.:: follow charmyiex ::.

Saturday, March 05, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Sape x sabar nk tgk citer nih??
Aku aku aku!!
Hehehehe..tgk trailer sejak 2-3 mggu lepas..aku siap wiki2 lg nk cari sejarah Merong Mahawangsa neh..paham le jugep cket2...aku search artikel wiki tu kat sini...pastu yg paling penting..sape Merong Mahawangsa nih kan?? Apa peranan dia dlm titik tolak sejarah Kedah Tua neh...meh2 aku kopipes salah-silah keturunan Merong Mahawangsa...


Senarai raja mengikut Hikayat Merong Mahawangsa

Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, terdapat 8 orang Raja yang berkuasa di Langkasuka yang juga pengasas kepada kerajaan Kedah Tua bermula disekitar Lembah Bujang. Diantara mereka juga merupakan pengasas kepada Kerajaan Siam, Gangga Negara dan negeri Patani, Selatan Siam (Thailand). Berikut adalah penama-penamanya:
  • Raja Merong Mahapudisat, putera sulong Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Baginda ditabalkan di Rom sebagai Raja Siam. Langkasuka ditukar nama sebagai "Kedah Zamin Turan". Baginda menjadi Raja Siam pertama.
  • Raja Puteri, merupakan anak ketiga Merong Mahawangsa. Juga merupakan seorang Puteri, beragama Hindu. Ditabal sebagai Raja Patani pertama.
  • Raja Seri Mahawangsa, petera bongsu Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Menggantikan ayahdanya Merong Mahawangsa sebagai Raja Kedah. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan ufti bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya sulongnya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Mempunyai seorang putera yang degil yang bernama Raja Seri Maha Inderawangsa.
  • Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Beragama Hindu. Merupakan Raja yang degil dan zalim. Memakai gelaran Raja Ong Maha Perita Deria. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Lari kedalam hutan Gunung Jerai dan mangkat disana selepas di serang oleh angkatan tentera menterinya. Meninggalkan seorang putera yang bernama Raja Phra Ong Mahapudisat.
  • Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan putera kepada Raja Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong). Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan Raja beragama Hindu. Mempunyai seorang putera bernama Raja Phra Ong Mahawangsa.
  • Raja Phra Ong Mahawangsa merupakan putera kepada Raja Phra Ong Mahapudisat. Asalnya beragama Hindu, kemudian memeluk agama Islam. Menukar nama sebagai Sultan Mudzafar Shah (Dipercayai sebagai Sultan pertama Kedah dan salah seorang Sultan tertua didunia bermula tahun 1136). DiIslamkan oleh Syeikh Abdullah Yamani.




Huhuhu...bila kuar filem cenggini, baru le terhegeh2 nk baca sejarah balik kn?? Kan ternganga tgk filem tu nnt..bagus jugak..ada gak ilmu sejarah masuk balik kepala nih..yg pasti nyer aku nk tgk segala2 dlm filem tu..nampak cam citer omputih jek..yg paling beshh..VC OST ini filim...Sedetik Lebih - Anuar Zain...jom layannnn...












0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...