.:: follow charmyiex ::.

Wednesday, April 27, 2011

Golden Churn & Kek Lapis Sarawak



Pernah dengar atau tengok atau guna x produk nih? 
Produk dari NEW ZEALAND. Butter Golden Churn, yang ada pic tong tu. Ada yang dalam tin dan bentuk bar.
Semalam aku terbaca pasal penemuan pihak Jabatan Agama Islam Johor dan terbukti bahan hareeeemm tersebut terdapat dalam kandungan butter tersebut. Mcm mana pihak JAIJ dapat tahu hal nih, story dari sini la. Dan memang betol, sebab tadi aku call sendirik JAIJ dan mereka mengesahkan story tersebut. So kira kes 2 dalam 1 la nih. Dapat tahu 1 produk lain, tapi link ke butter ni pulak, sampai la siasatan dibuat kan terbukti.

Tapi JAKIM x kuarkan lagi secara rasmi di media massa mengenai isu nih. So tadi aku dipahamkan bahawa JAKIM memberi sijil HALAL kepada badan2 / syarikat pengeluar di luar negara yang telah di sahkan oleh luar negara, so sijil halal tersebut kepada syarikat, bukan kepada produk keluaran syarikat tersebut. Jadi disebabkan itu la, ada tanda halal pada butter neh. Besok aku nak kol JAKIM lak mengenai hal ni, sebab nye aku rasa sangat penting untuk semua orang tahu mengenai hal nih. Terutama nya kepada industri kek lapis di Sarawak.

Al-kesahnyer, sejak aku reti buat kek (mak aku ajor la dulu), dan mak aku sendirik belajar buat kek, majerin /  butter yang digunakan sejak zaman-berzaman adalah Golden Churn neh. Sampai la sekarang nih, setiap hari raya, memang ada stok butter kat umah aku untuk aku wat kek. Dan untuk pengetahuan anda semua pulak,kalo anda pernah merasa kek lapis sarawak yang sangat la lembut tekstur nyer, sangat la sedap rasa nyer, dan sangat la tahan lama, memang menggunakan Golden Churn neh. Kek2 yang aku wat, memang guna butter ni jek, sbb kek tahan lama, lembut dan sedap. Tapi sekian lama nyer, baru tahu, yang sedap itu ada menatang hareeemmm tu rupanyer. 

Even dalam tahun lepas, chairman branch Golden Churn dari Australia pernah datang ke salah 1 gerai di Kuching tu, sebagai tanda penghargaan sebab kek lapis dari pengusaha nih, totally menggunakan butter Golden Churn. Ko bayangkan nak hasilkan kek2 lapis utk jual dgn kuantiti yang byk, berapa ribu bajet utk Golden Churn tu saje?? Dah memang butter tu mahal drpd butter/ majerin yang lain. 

Aku memang anak jati sarawak dan kalo boleh aku nak mende ni JAKIM sebarkan secara rasmi mengenai hal ni. Ko bayangkan dari kecik memang aku mentahkedarah makan kek2 gunakan butter nih. Wehhhh!! Mende haram masuk dlm badan, jadik darah daging sampai ke besar nih. Mende ni pun akan effect pada industri kek lapis sarawak jugak, kompem la!!! 

Tapi x semua pengusaha kek lapis pkai Golden Churn nih, sbb ongkos utk butter ni sajer, 1 tin tu rasa nyer dlm RM11-15 kot sekarang nih. Biasa sukatan 1 tin tu, untuk 1 loyang kek. So ada byk lagi alternatif utk pengusaha2 kek lapis nih kurangkan kos, tp tingkatkan kuantiti kek lapis dorang. Yang aku kompem, DAYANG SALHAH nyer kek lapis BUKAN PAKAI GOLDEN CHURN, so masih boleh beli & makan. Sebab nyer, aku pernah tgk bahan buangan dari kedai tu seperti kulit telor,tin majerin, etc. Dorang guna MAJERIN PLANTA yang dlm tin besar tu. Heheh! Yang tu aku leh kompem. Then ada 1 kedai, dekat area DAYANG SALHAH tu jugak, yang TOTALLY 100% pakai Golden Churn, tokey Golden Churn tu pernah datang ke gerai tu. Rombongan dari Australia you!!! Supplykan butter utk pengusaha nih. Dan memang x dinafikan kek2 kat situ lebih sedap, hurmmm..sangat sedap sebenar nyer!! Nguhuhuhuhuhu!!!

Lepas aku cakap dgn org JAIJ tu, aku terus kol mak aku, tahun ni kene tukar majerin la nak wat kek setelah sekian lama makan mende tuh..huhuhu...




1 comments:

Anonymous said...

hye! thks for ur info
we just heard dis news after came back frm company trip to srwk last 2 weeks. as u'll know all my staffs including myself bought the dayang salha's kek lapis, they so worried to hear about the 'golden churn' issues. so now afer i read ur entry i assume we're ''safe''. Hope so!!
alhamdulillah ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...