.:: follow charmyiex ::.

Monday, May 21, 2012

Happy Birthday & Tahniah dahling!




12 May 2012 lepas besday encik dahling. Kene marah sebab order kek. Huhuhu.. Sabar je lah. Seb bek order dgn member. Sapa lagi kalo bukan Mem Fidah. Charm order kek Red Velvet. Anak2 suka sangat la mkn cream cheese tu. Siap makan tu saje, tinggal la red velvet togel licin gtu jer. Haisshhh...geram pon ada. Sudah nyer, gua jugak yang telan kek togel2 tanpa cream cheese tu. Bek order cheese cake je kalo gini. Bagi ternak lemak byk2 kat anak2. Makan banyak, tp kecik jugak. X besar2. Huhuhu... xper xper..lepas ni bg dorang makan sedap2. Biar makan banyak2. Hihi...

Hadiah utk dahling? Hehe..hadiah dia, dia dapat Anugerah Cemerlang la tahun ni. Tahniah dahling. Rasanyer xde dah hadiah paling best dari hadiah tu kan? kan? kan? Tahniah again. Malam tadi dah gerak ke Putrajaya. Hari ni reharsel dan esok penyampaian anugerah di PICC. Seronok nyer. Aku?? X dapat ler. Sebab baru lg kat PPA Machang ni. Xkan dapat nye lah. Kan ke APC ni ikut giliran. Bagi kat org lama dulu. Lagipun, secara jujurnya, aku xde rasa teruja pon bila dgr APC neh. Sedih ada lah. Motif?? 

Hehe..mesti ada kisah nyer kan. Kisah sedih. Banyak pengajaran yang bermakna. Tapi semua tu buat aku berjauh hati sangat2. Plus melibatkan kerja aku. Sebok suh aku hantar surat tunjuk sebab. Bila aku dah buat, korang x letak pun dalam fail service aku. Tapi memo tu hado. Cerrrr jawab, mana pergi surat tunjuk sebab aku yg aku hantar tu?? X ke tong sampah?? Semata2 nak selamatkan anak buah sendiri, salah anak buah sendiri yg dah terbukti, akhirnya aku di kambing hitamkan. Gugur nama dr APC, nama anak buah dia dpt pulak. Bukan rezeki aku kan nama nyer tu. Tak ralat sangat mengenai APC tu, tu kira rezeki kita atau bukan jek. Tapi aku sedih atas perkara yang berlaku tu. Semua org pentingkan diri. Kejam kan? Jadi sekarang jgn bersedih bila aku pun pentingkan diri jugak. Orang atasan?? Cakap berapi2. Tapi hampeh. Sama jugak rupanyer.

Bila nak pindah ke sini, aku g cari fail service aku kt stor fail. Hurmmm..memo tu aku jumpa, tp surat tunjuk sebab yg aku hantar, xde pulak. Pelik. Dari situ dah rasa semacam. Silap aku satu, x buat SK kpd DATOK KP, TKP2, dan bos aku sendiri. Silap situ. Biarlah. Cukup terluka. Tambah pulak dengan tiada pembelaan dai orang atasan aku. Ok fine, dorg jugak kene jaga prestasi dan reputasi dorg. So lepas tangan. Cukup dah perit. Aku belajar utk pertahankan diri. Stand for urself! 

Tu la serba sedikit kisah sedih gua yang menyebabkan gua x sabar2 nak berambus dari situ. Xde makan2 pon xper..yang penting blah cepat2 dari tgk muka2 yg menyakitkan hati. Banyak kenangan manis jugak. Tapi ending nyer menyakitkan hati. Alhamdulillah. Dapat tukar. Kat tempat baru nih, aku lebih slow. Rilek2 buat keje sendiri. Malas nak pening2 campur urusan org lain. Dan harap nyer og lain pon x kacau keje aku. Senang kan gtu?? Kalo panggil suh buat apa2, gua g buat. Tapi harap nye x ganggu tugas hakiki gua. Cukup lah.

 


3 comments:

Masz Sidek said...

nyaman kek ya... mintak sikit... ;p

charmyiex said...

@Masz Sidek

cream cheese nya nyaman..hehe

eezance said...

Salam singgah... :)

moga terus bahagia bersama keluarga... hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...