.:: follow charmyiex ::.

Tuesday, August 30, 2011

Mia nak raya..Selamat Hari Raya..

Alhamdulillah..akhirnya 1 Syawal menjelma kembali. Kali ini beraya sebagai seorang isteri dan ibu, dan beraya di Kuching, Sarawak. Terima kasih encek husband sudi balik Sarawak beraya tahun ni. Mulanya x plan pon nak balik, tibe2 encek husband ajak balik Sarawak, i on je. Hehehe.

Di malam 1 Syawal ni, saya ingin mengambil kesempatan semasa Mia tgh tido dan mak tgh blend bawang nak masak jap ag, saya buat la entree di pagi Syawal. Pasni nk kene gantung langsir pulak n lapik meja.

26hb ritu sampai di Kuching dlm pukul 2.30ptg. Alhamdulillah. X penat sangat, Mia pon pandai lak naik kapal terbang je, terus nyot nyot ( . )( . ) lena. Gayat la kot. Bila dah landing tu, reti lak bangun, baru nanes. Hihihi...

Tahun ni beraya kt rumah bawah yg baru siap dlm 60%. X siap ag bhgn dapur, tile bilik n toilet bawah. So ruang tamu je dpt kt bawah ni, yg lain semua kat atas lg. FYI, rumah aku dulu 1 tingkat tggi,rumah atas je. Tahun ni baru mampu nk buat tingkat bwh rumah ni. Alhamdulillah, rezeki ada lebih cket, blh la buat.

Kuih raya lak, tahun ni short 6 jenis kek raya. Setiap tahun 9 biji kek raya akan siap aku buat, tp thn ni, 1 pon aku x dan nk buat. Cuma 3 jenis je yg adik2 aku wat, tu pon kek kukus jek. Kek lapis xde langsung wat thn ni. X sempat nk melapis, Mia nak ( . )( . ) pulak. Nguhuhu. So mak beli kek lapis kt DYG SALHAH. FYI lagi,kat situ dorg x guna GOLDEN CHURN BUTTER yg telah disahkan HARAM itu yer. Was2 lg, sila ke kedai tersebut sendiri ye. Dari dulu ag dorg mmg x pkai Golden Churn tu, ongkos nyer besar downg!! Ada beberapa tmpt la yg pakai butter tu dulu,dlm entree aku yg pasal Golden Churn tu ada dulu.

Baju raya lak, cian Mia xde baju kurung, Mia jd minah omputeh, pakai gaun jek, sbb nenek dia beli byk baju gaun. Hahahaha... Baju raya aku, rembat kedai jek...huhu

Opsss!!! Mia dah bunyik tu. Smp cni je dulu entree di pagi 1 Syawal nih yer. Ampun maaf di pohon kepada pembaca blog saye. Blog ni tempat aku merapu meraban sendorg. Syok sendiri yer jugak. Selamat Hari Raya semua. Maaf zahir dan batin ~

Wassalam ~









0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...