ada di Sarawak. Malah masa duduk Putrajaya 4 tahun pon x pernah dengar mende alah ni. So mmg xde istilah ketupat sotong Sarawak. lepas kawen n berpindah ke Kelantan, dahling yang ajarkan. So masa baru berkenalan dgn ketupat sotong ni, memang dah begitu warna dan rasanya. Sebabnya xpernah makan ketupat sotong di kedai atau di rumah orang lain.

Petang semalam lepas balik solat Jumaat, dahling beli bahan siap2. Jom semak resipi.







Bahan-bahan :

1 kg sotong - sepatutnya n yg sedapnyer guna sotong kecik2..tapi leceh la nk sumbat yg kecik2 neh...so senang yg besau besau...sila cuci..toskan..kepala sotong tu sila buang molot sotong yg bulat tu..kepala sotong sgt penting sbb nak tutup nanti.

200-250gm beras pulut - cuci dan toskan
3keping gula melaka @ manisan org Kelantan sebut

1kotak santan 

lidi buat cocok kepala sotong nanti

garam & daun pandan




Cara - cara :



Sila sumbat pulut ke dalam sotong





Amik kepala sotong & sematkan dgn lidi tadi.

Sila buat sampai habis sotong.

Ada lebihan pulut tu, letak dalam periuk, lepas tu susun sotong yg telah disumbat pulut di atas nyer.


Tuang santan ke dalam periuk. 

Tambah air sehingga sama paras sotong tu.

Letak garam sikit, agak2 utk rasa lemak jer.

Letak daun pandan utk wangi dia.

Gula melaka @ manisan tu potong halus2, letak dlm periuk.

Memula charm letak 2, lepas tu rasa agak2 x baper manis, tambah satu lagi.

Masak dengan api sederhana, dan tutup periuk.

Biar sampai kuah pekat n pulut masak. 

Jangan sampai kering, sbb nk mkn dgn kuah pekat tu.

Tadaaaaaaaaaaaaa......



Siap untuk di makan.





Selamat mencuba kawan2...especially dari Sarawak, sebab kita xde mende nih..hehehe..





Sunday, September 08, 2013

Tempahan dr k. Mazlina r/o

Salam di mlm Ahad..hari ni dh mula bekerja di sini.

Alhamdulillah..tempahan dr k. Mazlina pun dpt di siapkan. Beliau nak yg simple nice n meriah..

Hajat beliau nak bw ke kursus jurulatih bola jaring esok. Boleh lah bw tu..

Apa pun..tq k. Na sbb bg Anna buatkan manik baju..

Friday, September 06, 2013

Bingka Durian Bakar

Salam petang Jumaat.
Petang ni berjaya buat kuih bingka durian bakar. sangat puas hati dan sedap..esp part kerak kerak keras kt atas n tepi kuih.

Resepi asal dari Home Sweet Home. Tapi guna hp ni payah cket nk back link kan url dia. Tapi charm akan kopipes resipi asal di sini. Cuma mpdify cket part caranya, bg lbh cepat mudah dan ringkas. Hehe..malas nye pasal..

So meh layan resipi..




Bingka Durian Bakar
Bahan-Bahan

3biji telur
1 cawan santan pekat
2 1/4 cawan air
2 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mentega
1 1/2 cawan isi durian
pewarna kuning
sedikit bijan


Cara-Cara

1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang 9x9 inci dengan mentega. Ketepikan...

2. Satukan bahan2 diatas kecuali isi durian dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.

3. Masukkan isi durian dlm adunan dan gaul rata. Blend semuanya. Tuangkan dlm bekas dan gaul sebati.

4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.

Saya tambah 10 minit lagi guna api atas sahaja supaya permukaannya garing.

5. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah di potong dan dihidangkan.

**Sebelum tuang adunan dlm loyang/acuan, pastikan acuan/loyang di lenser dngn butter dan panaskan terlebih dahulu dlm 3 minit. Kemudian tuang adunan, taburkan bijan dan bakar sehingga masak.



*** charm pulak blender kan semua bahan kecuali tepung & air. masukkan bhn blend ke dlm bekas. masukkan tepung dan air. kacau rata. lepas tu baru masukkan dlm loyang yg panas td. bakar pd suhu 200'C guna api ATAS BAWAH..



My First Patch Lace

Entree kedua pagi ni..

Pertama kali buat patch lace nih. Memang sangat meletihkan tp bila tgk hasilnya, memang sgt puas hati.

Tempahan ni dtg nya dari kawan yg sama g Kursus BTN kat INTIM dulu. Gua mmg payah nk ingat org2 ni sbrnya unless dah lebih 4-5x jumpa..sembang..pastu jmpa semula di fb ke..nama dia Firdaus..hehe..tp dia gugurl..

Lace ni mmg dah di tampal n jahit dah. Tinggal utk dimanikkan saje lg. So mmg kosentret dgn manik saje lah. Lagipun manik2 mmg beliau bg sekali. Plus lace ni mmg byk munger..mmg nak pingsan lah...

Mula menjahit Jumaat lepas..cuti merdeka 3 hari mmg jahit ni je lah. Apa pun sempat siap utk diposkan pada Rabu lepas. Semalam beliau dah pun dpt baju beliau.

