.:: follow charmyiex ::.

Sunday, October 23, 2011

Program Jom Sihat (NCD). Apa itu NCD??

Hari Khamis 20/10/2011 lepas bermula dah Program Jom Sihat (NCD) anjuran Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia. Mulanya duk termangu ler,sbb xtau amende NCD tu. Khamis tu Majlis Pelancaran program nih. Dirasmikan oleh Datuk Dr. Yahya bin Baba, Ketua Pengarah Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia. Dari Penjara Machang, 10 org wakil, termasuk la gua. Bertempat di Padang Majlis Daerah Machang. Aktiviti2 ada banyak,senamrobik dah wajib sejam, ada ceramah kesihatan, kembara kesihatan, Dan yang paling penting, program ni direkod sebagai Latihan/Kursus. Bagus2..sbb thn ni gua xde kursus 1 habuk pong. Masa pelancaran tu, sesungguhnya aku blur teramat. Amende NCD neh. Sayup 2 je aku dgr kt tgh padang tu, Datuk berucap. Kejap2 sebut penyakit berjangkit. Still blur. Program ni berlangsung sampai tahun depan, harap2 nyer lepas la jugak kursus utk tahun depan tu. Hihihihi...


Tenet hado,kiter search. Kuar lak No Claim Discount , New Church Development , No Cell Deliniation...kejadah nyer mende nih??? Search punya search di GERBANG CARIAN GOOGLE..akhirnyer jumpe dah. Rupanyer NCD adalah singkatan kepada Non-Communicable Diseases atau diterjemahkan ke dalam bahasa, bermaksud Penyakit Tidak Berjangkit. Oleh itu, bertepatan dengan tajuk utama, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) berusaha membendung penularan NCD yang dikatakan semakin meningkat. Bak kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, di mana menurut beliau Penyakit Tidak Berjangkit ini, membawa masalah yang serius termasuk menjejaskan produktiviti serta menambahkan beban kewangan rakyat dan kerajaan.

Betol la tu kan, kalo dah sakit, kene pulak kuarkan $$$$ utk rawatan. Walopun sekadar 20-30 ringgit,bg kita sangat la kecik ongkos nya,tp kalo berlarutan..makin lama..makin byk pulak $$$ nk kene kuar utk tanggung rawatan.


Ok, dah tahu apa itu NCD. Kita lihat pula penyakit yang dikategorikan di dalam NCD ini. Antara penyakit NCD ialah penyakit karidovaskular, kanser, diabetes(kencing manis), hipertensi(darah tinggi), obesiti, strok dan sakit paru².


Baru la gua paham. Program nak bg kesedaran untuk menjaga kesihatan diri, pemakanan kita, aktiviti harian kita. Juga pentingnya bersenam. Hari2 makan, hari2 kene bersenam. Hmm..btol btol btol..

Jom layan pic yg x semenggah ni. Hehe..




banner...haha


kt ruang pameran.


majlis perasmian..yg rambut putih tu la Datuk Yahya


utk makluman..jadual program ni, sampai tahun depan..

dgn Koperal Rosmah..

kami lagi

kak..oo cik kak..aerobik start dah..sempat sms tuuu...






p/s Mula2 hantar size utk XL, bila dpt baju..bapak besar baju size XL dia..alih rotate 3 org..aku dpt size L..baru cam tecik cket..walopun L itu LARGE...ngehehehehe...




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...