.:: follow charmyiex ::.

Sunday, May 13, 2012

Kari Dhal kaw kaw..

Salam di hari Ahad. Petang2 camni dulu2 masa duk bujang, tentu saja muka gua ada je kat Alamanda tu. Jalan jalan sana sini. Last2 duk tercongok tgk wayang. Syiok kan. Masa bujang memang panjang kaki nak ke mana2. Bila dah kawen, hehe..kureng cket. Boleh je berjalan2 ke mana2. Tapi semua tempat2 yg best2 hado di KB nun haaaa.. Jauh noks nak menapak ke KB nuuu. Kalo yer pon ke sana, samada g hantar n amik dahling ke airport jek. Tu pon sesat jalan terlepas sampai ke Hospital Kubang Kerian. Kalo ikutkan dari rumah tu, kejap je blh sampai airport tu, dari Tok Bali terus je, tp gua selalu silap amik simpang ke kiri, menjadikan perjalanan jauh nak mamposhh.

Hurmm...kedai mamak pon hado di KB nun. Rindu banget nak mengeTEH kat mamak malam2. Serius! Masa anak dara, selalu jek lepak mamak. Kadang2 tgh2 mlm turun mamak. Masa tu duk P11. Hado la aney kt Blok C tu. Layan. Tapi lg layan kat mamak kembar P9. Mamak kat terowong tu pon sedap mee goreng mamak dia. Laayyaannn!!

Minggu lepas teringin nk makan roti telor kat kantin dalam ni haaa. Dah terbayang2 kuah dhal yg kaw2 pekat. Bila sampai je order, alahaiiiiii...dhal tu betol2 dhal rebus + sayur carrot. Haishhhhh!! Roti sedap dah. Tapi kuah?? Sedih bebb!!

Disebabkan itu, gua nekad, weekend nih harus buat projek kari dhal kaw2. Roti telor lak?? Hehehe...apa susah. Roti canai segera kan berlambak dlm freezer kat kedai. Tepek je dgn telor. Dah jadi roti telor. Bijak...bijakkk...

Akhirnya, dhal kaw2 berjaya disiapkan. Sangat2 rindu....