.:: follow charmyiex ::.

Thursday, July 11, 2013

2 Ramadhan

Salam 2 Ramadhan semua..
Hari ke2 berpuasa..tp gua x berpuasa lg..heheh...
Hari ni Khamis balik kul 3.30ptg..sempat lah buat Puding Karamel Jagung utk anak² & suami berbuka puasa..
En suami lak beli punya lah byk kuih²..kenyang wehh..Alhamdulillah...rezeki Allah...
Hari ni blend buah pauh epal hasil tanaman en suami..sedap..masam masam manis..sedapppp...

Puding Karamel Jagung ni member buat dah..sedap sgt..terbayang²..jadi hari ni nekad nk wat jugep..

Meh tgk resepi dulu..

PUDING JAGUNG KARAMEL

Bahan-bahannya:
5 - 7 sudu makan gula
10 biji telur
1 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat
1 tin jagung krim
1 - 2 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya:

A.

1. Didihkan air di dalam periuk kukus.
2. Sementara itu, masukkan gula ke dalam loyang. (Saya guna loyang 9 inci)
3. Dengan menggunakan api yang kecil, panaskan gula dalam loyang hingga cair dan berwarna keperangan. (Pastikan semasa memasak gula, ianya sentiasa dikacau supaya cair rata).
4. Tutup api dan terus golek-golekkan loyang supaya air gula memenuhi dasar loyang. Ketepikan dan sejukkan. (Air gula akan mengeras).

B.

1. Masukkan telur, susu sejat, susu pekat dan esen vanila ke dalam blender.
2. Putar blender hingga adunan sebati, tak perlu hingga kembang.
3. Masukkan jagung tin. blend kejap jer.
4. Masukkan ke dalam loyang berisi gula tadi. 5. Kukus selama 30 - 40 minit. 6. Sejukkan sebentar dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Sedia untuk dinikmati.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...