Selamat pagi Isnin yang indah. Walopun gua terlambat bangun pagi td. Sedar2 jam kul 7.25am. Haiya!! Astagfirullah! Gua bgn,masuk bilik air, cuci part yg fenting2..then kuar pkai baju segala. Nasib baik Mia x sedor sekali. Kalo x,kene pujuk dia dulu. Mia lena lg. Mana x lena nyer. Last sekali aku tgk jam henpon 2.59am sblm tdo. Pastu masuk selimut, terus lena. Bangun2 dah cerah! Memang lambat bebenor sampai. Kalo amik WP3 pon mmg lambat sgt aku sampai pejabat. Bajet nak bgn awal hari ni. Entah lah. Malam td pas Isya', Mia tido lena. Tgh2 mlm lak dlm kul 11.40pm dia merengek, nangis. Badan dia naik panas lg. Kene la jugak bagi ubat yg masuk ikut montot tu. Dah selesai masuk ubat, dalam 20menet gitu, dia beyak lak. Uishh!! Beyak lak kaler hijau gelap. Sah memang Mia x sehat nih. Cuci cuci, pkai lampin,pujuk Mia. Nyusukan dia. Tepek cool fever tu,xtau kul baper. Yang perasan ms nk tdo tu pukul 2.59am. Patut x sedar langsung. Bila drive,rasa cam melayang jek keter haku, rupanyer aku speed 120km/j x henti. Perghh!! Jadik nyer, dr 50menet perjalanan biasa, terpendek jadik 35menet. Tu pon tetap lambat smp.
Sampai jer, aku menggagau ke hulu hilir mencari KPL yang jaga Bilik Kunci. Lama jugak munda mandir kt luar tu nk tggu Tuan bg kunci n pas Bilik Operator. Pagi ni telefon x blh lg. Tepat jam 10am td, dah boleh. Bila dh boleh, xbenti berdering dr td. Yelah, segala urusan smlm tertunda ke hari ni. Kalo urgent sgt, dorg kene korbankan kredit henpon sendirik demi urusan keje. Nasi Kerabu yg aku makan dr pukul 9.30am td, ni baru selamat-licin-sehingga-menggigit-tulang-ayam-goreng tepat 10.43am.
Tajuk entre ni pasal sms yg berantai2 smp ke henpon laki aku. Henpon aku xde sape pulak hantar yer. Sungguh aku x glemer langsung. Huhuhu.. Sms tu munyik gini.
"untuk beberapa hari akan datang, jangan ambil minuman dari mana-mana produk dari syarikat pepsi seperti Pepsi, Tropicana Juice, Slice, 7-Up, Coca Cola dan lain-lain kerana ada pekerja dari syarikat itu telah menambah darahnya yang tercemar dengan HIV. Keluar berita dalam NTV7. Tolong sebarkan kepada orang yang anda sayangi."
So pagi ni, jenjalan BW kat blog2 yg aku follow. Ada dah entree dan ulasan dlm BLOG INI. Aku cuma nak tambah cket jer, sbb smlm masa mkn pagi kt kantin penjara, borak2 dgn cikgu dlm penjara ni. Yang dh biasa dgn OKT yg menghidap HIV. So dorg mmg paham bebenor la paham HIV ni plus cara penyebaran nyer. Yang dlm BLOG tu memang betul dah ikut fakta logik n sains. Plus aku google jugak mengenai kuman HIV ni.
Mengikut cikgu dlm penjara ni pulak, kuman HIV ni cuma blh hidup dalam darah sahaja. Baca bebetol, dalam darah sahaja. Bila darah yg mempunyai kuman HIV ni, kita letak kt luar,atas meja ke,bila darah mula kering, kuman tu pon mati. Sebab tu la, kalo kita perasan citer2 dlm tv, pesakit HIV ni, bila tiba saat dia nak mati tu, badan dia kuar nanah, air2 busuk, darah2 tu. Itu la kuman2 HIV. Bila sistem badan pesakit dah mula x berfungsi, so kuman tu pun kuar la dr badan pesakit. Dia xleh idup dah dlm badan org tu.
Itu menurut mereka yg selalu berdepan dgn pesakit HIV ni la, esp OKT dlm penjara. Apa pun, terpulang pada memasing la kan. Lagi pun, dr segi kesihatan mmg x elok pun minum air2 karbonat ni. Mana la tau kot sms ni ialah Kempen Kesihatan Jangan Minum Air Gas. Hehehe!
0 comments:
Post a Comment