.:: follow charmyiex ::.

Saturday, September 14, 2013

MESEJ DARI PENJARA

 

Program Mesej Dari Penjara.

Entree ni khas utk jabatan yang  akan mengadakan majlis perasmian dan beberapa acara menarik untuk orang awam yang tidak berapa nak tahu mengenai aktiviti harian banduan dan tahanan di dalam penjara. Malahan selain daripada jenis hukuman seperti sebatan dan gantung sampai mati, kita orang awam juga kurang tahu bahawa aktiviti kerahonian dan keagamaan serta motivasi yang diserapkan kepada banduan/tahanan. 

Tambahan lagi, sebenarnya kerja sebagai warder penjara ni sangat berisiko kerana sepanjang masa terdedah kepada bahaya terutama bagi mereka yg jaga banduan pagi petang siang malam, kene kira dan laporkan kiraan muster (banduan) setiap berapa jam untuk memastikan kiraan sentiasa cukup. Pergerakan setiap banduan/tahanan di dalam penjara, di sekitar penjara, yang ke mahkamah untuk sebutan kes dan yang ke hospital mendapatkan rawatan. Tu x kira lagi mana yang ketagih dadah.

Bayangkan berpuluh, malahan beratus banduan dan di monitor oleh seorg atau dua warder yang bertugas. Buatnyer dorg nak belasah dan buat kacau masa tu, agak2 blh mati dulu warder tu dulu baru back up sampai. Nauzubillah min zalik. Apa yang ada cuma kewarasan dan keimanan setiap banduan/tahanan tu.

Itu risiko fizikal, keselamatan warder. Belum kira lagi penyakit yang dibawa oleh banduan/tahanan. Dan warder/warderes kita sangat terdedah kepada penyakit yang boleh berjangkit melalui udara, air liur dan sentuhan.

 Dan berapa ramai warder sekarang nih menderita sebab penyakit Hepatitis & Tibi. Itu semua dapat dari dalam tau!! Free je dpt penyakit. Memang lah kita x menolak, kalo Tuhan dah tentukan tetap kena jugak walopun bukan kerja warder penjara kan. Tapi dah terang2 mereka ni terdedah kat situ, dan guess what, tiada ELAUN KRITIKAL untuk mereka.

Wah!! Emo seketika. Okey..sedikit info untuk progam ni serta tentatif. Cuma pada 16 September tu ada slot dengan kehadiran istimewa Kamal Affendi. Ehem ehem...dulu masa kat Melaka sempat amik pic bersama beliau. Hihu hihu...


 


 

 


 Jadi warga Kelantan, ayuh sama2 kita turun dan mengambil sedikit info yang kita tidak pernah tahu sebelum ini. Seperti juga saya yang tidak tahu dulu, bila bekerja bersama mereka, barulah tahu sikit2. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...