.:: follow charmyiex ::.

Sunday, April 01, 2012

Novel : Aku Bukan Mistress



Salam di petang Ahad. Mesti bersantai2 kan. Gua lak keje. Sekarang bila tiba Ahad je, otak n jiwa ni berperang. Alahai, kene keje. Entree hari ni dimulakan dengan novel la yek.

Novel ni bos bg pinjam. Cetakan yang ke berapa , x baper nak ingat. Kalo dah byk kali ulang cetak tu, tentu saje dpt demand yg tinggi yer dak! Jalan citer memang best. Kejap2 nangis, kejap2 gelak tersipu2 sensorang, kejadah!

Sipnosis cket, kisah mengenai Mya yang cantik sangat2, hidupnya penuh dengan kisah duka sehingga menemukan dia dgn Mikail. Lelaki ini membeli Mya dari bapak ayam dan dijadikan mistress beliau. Dah lama2, terjatuh hati, terjatuh cinta. Tapi layakkah Mya bergandingan dengan lelaki sekacak dan sehebat Mikail? Mikail pulak, mula belajar mengakui perasaan cinta dan kasih buat Mya. Sedangkan semasa dia 'membeli' Mya dari bapak ayam 2 tahun lepas, ikrar telah terucap bahawa tidak akan ada sebarang perasaan antara mereka, tugas Mya hanya melayan Mikail di atas katil.

Mikail punya kisah cinta yang tragis hingga menyebabkan keluarga berpecah belah dan hubungan dgn ayah nya renggang. Macam mana kehadiran Mya boleh mengembalikan ketenangan dan keharmonian dalam keluarga Mikail? Apa pulak peranan Suzanne seorang fashion designer hingga meragut ketenangan hubungan Mya dan Mikail? Adam yg jugak sahabat baik Mikail rupa-rupanya gunting dalam lipatan yang cuba utk menghancurkan Mya dan Mikail.

Nak tahu kisah nyer, sila dapatkan di pasaran yer! Ohh yer, sekarang kan Pesta Buku kat KB, pe lg, serbu reramai. Diskaun 15% utk ahli SMO. Gua dah serbu, tp bajet lepas kt 3 novel jek, sebab anak2 pon rembat buku sekali. Xper la. Janji dpt pergi. Itu pon pergi sebab urus tiket flight dahling. Kalo nak saje2 ke KB nun, jgn mimpi la nk jejak kaki ke Pesta Buku. Pape pon, tq dahling!




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...