.:: follow charmyiex ::.

Tuesday, March 20, 2012

Etiket & Protokol

Hurmm..4 hari...4 hari? Apa yang 4 hari nyer?? 4 hari beb gua x online. Cam tertinggal sungguh la dgn dunia luar. Sungguh x dpt dibayangkan dunia tanpa internet. Nak tau apa2 pun, gua selalu terjah "GERBANG CARIAN" google. Jumaat & Sabtu cuti kat rumah n xtvt family. Ahad & Isnin lak, sudah dipesan oleh 2nd big boss, jgn bw laptop utk 2 hari. Okeyh. Gua yang menurut perintah! Kenapa xleh bw laptop? Kesah nyer ada di blog [LAMAN ECHAH]


Rindunya nk jadi emcee. Tapi malu nk tunjuk bakat. Masa kt pejabat lama pon gtu gak. Alih-alih masa peknen baru dpt peluang jd emcee utk Perhimpunan Bulanan Jabatan. Lagipun utk majlis besar ni, pegawai2 tinggi je biasa terlibat. Tu pon sebab masa tu, ramai pegawai2 gred 41 ni yang biasanyer dorg yg jd emcee, masa tu dorg ramai yg otstesen. Jadi gua pon dilamar tangkap muat. Tangkap muat pon xper. At least ada peluang utk mengacara majlis jabatan.


Apatah lagi di PPA ni. Tentu2 nye pegawai uniform dan penuh dgn protokol dorg. Lagi la  jauh beza protokol dorang. So memang x termasuk dlm senarai la. Apatah lagi utk terlibat. Jadi tukang dgr dan lihat je. Tapi mmg berbeza la tahap protokol utk uniform n kita kakitangan awam ni. Mana leh terjah2 ikut suka. Mau kene hempuk!


Pernah jugak jadi emcee berpasangan utk kursus Etiket & Protokol. End of the day, kene buat simulasi dinner utk majlis grand2. Gua n Nizam (S17), JPNIN Melaka jd emcee.  Kene lak handle utk acara2 yg berlangsung semasa dinner, sambil memastikan audience x boring dgn acara2 n celoteh. 4 jam, nak buat hape atas pentas? 


Memang seronok sangat masa tu. Walaupun sekadar simulation, tp macam betol2. Yang xleh blah sorg peserta berlakon watak utk Ketua Pengarah, ada yg jadik  Datin, wife Dato' KP n TKP beserta pasangan masing2, VIP2 yang lain pulak. Kene lak praktikkan kedudukan kerusi dorang ikut portokol. Hehe..tp mmg seronok kursus tu. Ingatkan skema giler. Yelah, nama pun Kursus Etiket dan Protokol.


Yang penting, bila selesai majlis. Post-mortem on-d-spot diadakan. Dengar la komen2. Yang penting komen utk emcee. Heheh..masa tu kembang kuncup je hidung menahan bangga, angkuh bila dipuji mampu memastikan acara dinner meriah, x boring, x formal sangat. Banyak lg pujian. Sampai x dgr dah. Wahahaha. Mangkuk sangap la dgn pujian masa tu.



 ni lepas acara WELCOME DRINK..ekceli baju biru, beg n kasut baru je beli ptg tu, semata-mata kursus nyer pasal..mana la kitaorg tau  kene wat simulation dinner, lengkap segala baju,beg,gantung beg kat meja segala..

p/s baju biru muat lg x skg ni ek?? hu hu hu




 majlis nak start dah..duduk elok2 yer..menu Western..start dgn salad apa ntah..ada roti cicah sup..dah pesan dah, roti leh mintak tambah, sup xleh..ada jugak yg panggil waiter suh tambah sup..hu hu hu..tp yg kelako peserta kt sebelah, akak dr JPNIN Seremban kalo x silap, bergoyang cam kene gempa bumi je meja kitaorg masa dia potong stik tu..pastu gelak ramai2..percuma je meja kitaorg kene jeling dek penceramah..



 wit Christina..



 Qis lagik..meh nk bocor rahsia..utk acara2 mlm dinner tu, kitaorg sumbang RM50 sorg utk beli hadiah2 utk peserta dan pemenang2 bertuah..kita berdua je tau..org lain xtau..tu yg byk hadiah malam tu..



 masa pendaftaran kursus..pantang tgk kamera!



 ensem kan mamat baju putih tu...tp lembut cket...hehe



 ni je pic gua tgh kd emcee yg ada pd gua...yg lain xtau ada mane..yg baju oren tu kunun2 jadik Dato' KP kitaorg...cissss!





Itu la serba sedikit kenangan. Buku Etiket Protokol lak masih duduk kt Putrajaya. Nak amik la semua buku2 tu..bila la ye nak g sana??




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...