Terima kasih Fida sbb sudi bg Anna jahit lace baju Fida. Harap2 Fida puas hati. Tempahlah lagi.

Baju tuan tanah

Salam semua..
Pagi Jumaat yg barakah ni..
Pagi ni baru larat nk update blog..ushar2 resepi..hajat nak buat bingka durian bakar hri ni. Tengok keadaaan lah nanti..

Hari ni nak update jahitan manik terbaru yang buat  kat baju sendiri. Baju raya yg mak buat n poslajukan masa puasa baru ni. Sian dorg,berharap sangat charm dpt balik raya tahun ni,sbb tahun lepas pun raya cni jugak. Plus ini lah raya paling x best. Dah lah langsung xde g majlis raya kat mana2. Kat opis pun yg unit kitaorg buat. Boring boring boring boring. Tahun akan datang wajib 2 tahun direct kene balik Sarawak. Sebab sini xde feel raya langsung. Hanya penat semata2. Dah lah x g mana2..kne tggl pulak masa raya,org sedap jenjalan negara org..gua?? Dah lah x balik kpg..duk terperap dlm rumah masa raya..kne tggl pulak..arghhhhhhhh...aiyes xbest!

Ada org pernah kata pd gua 'alaaa...raya kat mana2 pon sama..raya jugak...'


Kalo anda pernah beraya di Sarawak, anda xkan kuarkan statement mcm tu. Org yg asal swk atau yg berhijrah ke Sarawak akan tahu. Mereka yg pernah duduk di sana je akan tahu betapa lain nyer raya di sana dan x sama dgn tmpt lain. Kesimpulannya, gua x pasan pun raya kalo x tgk status fb kwn2..x tgk iklan raya di tv, n dgr lagu raya di radio. Tu je yg buat gua sedar..ohhh...hari raya rupanyer...siyes mmg sedih smp xtahu nk menangis ke x..

Ok lah..hari ni pon dah tamat Syawal. Lupakan pasal hari raya yg menyedihkan itu. Sangat pathetic u know!!

Kita layan pics jahitan manik okeh...













Wednesday, August 21, 2013

Pesta Buku Kelantan 2013 kembali lagi!!!!

Salam di hari Rabu 14 Syawal..

Selamat hari raya..raya kan sebulan.

Hari ni dpt email brochure sempena Pesta Buku Kelantan 2013. Wahh..x payah la nk search kt tok nek google pic nk wat entree..tenkiuk Pn Syuhada yerrr…

Okeh..info Pesta Buku Kali nih anjuran Jabatan Pendidikan Kelantan & Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantab (PUSTAKA) dgn SMO bertemakan Membaca Budaya 1 Malaysia.

Kalo tema saya pulak, Jadikan Budaya Membaca 1 Amalan. Ameekowww!!! Tercipta tagline sendiri..hihihi...

Vanue, time & date seperti di bawah.

26 Ogos 2013 - 1 September 2013
9 pagi - 10 mlm
Dewan Jubli Perak MPKB (Padang Perdana), Jalan Mahmood, KB.

Mesti jammed gilerr mcm tahun lepas. Tapi aku sanggup!! Bila pesta buku je,kompem akan habiskan paling sikit rm200 kt situ. X kira lah mana pon, PWTC ke..KB ke..janji Pesta Buku.

Atucara pun ada disertakan sekali. Yang best ada Upin Ipin. Boleh bw anak2,anak sedara,anak jiran,anak pinak anda yer.

Yang paling beshhhh.... Mana lah tau kot kot anda bertuah ke tidak nnt..dgn setiap pembelian blh dpt kupon utk Cabutan Bertuah pada 1 Sept nnt, kul 5pm.

Hadiah?!! Gempak la wehhh...tab 7.0, mini ipad,beskal fixie, oven pon hado tau..saya nak tab 7.0 tu je..boleh?? Agak2 bertuah kannn...

Lagi??

Boleh borong novel2 yg tebal bapak dgn harga yg less less less less dan less..suka x?

Ohh..sy sgt suka!!

Mcm biasa..haruslah ada kemunculan novelis2 faveret nanti. Paling gempak..Siti Rosmizah akan muncul bersama novelis di bawah SR PRODUCTION..wahhhh..pingsan jap…… (x__x)'

X lupa penulis Irish..I Love U Stupid..ohhh abg sasa Firman..iaitu Melur Jelita pun ada jugak.

Penulis genit Ain Maisarah pun hadoooo...adik2 blh lah simpan cket wett raya tu wat sohping buku xhengat dunia nnt..

Sangat teruja..tp saya sndiri xpasti leh g ke x nnt..sbb en Dahling ke obersi dr 28ogos-1sept tu..bkn apa,mmg sggp meredah org ramai dalam dewan tu..kne heret semua 6 anak pon gua sangguppppp lagi..cuma nk drive n cr parking tu je yg gua ada kecut cket..ngeeeee..x ganaz langsung kan..tp siyesli..mmg kecut kalo anak2 penuh dlm keter,gua lak yg drive dgn kesesakan yg luar biasa..hurmmm...

Ehem ehem... blh x lanjutkan hari Pesta Buku smp 2@3hb ke?

Amboiii..sedap ko ye nk request..hehehe..

Ok lah..sampai sini entree kali ni..jom ramai2 serbu Pesta Buku...sangat sukaaaaaaa!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...