.:: follow charmyiex ::.

Saturday, September 14, 2013

Salam ketupat sotong di petang Jumaat - entri resepi bergambar!!

Salam selamat pagi Sabtu.

Sorry tertido malam tadi..letih sangat..almaklum hW day..sungguh memenatkan.. Hajat memang nk update sebelum tdo, tp letak je kapala kat bantal terus belayar zzZZzzzzZZZ... Ni pun bangun sebab dahling baru balik.

Okey, kita nak story pasal ketupat sotong. Mende ni memang x pernah ada di Sarawak. Malah masa duduk Putrajaya 4 tahun pon x pernah dengar mende alah ni. So mmg xde istilah ketupat sotong Sarawak. lepas kawen n berpindah ke Kelantan, dahling yang ajarkan. So masa baru berkenalan dgn ketupat sotong ni, memang dah begitu warna dan rasanya. Sebabnya xpernah makan ketupat sotong di kedai atau di rumah orang lain.

Petang semalam lepas balik solat Jumaat, dahling beli bahan siap2. Jom semak resipi.







Bahan-bahan :

1 kg sotong - sepatutnya n yg sedapnyer guna sotong kecik2..tapi leceh la nk sumbat yg kecik2 neh...so senang yg besau besau...sila cuci..toskan..kepala sotong tu sila buang molot sotong yg bulat tu..kepala sotong sgt penting sbb nak tutup nanti.

200-250gm beras pulut - cuci dan toskan
3keping gula melaka @ manisan org Kelantan sebut

1kotak santan 

lidi buat cocok kepala sotong nanti

garam & daun pandan




Cara - cara :



Sila sumbat pulut ke dalam sotong





Amik kepala sotong & sematkan dgn lidi tadi.

Sila buat sampai habis sotong.

Ada lebihan pulut tu, letak dalam periuk, lepas tu susun sotong yg telah disumbat pulut di atas nyer.


Tuang santan ke dalam periuk. 

Tambah air sehingga sama paras sotong tu.

Letak garam sikit, agak2 utk rasa lemak jer.

Letak daun pandan utk wangi dia.

Gula melaka @ manisan tu potong halus2, letak dlm periuk.

Memula charm letak 2, lepas tu rasa agak2 x baper manis, tambah satu lagi.

Masak dengan api sederhana, dan tutup periuk.

Biar sampai kuah pekat n pulut masak. 

Jangan sampai kering, sbb nk mkn dgn kuah pekat tu.

Tadaaaaaaaaaaaaa......



Siap untuk di makan.





Selamat mencuba kawan2...especially dari Sarawak, sebab kita xde mende nih..hehehe..





3 comments:

luqman zakaria said...

bru je nak ckp kt kelantan byk..tapi akak dah ckp..hehe..best ketupat sotong nih..hehe

charmyiex said...

@luqman zakaria

aah...mmg kat kelantan dah ni..hehehehe

isin0108 said...

sedapnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...